Di hari perkahwinan Alysa dan Ryan....
Setelah menjalani proses penikahan lafaz ijab dan kabul manakal menandatangani surat perjanjian pernikahan secara rasmi Alysa dan Ryan bergelar suami isteri dengan sekali lafaz akad nikah oleh Ryan.
Mereka sama-sama melakukan solat sunat syukur dan setelah itu menjalankan proses membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin masing-masing ke pasangan.
Selasai sahaja majlis akad nikah mereka menjalankan majlis persandingan di malam harinya. Segala keseluruhan berjalan dengan lancar tanpa ada masalah yang tidak di jangka berlaku.
" Selamat datang ke keluarga kami Alysa sayang." ucap Puan Rahayu kepada Alysa yang kini yang sudah menjadi menantunya itu.
" Terima kasih Mummy." balas Alysa.
Selang beberapa jam berada di tempat persandingan mereka di minta untuk pergi ke kawasan makan beradab.
Dan sesudah sampai merekapun menikmati makan beradab bersama dan sepanjang itu tidak henti-henti pancaran gambar di ambil daripada jurugambar terhadap mereka.
Setelah hampir masuk tengah malam akhirnya majlis tamat dengan acara mengambil gambar bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
" Selamat pengantin baru Alysa. Abang doakan Alysa dengan Ryan bahagia sampai jannah." ucap Emir kepada dua pengantin baru tersebut.
Alysa tersenyum mesra dan juga Ryan yang sentiasa ada di sampingnya. " Terima kasih abang. And Alysa pun doakan Abang akan jumpa dengan perempuan yang sesuai untuk abang. Yang terbaik." balas Alysa dia juga mahu abang sepupunya bahagia.
Yelah lelaki sebaik Emir harus mendapat pasangan yang boleh membuat ia bahagia.
Dan setelah itu, mereka bersalaman dan Emir pun meminta diri untuk pulang bersama dengan keluarganya. " Selamat pengantin baru Alysa Ryan. Mak su doakan kamu berdua bahagia." ucap Mak su. dan tidak menunggu lama mereka pun sekeluarga meminta diri untuk pulang semula ke hotel mereka menetap kerana esok mereka hendak pulang dan Emir pula kerja hari esoknya pula.
YOU ARE READING
C | HADIR DIA HADIR BAHAGIA
RomanceMenceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa tidak lagi bertemu. Namun jika di katakan jodoh pasti dengan apa cara sekali pun pasti mereka bakal d...