Di ruang tamu puan Rahayu sedang mengeluh sendirian dan tuan Azmir melihat istrinya itu yang gelisa semacam membuatkan dia ingin bertanya. " Awak dah kenapa. Gelisah semacam je ni?" soalnya kepada isterinya itu.
" saya risau lah bang." jawab Puan Rahayu. Tuan Azmir sudah kerutkan dahi. " risau? Awak risaukan tentang apa?" soalnya lagi.
Isterinya ini banyak betul karenahnya. " Risaukan tentang apa lagi bang. Tentang anak sulung kita tu lah. Ryan tu dah tiga tahun tak ada perempuan yang ada dengan dia.
Umur makin meninggkat. Tapi tak ada sorang perempuan pun yang Ryan bawa jumpa kita. Tahun ni umur dia dah 31 tahun." bebel Puan Rahayu panjang lebar atas kerisauannya terhadapa anak sulungnya itu.
Umur sudah meningkat naik tapi tidak ada mana-mana perempuan yang sesuai untuk anak nya itu.
" Alah pasal tu. Awak tak payah lah fikir. Pandai-pandailah dia cari perempuan yang sesuai dengan dia. Kalau ada jodoh anak kita mesti jumpa dengan yang akan ada dengan dia.
" pesan Tuan Azmir dia pasti satu hari nanti akan ada jodoh anak sulungnya itu dengan seseorang yang dapat bahagiakannya.
" Ye saya tahu bang. tapi saya tetap risau dekat anak kita tu." gumangnya.
" Abang ni saya kata kalau je ye. Kalaulah. Ryan nak kita carikan dia jodoh macam mana?" soalnya kepada suaminya ingin mengetahui pendapat suaminya itu.
" Kalau dah macam tu okey lah. Tapi awak ada ke calon yang sesuai?" soaln tuan Azmir.
Melihat pada senyuman isterinya itu sudah dia tahu pasti ada calon untuk nak sulungnya itu.
" Saya adalah beberapa calon untuk Ryan. Tapi yang berkenan di hati saya sekarang ni Alysa. Anak saudara abang tu. Anak Aminah. Macam mana? Apa pendapat abang?" cadang Puan Rahayu sekali lagi menyoal tentang perihal jodoh anak sulung mereka itu.
" Alysa. Boleh juga." jawab Tuan Azmir.
" ha. Alysa. Abang ingat raya tahun lepas budak Alysa tu cantik sangat. Sejuk mata saya pandang dia. Pandai masak kemas rumag baik hati semualah dekat Alysa ada. Saya yakin Alysa sesuai dengan Ryan sebab diorang ada keserasian. Walaupun sifat diorang berlainan tapi saya yakin diorang sesuai." hujah puan Rahayu penjang lebar.
Sedang mereka berbual rancak kedengaran pintu utama rumah mereka dibuka berserta dengan panggilan salam daripada Ryan.
" Hai Ryan lambat balik hari ni." soal Tuan Azmir seperti selalu anak sulungnya itu tidak ada hari yang balik pada waktu berkerja pasti akan pulang paling awal pukul 8 malam.
" Apa lagi pa. Banyak kerja dan hal yang kena uruskanlah." gumangnya sambil mengambil tempat di sebelah mamanya untuk merehatkan di sebentar sebulum dia masuk ke dalam biliknya untuk bersiap dan tidur.
" Ha dah alang-alang Ryan ada dekat sini. Mama ada sesuatu nak cakap dengan Ryan." puan Rahayu membuka acara perbualan mereka.
Ryan yang sedang keletihan hanya mengangukkan kepala tanda dia sedang mendengar bicara mama nya itu.
" Tahun ni Ryan dah masuk 31 tahun kan. Mama rasa dah tiba masanya untuk Ryan cari penganti Elees. Ma" belum habis puan Rahayu bercakap Ryan sudah bersuara terlebih dahulu.
" Ryan nak Mama carika jodoh untuk Ryan. Ryan tak kisah dia siapa." beritahunya secara terus terang.
Dan itu membuat Puan Rahayu dan Tuan Azmir makin gembira dan dalam masa yang sama masih terkejut dengan persetujuan anak mereka tanpa ada bantahan daripadanya.
Puan Rahayu yang masih tidak percaya bertanya. " betul ni. Betul Ryan tak kisah kalau Mama dan papa yang carikan bakal istri untuk Ryan?" soalnya dengan semangat.
" Ye Ryan ikut sahaja siapa yang jadi pilihan mama yang paling penting dia boleh buat Ryan rasa selesa dengan dia" ungkapnya.
