Selesai solat dan mandi Ryan pun turun ke ruang tamu rumah keluarganya sambil menunggu meja makan siap terhidang makanan.
Sedang dia membelek skrin telefonnya tiba-tiba datang adiknya duduk di sebelahnya.
" Macam mana hari ni keluar dengan tunang? Dengar pergi fitting baju lepastu pergi beli cincin sekali." beritahu Rykal ingin tahu tentang perkembangan hubungan antara abangnya dan bakal kakak iparnya itu.
" Okey mcam biasa. Hubungan kami makin baik antara satu sama lain" jawab dia walaupun nampak malas-malas tapi mulutnya tidak boleh berhenti daripada tersenyum memikirkan apa yang terjadi bermula saat mereka di butik pengantin itu.
Ia seperti, sudah membuatkan dia makin yakin dengan pilihan mamanya itu menjodohkan dia dengan bakal isterinya itu.
" Ohh.. maknanya kau dah mula sukakan dialah?" Rykal mengusik abang sulungnya itu. Ryan tidak marah atau menegah kata-kata adiknya itu malah mengiakan.
" Mungkin. Bagi aku dia baik banyak yang aku belajar dan kenali dia. Dia ada sesuatu, cara yang buat aku lambat laur mula selesa dengan dia." balasnya dengan rasa yang tidak dia tahu untuk dikatakan bahagia ya di cukup gembira apabila bersama gadis tersebut.
Selang berapa minit mereka adik beradik berbual tiba masanya untuk makanan malam apabila pembantu rumah mereka memanggil mereka untuk makan malam.
Sewaktu di meja makan mereka sama-sama berbual perihal tentang rancangan perkahwinan Ryan dan Alysa. " Ryan. Macam mana dengan Alysa korang dah mula serasi ke? Yelah korang kan dah nak kahwin mama dah bagi lima bulan untuk berkenalan. Ada apa-apa yang Ryan dah mula kenal dengan Alysa macam tu maksud mama." nyata Puan Rahayu memperjelaskan secara jelas dan mudah di faham.
Belum sempat Ryan membalas Rykal sudah menyampuk. " Bahagia lah mama. Tadi Kal dah tanya abang. Abang kata dah mula sukakan Alysa." beritahu Rykal di hujung ayatnya sengaja dia seolah-olah berbisik pada Puan Rahayu.
Walhal boleh sahaja di dengari oleh semua yang berada di meja makan tersebut.
Puan Rahayu yang mendengarkan apa yang di katakan semestinya sangat gembira. Tidak sia-sia lah dia memberi waktu yang cukup kepada anaknya untuk mengenali gadis pilihan hatinya.
Dan juga, dia tidak sama sekali salah memilih bakal menantunya untuk di jadikan isteri kepada anak sulungnya yang satu itu. " Syukur alhamdulliah mama dah agak dah. Pilihan mama memang tak salah." gumang Puan Rahayu bangga dengan diri sendiri.
Dan semua anak beranak itu membalas. " Ye lah mama" bicara mereka adik beradik serentak.
" Lepas ni boleh lah cari jodoh pula untuk Rykal dengan Rafiq." cadang Ryan mengenakan adiknya berdua itu.
Dan dengan licik Puan Rahayu pun membalas. " Mestilah anak-anak mama semua mama akan carikan. kalau dah meningkat umur macam Ryan tak ada lagi kekasih hati nak ajak nikah. Lebih baik mama carikan." gumangnya. Dan di sokong oleh Ryan.
Rykal dan Rafiq sama-sama memandang abang sulungnya itu. Kacau sikit abang mereka itu balas habis-habisan untuk kenakan mereka.
Setelah itu mereka pun sambung makan dan bersembang topik masing-masing sehinggalah habis makan.
Setelah habis makan malam bersama, Ryan meminta diri dahulu untuk naik keatas ke biliknya. Sesampai di dalam bilik perkara pertama yang dia cari adalah telefon bimbitnya.
