BAB 8

2.4K 108 4
                                    

 " Kau nak balik kampung? Buat apa kau nak balik kampung?" soal Danny apabila dia bertanya rancangan setelah habis melihat tapak pembinaan di jitra kedah tadi.

Dan jawapan Ryan adalah dia akan pulang ke kampung halaman keluarga papanya yang berada di alor setar kedah.

Ryan menjeling sekilas ke sahabatnya itu. " Adalah. Baru kali ni aku terbuka hati nak balik kampung. Cari ketenangan sikit." balas Ryan dan apabila rakannya kata bergitu dia mula faham mengapa lelaki tersebut ingin pulang ke kampung secara tiba-tiba.

" Bagus lah untuk kau. Aku harap lepas kau balik kampung kau akan jumpa orang yang sesuai dengan kau." beritahu Danny dengan seikhlas hati.

Dalam sedang mereka berbual sambil berjalan tidak tahu datang dari mana Ryan terlanggar dengan seseorang dan dia dengar ada bunyi tumpahan air berserta cawan plastik jatuh ke lantai pusat membeli belah Aman Central tersebut.

" Sorry. Maafkan saya." pohonnya meminta maaf kepada empunya badan di hadapannya itu. Dan apabila empunya badan membalas pandangan dia Ryan sedikit tercengang melihat raut wajah wanita tersebut.

" Tak. Tak apa ni salah saya juga tak tengok encik lalu sebelah saya. Saya pun minta maaf" kata empunya badan tersebut.

" Tak ni salah saya. Sampai kopi cik tumpah tu." Ryan melihat ke arah kopi yang sudah jatuh kelantai tersebut dengan rasa bersalah kepada wanita tersebut.

Wanita tersebut tersenyum kearah Ryan " Eh tak apa encik. Kopi murah je tu tak payah ganti rugi pun tak apa." beritahu Alysa.

Dia berkata bergitu sebab tidak mahu lelaki tersebut berasa serba salah dengannya. Dan apabila kedua-duanya senyap Alysa bersuara.

" Ah. Encik maaf ye. Kalau tak ada apa-apa kami berdua minta diri dulu. Dan sekali lagi minta maaf daripada saya." kata Alysa sekali lagi sebelum mereka berdua pergi meninggalkan dua lelaki tersebut.

Dan setelah Alysa dan Nina pergi Ryan melihat wanita tersebut melangkah pergi sehingga hilang daripada pandangannya.

GAYA PANDANGAN RYAN KEPADA ALYSA

C | HADIR DIA HADIR BAHAGIAWhere stories live. Discover now