Seketika Emir termenung melihat keluar rumahnya dengan suasana yang sunyi dan langit yang gelap gelita bersama dengan bertaburan bintang di atasnya.
Tidak tahu berapa kali dia menghembuskan nafasnya dengan sangat pelahan seakan hembusan keluhan. Dan ketika itu datang Puan Aminah daripada belakang.
" Kamu tengok apa tu?" tegur Puan Aminah.
Sekali lagi Emir menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. " Tak ada apa mak. Saja Mir nak ambil angin." tipunya.
Puan Aminah yang mendengan jawapan daripada puteranya sudah boleh tahu anaknya sedang menipu.
" Hai. Anak mak ni. Tak payah nak tipulah. Mak tahu. Kamu kecewakan bila dapat tahu yang Alysa tu. Dah berunang dengan anak sulung pak long kan?" tembak Puan Aminah yang sudah tentu mengena.
Dan sekali lagi Emir menghembuskan nafas dan tidak menjawab apa yang maknya katakan.
" Dah berapa kali mak cakap. Cepat. Cepat pergi meminang Alysa tu. Tapi kamu cakap apa? Nanti. Tunggu dulu. Sekarang ni? Kamu tengoklah sendiri. Budak tu dah bertunang dengan orang lain." bebel Puan Aminah kepada anak sulungnya itu.
" Emir. Mak tahu kamu sayang kan dia. Kamu cinta kan dia. Sebab tulah mak suruh kamu cepat bertindak. Tapi sekarang tengoklah. Alysa tu dah di rebut orang lain. Kamu putih mata tahu tak." sekali lagi Puan Aminah membahas.
Kadang-kadang dia geram dengan kelakuan anaknya yang seorang itu. Susah sangat untuk berterus terang dan lambat untuk bertindak.
Dan tengoklah sekarang sudah putih mata. Apabila mendapat tahu bahawa anak saudaranya sudah bertunang dengan anak saudara lelaki nya itu.
Terus sahaja anaknya itu yang mahu pulang ke kuala lumpur hari ini terus tidak jadi. Patah hati sungguh.
Dengan derap nafas yang di hembuskan makin kuat Emir berkata.
" Tak apalah mak. Nak buat macam mana. Kalau dah jodoh Lysa dengan Ryan tu. Emir relakan sahaja. Yang penting mir nak Alysa bahagia." beritahu Emir dengan rasa sedikit pedih dengan apa yang dia rasa kini.
YOU ARE READING
C | HADIR DIA HADIR BAHAGIA
RomanceMenceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa tidak lagi bertemu. Namun jika di katakan jodoh pasti dengan apa cara sekali pun pasti mereka bakal d...