BAB 20

2.3K 97 0
                                    

Berselera Alysa memakan makanan yang di belinya itu. Memang puas hati betul dapat makan sepuasnya hilang sedikit rasa sakit hatinya di universiti tadi.

Sedang Alysa berselera makan Ryan memandang gadis tersebut dengan sangat asyik. Tanpa sedar terbit senyum kecil di bibirnya.

' Alhamdulliah. Dapat juga aku ceriakan hati dia.' bicaranya didalam hati.

" Sedap makanan tu Alysa? Awak nak makan apa-apa lagi?" soal dia.

Alysa yang mendengarkan kata Ryan tersebut mengelengkan kepala. " Tak apa. Makanan semua ni pun dah lebih dari cukup. Terima kasih abang sebab belanja." gumang dia dengan mulut penuh dengan makanan.

Dan itu, membuatkan lagi Ryan tersenyum lebar.

" Okeylah kalau macam tu. Lepas habis makan ni kita pergi solat dulu sebelum saya hantar awak balik." ujar Ryan dan tepat sesudah Ryan habis berkata terdengar laungan azan daripada masjid berdekatan situ.

Alysa hanya mengangguk sebagai jawapan lalu dia menyambung makan makanannya.

Selesai sahaja makan, terus sahaja mereka berdua berjalan pergi ke masjid yang melaungkan azan sebentar tadi.

Lalu solat di situ sebelum pulang. Selesai sahaja solat, terus sahaja Ryan menghantar Alysa pulang kerumah.

Sesudah sampai di hadapan rumah gadis tersebut mereka duduk di dalam kereta sebentar. " Terima kasih Abang untuk hari ini. Alysa terhutang budi dengan Abang." kata Alysa.

Ryan kerutkan dahinya. " Awak nak terhutang budi dah kenapa? Saya tolong awak tu ikhlas. Saya bawa awak pergi makan pun nak buat mood awak baik balik." balas Ryan.

Alysa tersenyum dengan jawapan Ryan tersebut. Sesungguhnya di sangat suka dengan sikap lelaki tersebut terhadapnya.

Tidak seperti dahulu selalu sangat mereka bertengkar mulut.

Sedar yang mereka berada di kawasan perumahan dan tahu akan tanggapan jiran sekeliling terus sahaja Alysa meminta diri untuk masuk. " Alysa masuk dululah abang. Terima kasih lagi sekali untuk hari ini." beritahu Alysa sambil mengucapkan terima kasih pada lelaki tersebut.

" Sama-sama" balas Ryan.

Sesudah itu, terus sahaja Alysa keluar daripada kereta dan masuk kedalam rumahnya.

Melihat gadis tersebut selamat masuk ke dalam rumah terus sahaja Ryan membawa kereta pergi.

C | HADIR DIA HADIR BAHAGIAWhere stories live. Discover now