Sekiranya pilihan orang tuanya adalah yang terbaik diakan berasa amat beruntung dan menerima wanita yang akan hadir dalam hidupnya dengan sebaiknya. Itu janjinya pada diri sendiri.
Dan terus sahaja Puan Rahayu membuka cadangan " macam mana dengan Alysa?" cadangnya. Dan reaksi pertama Ryan adalah sedikit terkejut daripada duduk bersandar malas sambil menutup matanya.
Kini dia bangun duduk tegak menhadap mama dan papa nya. Sebaris nama itu tidak asing di perdengarannya. " Alysa?" suaranya.
" Ye Alysa. Ryan ingat tak sepupu Ryan dekat kampung. Ryan nak tahu tak sekarang ni dia dah cantik tau. Baik hati. Pandai masak lagi. Mama rasa Alysa calon yang paling sesuai dengan Ryan." kata Puan Rahayu. Memuji-muji Alysa di hadapan anak sulungnya itu.
" Alysa budak comot tu?" apabila Ryan keluarkan perkataan 'comot' itu terus dia mendapat tamparan lembut daripada puan Rahayu.
" dulu je dia comot. Sekarang ni kalau Ryan tengok pun Ryan boleh jatuh hati dekat dia." beritahu Tuan Azmir kepada anak sulungnya itu. Dia yakin juga anaknya melihat Alysa secara berhadapan pasti anaknya bakal gila bayang dengan anak saudaranya itu.
Ryan yang mendengar kata-kata pijian daripada kedua-dua orangtuanya itu membuatkan dia rasa mahu tahu bertapa cantiknya wajah dan sikap milik gadis bernama Alysa tersebut.
Dulu dia tidak suka pulang ke kampung atas sebab dia tidak suka pada pesekitaran kampung tersebut.
Namun bila berginjak dewasa dia sudah tidak memikirkan hal tersebut lagi tapi apabila keluarganya ingin pulang dia sentiasa tidak dapat peluang pulang bersama atas dia mempunyai tanggungjawab lain untuk di selesaikan.
Dan kini dia sudah bersedia untuk membuka hatinya buat kali keduanya kepada wanita pilihan mamanya. Yalah, orang tua pernah berkata jodoh yang dipilih oleh ibu bapa adalah yang terbaik.
Dia sendiri melihat rakan-rakannya bahagia dengan pasangan pilihan keluarga. Dan itu membuat dia lebih yakin akan jodoh aturan keluarga adalah yang terbaik.
Setelah itu, Ryan pun meminta diri untuk naik ke atas untuk membersihkan diri dan bersiap untuk tidur.
Sebaik sahaja Ryan naik keatas puan Rahayu sudah bersorak gembira. "Alhamdulliah bang. Akhirnya Ryan terbuka hati juga untuk perempuan.
Seronoknya saya." katanya. Tuan Azmir mengelengkan kepala. " Alamdulliah lah kalau dia dah terbuka hati untuk perempuan. Nak sayan dah nasihat awak. Bagi Ryan masa untuk cari orang yang sesuai dengan dia." gumangnya.
" Ye saya tahu bang. Jangan risaulah pilihan saya ni adalah yang terbaik. Abang tengoklah nanti kalau tiba-tiba dia si Ryan tu suruh kita kahwinkan dia dengan Alysa cepat-cepat. Abang jangan terkejut pula." kata puan Rahayu dengan yakin dengan pilihannya adalah yang sangat sesuai dengan anak sulungnya itu.
Sementara Ryan yang berada di dalam bilik termenung seketika melihat keluar jendela yang memperhiaskan langit gelap yang tidak ada bintang itu. " Betul ke apa yang aku buat ni?" soalnya.
Dia terfikir adakan apa yang dia ingin lakukan sekarang ini adalah jalan terbaik untuk lupakan Elees dan dalam masa yang sama membuat wanita tersebut menjauh daripadanya.
Dan dia takut wanita yang akan dijodohkannya diperguna olehnya secara tidak lansung membuat seperti dia tidak ikhlas dengan wanita itu nanti.
" Ya allah. Jika betul wanita yang bakal di perjodohkan untuk ku adalah wanita yang tepat. Kau tetapkanlah hatiku untuk di sahaja" doanya di dalam hati.
Dan tanpa berlengah dia berlalu ke bilik mandi untuk bersihkan diri dan sedia untuk tidur.
YOU ARE READING
C | HADIR DIA HADIR BAHAGIA
RomanceMenceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa tidak lagi bertemu. Namun jika di katakan jodoh pasti dengan apa cara sekali pun pasti mereka bakal d...