Dua minggu berlalu...
" Wah tak sangkakan kita dah habis semester. And lagi seminggu je, kawan baik kita sorang ni dah nak nikah." ujar Dina dan semua pun memandang kearah Alysa yang semestinya tersenyum lebar. " Ha lah kan. Hmmm lepas ni dia lupa lah kita bila dah kahwin." kata Hanim pura-pura bernada sedih. "Dapat suami elok gitu. Mestilah lupa kita wey." sambung pula Wiza bergurau.
" Hish! Korang ni. Mana ada korang kan kawan baik aku. Susah tau aku nak lupakan korang semua. My BFF!" balas Alysa setelah itu mereka sama-sama berpelukkan di tengah-tengah kafeteria tersebut.
Sedang mereka berbual gembira mereka di kejutkan dengan satu tengkingan yang sangat kuat seperti dapatng menghampiri mereka. Dan dengan jelas datang seseorang yang cukup dia kenali siapa lagi kalau bukan Elysa dan rakan-rakannya.
Hanim di sebelah berbisik. " Datang dah perempuan gila ni." dan mereka pun sama-sama berdiri sehingga Elysa datang mendekati mereka berlima. Belum sempat Elysa ingin membuka langkah untuk menyerang Alysa dengan kayu besboll mereka berempat sudah menahan gadis tersebut daripada mengerang Alysa.
" Lepas. LEPAS!" Jerkah Elysa dengan sangat lantang meronta untuk di lepaskan dan membuat semua mata memandang mereka semua. Akan tetapi sama sekali mereka berempat tidak melepaskan Elysa.
" Apa masalah kau ni Elysa. Aku ada buat salah dengan kau ke. Sampai kau nak pukul aku dengan kayu basboll tu. GILA ke apa!" gumang Alysa dia sendiri sudah tidak tahan dengan tindakan melampau Elysa itu. Sehingga bertindak di luar kawalan.
Elysa yang masih di pegang ketat oleh yang lain berkata. " Kalau tak sebab kan kau kakak aku dah bahagia sekarang ni. Kalau tak sebabkan kau Ryan dah terima kakak aku. Kau perampas. DASAR PERAMPAS!!!" katanya dengan rasa sangat benci kepada Alysa.
Mereka yang mendengar mula berbisik sesama mereka. Alysa yang tidak boleh berdiam diri mula membalas.
" Semua tu takdir. Kakak kau kena terima dah kalau jodoh aku dengan abang Ryan tak boleh di halang. Lagi pun kakak kau yang tinggalkanabang Ryan dulu. Sekarang nak meroyan nak dapatkan abang Ryan balik? Dan kau nak kata aku perampas! Tanya kakak kau dulu sebelum nak tuduh aku macam tu." balas Alysa dengan berkali-kali tembakan.
" Kau memang tak sedar diri kan Alysa. Kakak aku tak akan buat macam tu. Dia cintakan Ryan lagi!" gumang Elysa dengan sangat lantang seperti orang gila.
" Kalau kakak kau tak buat semua tu. Kenapa abang Ryan tak terima dia langsung?" soal dia sudahpun kehilangan sabar.
Alysa mula menghampiri Elysa. " Sebab kakak kau yang tinggalkan abang Ryan tanpa sebab dia sendiri. Dia sendiri jadi punca abang Ryan langsung tak terima dia." hujah Alysa dengan lantang menegakkan maruahnya.
" Kau." dengan kemarahan yang sudah mula meluap Elysa dapat melepaskan diri dengan kekuatannya dan dengan sekuat hati dia menghayunkan kayu basboll kearah Alysa lalu mengena kepala gadis tersebut.
" ALYSA!" jerit semua orang yang berada di situ. Tidak menyangka Elysa akan bertindak seagresif itu.
Alysa yang terkena pukulan tersebut, pandangannya sudah mula kabur dan lama kelamaan dunianya judi gelap gelita dan terus sahaja rebah di tempat tersebut selebihnya dia tidak tahu apa yang terjadi.
Namun dia sempat mendengar namanya di panggil oleh seseorang yang cukup dia kenali.
YOU ARE READING
C | HADIR DIA HADIR BAHAGIA
RomanceMenceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa tidak lagi bertemu. Namun jika di katakan jodoh pasti dengan apa cara sekali pun pasti mereka bakal d...