Dan Ryan membalas dengan ini. " Is that you! Yang tengking-tengking dia?" soal Ryan dengan tegas bersama dengan wajah dinginnya itu. Alysa yang lihat pun sedikit takut dengan rauk wajah tersebut.
Sewaktu wanita tersebut cuba ingin mendekati. Ryan bersuara. " You are too much" kata Ryan lagi dengan kesal. " I? I too much. Hye! Siapa perempuan ni untuk you. How is she?!" soalnya dengan nada kesal juga. Marah dia apabila Ryan membela wanita lain di hadapannya.
" You want know. She is my future wife." terang Ryan sambil memegangkan pergelangan tangan kanan Alysa yang berlapik dengan lengan bajunya untuk memperlihatkan cincin pertunangan mereka kepada wanita di hadapannya itu.
Elees yang melihat sedikit rasa tidak percaya. Rupa-rupannya lelaki tersebut tidak menipu dirinya tentang lelaki tersebut sudah mempunyai tunang. Gadis yang berada di sebelah lelaki tersebut di lihatnya. " Budak muda ni. You kata tunang you? Ha come on!" nyatanya masih lagi tidak percaya. Kerana baginya gadis muda seperti itu semestinya bukan cita rasa wanita yang Ryan suka kan.
Dengan yakin Ryan menjawab. " Apa masalahnya kalau I pilih dia jadi bakal isteri I. I nak you tahu, yang paling penting dia lebih matang. Walaupun dia masih muda. I tak rasa usia muda atau tua akan menjadi penghalang untuk I dapatkan pendamping hidup I selamanya." balasnya sedas menimpak tepat ke hati Elees menjadi hancur dengan kenyataan lelaki tersebut.
Mulut terkunci tidak mampu untuk membalas kata apa-apa lagi. Sesungguhnya dia terkelu dengan kenyataan sesungguhnya yang di terima nya. Sungguh peluang untuk dia dapatkan semua lelaki yang pernah dia terpaksa tinggalkan dan kini sudah menjadi milik wanita lain.
Apabila melihat Elees yang terkedu, Ryan pun menarik lengan Alysa yang berlapik itu untuk mengikutinya pergi daripada situ. Eless yang masih berada di situ tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Sepanjang perjalanan suasana anatara mereka sunyi sahaja. Alysa yang di sebelah juga tidak tahu mahu memulakan bicara bagai mana. " Abang okey?" soal Alysa. Takut - takut dia bertanya. Ryan yang masih memandu menjawab. " Okey." balasnya dengan nada suara yang mendatar. Lagilah membuatkan Alysa takut ingin bersuara lagi.
YOU ARE READING
C | HADIR DIA HADIR BAHAGIA
RomanceMenceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa tidak lagi bertemu. Namun jika di katakan jodoh pasti dengan apa cara sekali pun pasti mereka bakal d...