" Makan malam ni masakan kampung je kami boleh hidang jemputlah makan. Harap kamu bertiga tak kisahlah ye." gumang puan Amirah.
" Kami tidak kesah pun mak su makanan kampung ke apa kami makan je. Kalau along lagilah suka lauk-lauk kampung ni. " beritahu Rykal sambil tangan mengambil huluran sepinggan nasi daripada Alysa.
" Ye Mirah. Ryan ni paling suka makan masakan kampung." sokong puan Rahayu.
" Oh yeke. Bagus lah tu. Ryan jangan segan tau kalau nak tambah. Sebab semua lauk ni Alysa yang masa. Mak su jamin Ryan akan suka punya." beritahu Puan Amirah.
Ryan yang mendengar cepat matanya berpaling sedikit kearah Alysa yang masih membahagikan nasi ke dalam pinggan kepada orang yang ada di dalam rumah.
Alysa yang sedar sedang diperhati lalu matanya menunduk memandang semula kearah Ryan yang sedang mencuri pandang kearahnya.
Dia ingat lelaki tersebut akan melarikan pandangan namun sangkaannya salah.
Ryan teguh memerhatinya dan saat itu seakan seperti mereka berdua sahaja yang ada dia meja makan tersebut sambil membalas pandangan secara curi-curi
Tidak lama selepas itu, Alysa yang mengalah dan mengambil tempat betul-betul di hadapan Ryan. 'Tenang Alysa. Tenang.' beritahunya didalam hati agar lebih tenang apabila berhadapan dengan lelaki seperti Ryan.
Dia mempunyai tatapan yang hangat di sebalik wajah dinginnya itu. Tambahan pula, Ryan mempunyai rauk wajah yang kacak dan sedap mata memandang wanita mana yang melihat Ryan pasti akan jatuh hati dengan cepat.
Setelah habis makan bersama semuanya berpecah membuat hal sendiri. Kedua-dua orang tua Alysa sedang berbual panjang dengan orang tua Ryan
Manakala abangnya bersama dengan dua adik lelaki tersebut sedang bermain game di ruangan khas bilik bermain.
Alysa berjalan keluar daripada pintu utama dan duduk di beranda rumahnya sambil menikmati udara dingin di malam hari tersebut sambil melihat langit berwarna gelap itu tanpa ada bulan dan bintang.
Sedang Alysa menikmati suasana tersebut terdengar satu suara berdehap memecah suasana yang tadinya sunyi itu. Dan siapakah dia Alysa sudah boleh agak. Lelaki tersebut mengambil tempat di sebelahnya tapi sedikit jauh kedudukan daripada dia.
" Minta maaf pasal petang tadi." ujar Alysa membuka mulut dahulu.
" It's okey. Bukan salah awak pun. Saya pun salah. Tak nampak awak tadi." gumangnya turut meminta maaf.
Sesekali mata Ryan mencuri pandang Alysa yang sedang melihat ke langit gelap tersebut. ' Cantik juga.' bisik hatinya melihat kecantikan wajah Alysa yang terpancar oleh cahaya bulan.
Dan secara tiba-tiba Alysa memandang Ryan yang cepat-cepat melarikan pandangannya ke tempat lain.
" Macam mana kerja abang dekat KL? Okey?" soal dia dengan sebaris soalan tersebut. " Alhamdulliah semua berjalan dengan lancar. Biasalah kalau ada masalah sikit tu. Kerja kan." balas Ryan sambil matanya memandang ke luar rumah tersebut. " Alysa macam mana pula belajar okey?" kali ini dia menyoal gadis tersebut.
" Okey. Dah dekat 7 tahun kan cari ilmu dekat universiti. Alysa dah biasa." beritahu Alysa
Sedang mereka asyik berbalas bicara tiba-tiba terdengar suara umminya memanggilnya masuk ke dalam rumah.
Lalu Alysa dan Ryan pun masuk ke dalam rumah sewaktu mereka masuk ke dalam rumah terlihat kedua-dua orang tua mereka berada di ruang tamu seperti mahu bincangkan sesuatu." Ha. Alysa. Ryan. Mari sini kami ada nak bincang sikit dengan kamu berdua." gumang puan Rahayu. Tanpa menunggu lama mereka pun mengambil tempat masing-masing.
Setelah Alysa dan Ryan duduk di tempat masing-masing. Puan Rahayu membuka mulut dahulu untuk memulakan 'perbincangan' antara mereka.
" Sebenarnya tujuan kami sekeluarga datang dari jauh ni. Sebenarnya untuk meminang Alysa untuk Ryan." berterus terang Puan Rahayu berkata tentang hasrat mereka datang ke rumah keluarga Alysa.
Alysa yang mendengar sekilas memandang ke arah Ryan yang sedang pegun di tempat duduknya. Dan dia kembali memandang ummi dan abahnya yang mengangguk tanda mereka sudah tahu dari awal tujuan keluarga mak longnya datang ke rumah mereka hari ini.
Tiba-tiba tangan Alysa di genggam oleh Puan Rahayu. " Alysa. Mak long faham. Mesti Alysa terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ni. Tapi percaya lah Alysa. Mak long pak long bersungguh-sungguh nak Alysa jadi menantu kami. Lagipun Ryan memang dah setuju. Cuma tunggu jawapan daripada Alysa sahaja. Sama ada Alysa terima atau tidak." beritahu Puan Rahayu penjang lebar kepada anak saudaranya itu.
Belum sempat Alysa membalas Umminya pula bersuara. " Kami tak nak paksa kamu Alysa. Kami semua beri masa pada kamu untuk fikirkan tentang hal ni. Kami tak akan paksa kamu untuk terima lamaran ni." jelas Puan Amirah.
Melihat Alysa terdiam membuat semua menunggu dengan rasa debar. Seketika itu, Alysa kembali bersuara. " Beri masa untuk Alysa fikirkan." balas dia sambil mata perlahan-lahan memandang Ryan yang turut memandang ke arahnya.
Mendengarkan kata daripada Alysa semuanya berasa amat lega. Sekurangnya Alysa tidak menolak dengan mentah-mentah pinangan mereka.
" Kalau dah tak ada apa-apa Alysa minta diri dulu masuk bilik dulu." ujar Alysa. Dan terus sahaja masuk ke dalam biliknya serta merta.
Ryan yang melihat tingkah Alysa itu berasa sedikit serba salah dengan gadis tersebut. Pasti gadis tersebut terkejut dengan apa yang terjadi di luar jangkaannya. Maafkan saya Alysa.
YOU ARE READING
C | HADIR DIA HADIR BAHAGIA
RomanceMenceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa tidak lagi bertemu. Namun jika di katakan jodoh pasti dengan apa cara sekali pun pasti mereka bakal d...