BAB 22

2K 95 1
                                    

Sepertinya di janjikan tepat pukul 3 petang kelas Alysa habis dan kini gadis tersebut sedang menunggu encik tunangnya itu di luar lobi.

Namun, tidak saat dia sedang menunggu dia mendapat pesanan ringkas daripada Ryan. " Alysa maafkan saya. Sekarang ni saya ada mesyuarat dengan ahli pengarah. Kalau awak sudi datang dulu ke pejabat saya. Saya dah beritahu pada setiausaha saya." katanya pada pesanan ringkas tersebut.

Setelah berfikir-fikir, akhirnya Alysa membuat keputusan untuk pergi ke syarikat milik Ryan dengan menaiki taksi untuk ke sana.

Selang beberapa minit dia sudah sampai di syarikat milik encik tunangnya itu. Seketika dia kagum dengan bagunan berlantai hampir 30 lantai banyaknya dan ini milik encik tunang dia yang dia tahu titik peluh lelaki tersebut untuk membina syarikat yang sangat gah ini.

Tidak berlama-lama Alysa pun masuk ke dalam lobi bagunan mewah tersebut. " Selamat datang ke Ryan Holding. Apa yang saya boleh bantu." beritahunya menghulurkan bantuan.

" Haa. Saya nak jumpa Encik Ryan. Nama saya Alysa." beritahunya tujuannya dia datang.

Tidak menunggu lama, wanita tersebut menelifon seseorang melalui telifon syarikat tersebut. Mungkin wanita tersebut sedang menelifon setiausaha encik tunangnya itu untuk kepastian sebelum membenarkan dia masuk.

Selang beberapa ketika, perkerja wanita tersebut bersuara. " Silakan cik Alysa. Encik Ryan arahkan saya untuk iring cik untuk kepejabatnya. Sebab sekarang Encik Ryan masih ada mesyuarat dengan Ahli pengarah." beritahu wanita tersebut. Setelah pekerja wanita bernama Heen berjalan Alysa pun mengikuti wanita tersebut.

Sesampai di tingkat yang menempatkan pejabat encik tunangnya itu. Alysa melangkah keluar daripada lif peribadi milik Ryan.

Saat dia berjalan dia sedar banyak mata memandang kearah dia. Alysa berfikiran positif mungkin ada wajah baru yang tidak pernah di lihat apatahlagi dia merupakan tunang kepada Big boss mereka.

" Selamat petang cik Alysa. Encik Ryan masih ada mesyuarat. Dan Encik Ryan arahkan saya untuk beri Cik masuk duduk di pejabatnya untuk menunggu. Sampai mesyuarat selesai." beritahu Ara setiausaha lelaki tersebut.

Dan dia pun membukakan pintu bilik lelaki tersebut untuk membawa tunang majikannya itu kedalam.

Sesudah masuk Alysa pun di minta untuk duduk di sofa yang berada didalam bilik tersebut. " Saya buatkan Air untuk cik ye." gumang Ara.

Dengan perasaan yang kekok Alysa menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih kepada Ara sebelum wanita tersebut beredar meninggalakan dia.

Setelah Ara beredar Alysa yang berada didalam mengambil peluang un tuk melihat sekeliling bilik ini.

Susun aturnya sungguh cantik dan teratur. Walaupun warna biliknya membosankan iaitu warna putih dan hitam. Tapi terlihat sangat selesa untuk membuat kerja.

Lebih tumpu kepada kerja. Sungguh ini, menunjukkan ciri peribadi encik tunangnya itu.

Sedang dia duduk dan menilai rekaan dan warna bilik encik tunangnya itu. Ara datang semula dan memberikan dia minuman yang di buatkan untuk Alysa. " Jemput minum cik." jamu Ara sambil cawan yang berisi air buatannya di letakan di atas meja kaca berhadapan dengan sofa yang sedang Alysa duduk.

" Terima kasih." balas Alysa kepada Ara. " Kalau tak ada apa-apa lagi. Saya minta diri dulu. Kalau cik perlukan apa-apa, beritahu kepada saya. Saya ada di luar." beritahunya sambil menunjukkan tempat duduknya yang berada di luar bilik pejabat encik tunangnya itu.

Alysa menganggukan kepala. " Baik. Terima kasih cik Ara." balas Alysa sambil senyum kearah wanita tersebut.

Setelah itu, Ara pun keluar daripada bilik tersebut. Meninggalkan Alysa seorang diri.

Sedang Alysa bermain dengan telifonnya dia mendapat pesanan ringkas daripada penyarahnya. Dan pensyarahnya mengatakan bahawa tugas yang di berikan sebelum ini harus di habiskan dan di hantar pada hari ini juga.

Tanpa menunggu lama dia pun mengeluarkan komputer ribanya dan melaksanakan tugasnya dan di hantar sebelum tengah malam ini.

Tidak tahu sudah jam berapa, akhirnya setelah penat memerah idea untuk siapkan tugasan yang di berikan dia boleh menghembuskan nafas lega tidak menangguh terus sahaja dia menghantar tugasannya melalui Email kepada pensyarahnya.

" Ha. Settle!" selesai dia berkata bergitu. Ryan pun masuk tepat dia menutup komputer ribanya.

" Sorry buat awak tunggu saya lama dekat sini. Mesti bosankan?" soal dia.

Alysa mengelengkan. " Tak lah. Sementara tunggu tadi. Dapat pesan daripada pensyarah untuk siapkan tugas yang dia bagi. Saya apa lagi buatlah, tak sedar dah pukul berapa." balas Alysa.

Ryan mengangguk mendengarkan kata-kata Alysa.

Baguslah itu, tidak membuat Gadis tersebut bosan menunggu dia menghabiskan mesyuarat sebentar tadi. " Saya dah habis mesyuarat. Jom saya bawa awak pergi makan macam yang kita janji semalam." beritahu.

Alysa hanya menganggukkan kepala dan terus mengemas barangnya kedalam beg yang di bawanya.

Saat mereka untuk keluar bersama. Ryan menawarkan diri untuk membawakan beg komputer riba milik Alysa.

Tanpa ragu Alysa berikan, dan itu di perlihat kepada pekerja-pekerja lelaki tersebut. Alysa mendengar sahaja apa yang di katakan pekerja encik tunangnya itu.

" Untung. Cik tu bertunang dengan bos kita. Carring habis. Sweet!" suara satu perkerja wanita di situ. " Mestilah untung. Dua-dua untung. Sama cantik. Sama padan. Cik tunang bos kita tu cantik sungguh aku ingat bidadari mana tadi." gumang satu pekerja lelaki tersebut dengan nada bergurau. 

C | HADIR DIA HADIR BAHAGIAWhere stories live. Discover now