Kejadian: Isi board-board akademik yang disiapkan oleh Dian dan Adam direhatkan di dalam bilik Rek blok A sebelum di bawa ke setiap kelas form 5 pada jam 4 petang. Kemudiannya, sebelum dibawa pada blok akademik esok, Adam datang pada jam 9:30 malam untuk menyusunnya buat kali terakhir. Namun, berlakunya kejadian yang tidak dijangka. Terdapat dua board yang dikotori oleh cecair berwarna biru. Maka dengan itu, mengikut saksi hanya terdapat empat orang terakhir yang masuk bilik rekreasi sebelum Adam datang.
Waktu berlakunya kejadian, 8-9 malam pada malam isnin. Kawasan kejadian dicatat di bilik rekreasi blok A. Mangsa, Adam Hafiz berumur belum cukup umur dan tidak suka kebisingan, suka menyendiri. Suspect utama Abdul Hadi 17 tahun, bertugas sebagai ketua blok G dan warna kegemaran hijau. Suspet kedua Badrul Shah, terpaling muda dan bermasalah, obses dengan crocodile tapi benci kucing. Suspect ketiga Osama Qushairy, tidak pernah pegang jawatan sepanjang lima tahun di sekolah walapun sentiasa ditakuti junior dan batch sendiri, muka je gangster tapi hati macam roti.
Siasatan dimulakan. Ruangan siasatan ialah Bilik Rekreasi blok A. Suspect pertama dipanggil.
Cikdi masuk ke dalam ruangan bermeja dan berkerusi, dia dengan berbaju putih bercorak bunga hijau di sisi kanan masuk dengan muka penuh lagak. Setelah masuk dia bersandar di kerusi dengan penuh lagak bangga. Muka tidak menunjukkan rasa takut atau bersalah dan perilaku biadap.
Cikdi: Segmen apa ni?
Penuh yakin tanya dengan nada biadap. Dia mengangkat kaki dan meletakkan kaki di atas meja setelah bertanya sinis.
📝Catatan 1: BIADAP
(🕵️♂️* Sila baca soalan)
Cikdi: HA? Kau ni tak reti baca ke?
(🕵️♂️* Okay kita ke suspect seterusnya)
Cikdi: Oi rilek! Aku gurau je...soalan first, pernah masuk bilik rek Blok A. Bapak malas nak tulis soalan pun
📝Catatan 2: Mempersoalkan soalan yang menjadi soalan tanpa soalan berjawapan
Cikdi: Oi jangan catat lagi la. Aku baru nak cakap. Aku pernah masuk untuk ambil bola dalam tu
(🕵️♂️* Masa?)
Cikdi: Kau ingat aku ingat ke.... tapi petang la..dalam petang macam tu
📝Catatan 3: BIADAP kali ke-2
Cikdi: Kau catat apa siak...nak tengok
(🕵️♂️* Selain waktu tersebut?)
Cikdi: Bapak ignore engkau (*sigh)..hMMM....rasanya dalam kul 8 pun aku ada masuk gak
YOU ARE READING
SWEET HUBBY ( HIATUS🐊)
Romance(BOOK 2: SWEET BUDDY) Cuti pertengahan penggal pertama habis. Kembali ke sekolah! Hidup Adam makin berubah..... Adam: Aku ade boyfriend perangai beruk! "Hah? Takmau paham!!!..Baby takmau comel²....nanti I mati", 😎 Adam: BERUK!! ++++++++++++++++++++...