BAB 21

2.1K 89 1
                                    

Masuk sahaja kedalam rumah. Hanim mula bersuara. " Hai. Untunglah dia dapat encik abang tunang handsome. Carring pula tu. Hai aku pula yang tak sabar nak kahwin." gumang Hanim yang sedang duduk diatas sofa ruang tamu mereka.

Sambil menghadap Alysa. Kemudiannya Fawa pula yang menyokong. " Ye wey. Untung jadi kau Lysa. Encik tunang kau tu dah lah handsome. Tengok tadi dia pertahankan kau dari perempuan gedik tu. Fuh! Aku pula yang cair." gumang Fawa yang sedang menghirup secawan minuman.

Kemudiannya Alysa pun tersenyum lebar. " Kebetulan je tu. Time si Elyna nak kacau aku. Dia datang nak bawa aku pergi makan." balas Alysa.

Tiba-tiba, Dina mendekati dia. " Wah. Macam drama eh. Masa kau kena tindas tulah. Encik tunang kau tu datang nak selamatkan. Woh sweet gila wey!" bahas Dina dengan rauk wajah sudah mula ingin berangan itu.

Bila sudah melihat Dina ingin mulakan berangannya dia cepat-cepat tamatkan perbualan mereka. " Dahlah. Aku nak naik atas dulu. Kau Dina, nak berangan ke apa silakan. Aku doakan korang kawan baik aku ni pun akan jumpa jodoh yang baik dan boleh cinta kan korang. And paling penting boleh sayang korang lebih daripada aku sayang korang." mendengarkan omelan Alysa yang panjang lebar itu.

Semua yang mengucapkan kata " Amin. Insyallah!!"

Dan tanpa membuang masa Alysa pun naik keatas untuk merehatkan dirinya.

Sesampai sahaja di dalam bilik telifonnya berdering. Bila sahaja melihat siapa yang menelifon Alysa tersenyum lebar.

" Hello. Assammualaikum, ye abang. Dah sampai rumah dah ke?" soal Alysa sesudah mengangkat panggilan telifon daripada Ryan.

Ryan yang baru keluar dari keretanya membalas. " Hmm, baru sampai." balasnya. Sambil itu, tangannya membuka pintu rumahnya. " Oh. Kenapa abang telifon? Ada benda abang Alysa terambil ke?" soal dia. ' Ye. Hati perasaan saya. Awak dah ambil. ' bicara dia di dalam hati. " Saya telifon ni. Sebab nak ajak awak keluar makan esok. Awak free esok?" soal dia secara berhati-hati.

Alysa sudah mula tersengih sendiri. ' Gila aku tak sudi. Mestilah aku sudi encik tunang!' gumangnya di dalam hati girang. " Hmm. Esok petang Alysa dah free. Pukul 3 dah habis kelas." beritahunya.

Mendengarkan jawapan daripada Alysa membuat Ryan tersenyum suka. " Okey kalau macam tu. Esok saya ambil awak dekat universiti." beritahunya.

" Okey." balas Alysa tidak menunggu lama. Dan malam ini, kedua-duanya tidur dengan rasa yang sudah mula terbenih di antara mereka.

C | HADIR DIA HADIR BAHAGIAWhere stories live. Discover now