BAB 19

2K 99 1
                                    

 Sejak mereka masuk kedalam kereta daripada universitinya sehingga ada di atas jalan mereka senyap sahaja.

Dengan segala keberanian Alysa bersuara. " Kenapa abang datang universiti Alysa hari ini? Soal Alysa dengan cermat.

Ryan yang sedang memandu terus sahaja membalas. " Saya ingat datang nak ajak awak pergi makan lepas awak habis kelas. Sampai je. Saya nampak awak kena buli dengan budak-budak tu. Jadi saya datang tolong awak" balas Ryan.

" Oh. Terima kasih abang. Sebab tolong Alysa tadi." di cukup berterima kasih apabila Ryan datang tepat pada masanya dan leraikan apa yang sepatutnya.

Selang beberapa minit berada di dalam kereta akhirnya mereka sampai di tempat yang di bawa oleh Ryan.

Melihat reaksi Alysa yang sudah mula ceria membuatkan hati Ryan lega sedikit. Tahulah yang dia sudah membawa gadis tersebut ke tempat yang tepat.

" Suka?" nyatanya. Tidak menunggu lama Alysa mengangguk.

" Hm. Suka sangat." balas Alysa dengan gembira.

Yelah perempuan mana yang tidak gembira apabila bertemu dengan makanan. Lagi-lagi Ryan membawa dia ke tempat trak makanan yang sungguh banyak makanan pelbagai. Siapa sahaja tidak suka.

Dan terus sahaja mereka berjalan bersama untuk ke tempat lapangan trak makanan tersebut. Sesampai sahaja Ryan berkata. " Pilih lah makanan yang awak suka. Saya belanja." ujar Ryan 10 ganda membuat Alysa makin ceria.

" Betul ni. Abang jangan menyesal tau. Alysa kalau nampak makanan tak ingat dunia." gumang Alysa dan itu membuat Ryan tergelak kecil.

" It's okey. Makanlah banyak mana pun. Insyallah saya mampu bayar." beritahu Ryan. Alysa tersenyum dengan jawapan balas Ryan. " Okey jom!" ajak dia.

Sambil berjalan menuju trak makanan pilihan mereka dan di ikuti oleh Ryan di sampingnya. 

C | HADIR DIA HADIR BAHAGIAWhere stories live. Discover now