Buka sahaja skrin telefonnya dia sedikit rasa kesal ini kerana di penuhi dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas yang tidak ada habisnya.
Tidak berapa saat telefonnya sekali lagi berdering dan membuatkan dia kesal dan terus sahaja menjawab panggilan tersebut.
" WHAT DO YOU WANT ELEES!" jawabnya dengan separuh kemarahan. Dia harus kawal kemarahannya kerana dia tidak mahu keluarganya tahu bahawa Elees masih berhubungi dia.
Elees dengan rasa tidak takut membalas dengan lengok kata yang sangat membuat Ryan makin kesal.
" Alah you ni. Marah-marah pula. I call ni sebab I nak cakap dengan you." balasnya dengan nada lembut tapi seolah-olah seperti orang kurang siuman bagi Ryan.
Ryan yang makin hilang sabar berkata. " What do you want Elees? You memang jenis tak faham bahasa ke. I say don't call me anymore. Jangan ganggu I lagi." ujar Ryan.
" NO! Big no! I tak akan berhenti ganggu you sampai lah you putus dengan tunang you tu and kembali pada I. Ryan sayang I masih cintakan you." dan sekali lagi ayat yang tidak langsung di terima oleh Ryan keluar daripada wanita tersebut.
" You jangan mimpi nak dapatkan I semula Elees. I pernah cakap you tak layak nak dapatkan I balik. Dalam hati I hanya ada Alysa sahaja. Dia sahaja." tekan Ryan dengan bersungguh-sungguh.
Dengarkan kata-kata daripada Ryan membuatkan Elees kesal. " okey fine. You jangan menyesal Ryan. Kalau I tak dapatkan you. Sama sekali Alysa dia pun tak boleh dapat kan you. Kalau I buat something you jangan menyesal. So do what I want before you can't see her again" ujar Elees seakan mengugut Ryan setelah itu terus sahaja wanita tersebut memutuskan talian antara mereka.
" Hello.. Elees. HELLO!" panggil Ryan namun panggilan di pihak sana sudah pun putus serta merta. Apabila dia cuba menghubungi semula masih sahaja tidak dapt di hubungi.
Dan ketika itu, Ryan jadi risau akan keselamatan Alysa setelah mendengarkan ugutan daripada Elees.
Dia cukup kenal wanita tersebut apa yang dia mahu dia harus dapatkan sekali dia ingin dapatkan dia akan lakukan dengan apa sekali caranya.
Manakala Elees ketawa kuat seperti orang tidak siuman di dalam biliknya sendirian apabila Ryan menelifonnya semula beberapa kali.
Tapi dia tidak mahu menjawab kerna dia mahu lelaki tersebut tahu kata-kat dia kali ini akan dia lakukan. " Just wait and see Ryan. Sekejap lagi perempuan yang konon you sayang ni akan lenyap daripada muka bumi ni." ucap dia sambil menusuk sepotong gambar yang adanya Alysa di situ dengan sangat agresif.
Kali ini memang dia nekad untuk buat Ryan jadi miliknya dan tiada sesiapa yang akan miliki lelaki pujaannya.
Dan Elees pun sambung ketawa kencang manakala wanita tersebut menangis memarahi diri sendiri.
Elysa yang mendengar segala perbualan kakaknya dengan Ryan menangis ketakutan adakah benar kakaknya yang selama ini dia puji dan kagum berubah bergini kerana seorang lelaki yang sukar untuk di dapatkan.
" Alysa. Sebab kan kau kakak aku dah jadi separuh gila. Ini semua sebab kau!" terus sahaja dia berlari masuk kedalam bilik apa bila kakaknya membuka pintu untuk turun ke bawah.
YOU ARE READING
C | HADIR DIA HADIR BAHAGIA
RomanceMenceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa tidak lagi bertemu. Namun jika di katakan jodoh pasti dengan apa cara sekali pun pasti mereka bakal d...