BAB 33

2.1K 84 0
                                    

Setelah 1 minggu berlalu...

Sudah tiba harinya, akhirnya Alysa sudah di benarkan keluar daripada hospital dengan kebenaran dokter yang merawat dia sepanjang dia berada di wad. Petang itu, datang Ryan menjemput dia untuk pulang ke rumah.

" Macam mana hari ni?" nyata Ryan yang sedang mengemudi kenderaannya. Alysa yang di sebelah tersenyum girang terlebih dos rasanya selepas keluar daripada hospital.

" Okey sangat. Malah makin sihat. Hehehe" balas Alysa senyuman dan tawa yang ceria. Dan itu, sisi Alysa yang tidak pernah Ryan lihat. Sungguh berbeza daripada apa yang Ryan biasa lihat. Makin hari mengenali Alysa Ryan dapat rasakan gadis tersebut makin menarik.

Seperti perpatah pernah berkata ' Tak kenal maka tak cinta' itulah apa yang Ryan rasakan terhadap keperbadian Alysa yang pelbagai sisi itu. Cukup membuat dia makin terpersona dengan gadis yang pada awalnya dia menyangka Alysa seorang gadis biasa-biasa sahaja.

Namun makin mengenali gadis seperti Alysa membuatkan dirinya menjadi insan yang istemewa mendapatkan mengenali gadis tersebut.

Perasan dia di pandang ulang alik oleh Ryan. " kenapa Abang pandang Alysa macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka Alysa." soal Alysa dia takut ada sesuatu di wajahnya yang membuatkan Ryan memandangnya sebegitu rupa.

" Tak ada apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Tak ada apa. Awak nampak cantik ja bila dah sihat." puji dia tanpa sedar membuatkan wajah Alysa berona merah. Aduh encik tunang oiii puji-puji pula. Hati ada tenang ke tu?

Setelah itu, Ryan membawa Alysa makan dahulu sebelum menghantar gadis itu pulang kerumah. Sesampai sahaja mereka di satu pusat membeli belah yang sering mereka kunjungi bersama. " Ada makanan yang Alysa nak ke? Kita pergi makan dekat temapa yang awak nak." beritahu Ryan.

" Alysa nak makan KFC lah. Nak banyak." balas Alysa yang seakan seperti budak kecil kelaparan. Ya memang inilah sisi lain Alysa. Seorang yang kuat makan dan kadang kala berperangai kebudakan. Tapi dia akan bersikap bergini sekadar untuk orang terdekatnya. Maksudnya Ryan adalah orang yang rapat dengannya.

Ryan yang melihatkan terlatah Alysa itu, mahu sahaja tangannya pantas mengusap kepala gadis itu dengan penuh manja. Tapi dia sedar mereka belum halal untuk semua hal tersebut. Tak apa Ryan menghitung hari nanti dia jadi milik kau.

Dan mereka pun, pergi ke tempat yang telah di pilih Alysa untuk makan malam mereka. Bagi Ryan gadis seperti Alysa adalah yang paling sederhana dalam semua hal senang kata boleh dengan semuanya.

Setelah membeli apa yang mereka pesan, lalu terus menjamu selera bersama. Alysa dengan sangat berselera menyentuh semua makanan yang di beli oleh Ryan kepada dia.

Melihatkan Alysa yang sedang lahap memakan makananya sehinggakan comot di sekitar mulutnya membuatkan Ryan geleng kepala dengan sikap gadis tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihatkan Alysa yang sedang lahap memakan makananya sehinggakan comot di sekitar mulutnya membuatkan Ryan geleng kepala dengan sikap gadis tersebut. " Haii. Ye pun kalau lapar jangan lah makan comot." ujar Ryan sambil menghulurkan tisu bersih kepada Alysa.

Dan di sambut oleh tuan punya badan. " Alahhh. Abang ni. Orang laparlah." omel Alysa dengan mulut penuh dengan isi ayam yang di kunyahnya.

Ryan yang melihatkan tertawa lucu dengan sikap keanakkan Alysa yang sungguh membuat hatinya lega. Walaupun Alysa seringkali bersikap bergitu manja dia tidak akan pernah penat untuk melayan dan memberikan perhatian. Setidaknya gadis tersebut pandai menjaga dirinya daripada perkara yang tidak di jangka.

'Lepas sahaja kita kahwin saya akan jaga awak Alysa dengan penuh rasa sayang dan perhatian.' bicara dia didalam hati membuat janji akan melindungi gadis tersebut setelah pernikahan mereka berlangsung selesai.

Dan Alysa akan menjadi keutamaan kebahagian, kesenangan dan rasa kasih sayang yang cukup hangat diakan berikan.

Kini dia sedar hatinya mula boleh menerima orang baru masuk dalam hidupnya. Dan Alysa adalah orang yang sudah membuka hatinya yang sudahi lama terluka atas perbuatan Elees yang meninggalkan dia saat mendapatkan perkerjaan yang diidamkan.

C | HADIR DIA HADIR BAHAGIAWhere stories live. Discover now