Alysa memandang kawasan padi yang luas terbentang tersebut berserta dengan angin meniup lembut membuatkan dia lebih menikmati suasana tersebut.
Dia tersenyum apabila melihat sekumpulan budak-budak kecil sedang bermain di padang bersebelahan dengan sawah padi yang di lihatnya itu. Sedang Alysa leka melihat suasana sekelilingnya tiba-tiba dia didatangi oleh Emir.
EMIR
'Tengok apa tu. Khusyuknya." tegurnya. Matanya tidak lekang daripada melihat wajah adik sepupunya itu.
Cantik walaupun tidak diberikan riasan di wajah dan menambahkan lagi cantinya apabila gadis tersebut tersenyum daripada dulu dia tidak pernah jemu melihat wajah gadis di sisinya ini.
" Tak ada apalah abang Emir. Tu ah. Lysa tengok budak-budak tu main. Seronok tengok. Bebas je." beritahunya sambil mata masih melihat kearah beberapa kanak-kanak yang masih bermain itu.
Teringat dia kepada zaman kanak-kanaknya dia masih inat dia adalah satu-satunya budak perempuan yang comot dan kasar bermain dengan semua sepupu lelakinya daripada bermain dengan sepupu perempuan.
Tapi masih ramai yang sukakannya dan bermain dengannya kecuali satu sepupu sahaja yang membenci dirinya yang acapkali memanggilnya dengan panggilan budak comot.
Dan sepupunya yang satu itu tidak lagi dia bertemu sejak dia di sekolah menengah sehinggalah kini. Apa yang lelaki itu benci sangat kepadanya dia sendiri tidak tahu.
Melihat Alysa mendiamkan diri Emir memecahkan suasana yang sunyi itu. " Alysa sampai bila dekat kampung?" soalnya.
Ya dia tahu gadis tersebut sedang bercuti semester untuk membuat persiapan masuk ke semester selanjutnya.
Alysa yang mendengar terus sahaja menjawab " lagi 2 bulan. Habis ni balik lah universiti nak habiskan ijazah." jawab dia.
Tiba-tiba Alysa berubah pandangan melihat ke arah Emir. Tindakan spontan Alysa itu membuatkan Emir cepat-cepat melarikan pandangannya kearah lain.
" Abang macam mana? Bila nak balik KL?" soal Alysa pula. Dan dengan pantas Emir menjawab. " Hujung minggu ni abang balik lah.
Ni dapat cuti seminggu ni dapat lah berehat dari kerja belambak dekat KL tu." jawab Emir sambil terselit keluhan sedikit.
Alysa tersenyum melihat kearah abang sepupunya itu. Sebenarnya dia kagum dengan lelaki di sampingnya ini memiliki segalanya pada usia yang dikira muda apatahlagi dengan usahanya sendiri. Tidak perlu meminta lagi kepada orang tua untuk dapatkan sesuatu.
Sedangkan dia masih menggunakan wang orang lain dan bukan wang dari usahanya sendiri sepenuhnya.
Emir yang sedar Alysa sedang memerhati kearahnya membalas pandangan gadis tersebut. " Kenapa Lysa pandang abang?" soalnya.
" Mesti untungkan bakal isteri abang nanti. Abang ada segalanya perempuan nak." spontan kata-kat tersebut keluar daripada mulut Alysa.
Dan itu, membuat Emir malu sendiri dengan 'pujian' Alysa itu. " Eh.. tak adalah. Abang ni banyak kekurangan." balas Emir.
Walhal dalam hati suka dia apabila mendapat pujian daripada Alysa.
Setelah itu, suasana kembali sepi apabila kedua-duanya menikmati keindahan yang ada di hadapan mata mereka.
Dan ketika itu hati kecil Emir berkata " Abang harap bakal isteri abang tu adalah Lysa." ucapnya di dalam hati.
YOU ARE READING
C | HADIR DIA HADIR BAHAGIA
RomanceMenceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa tidak lagi bertemu. Namun jika di katakan jodoh pasti dengan apa cara sekali pun pasti mereka bakal d...