BAB 6

3.2K 109 9
                                        

'i just enjoy the beautifulness of God's creation' ayat tu terngiang- ngiang didalam benak fikiran Fana . kadang-kadang dia terfikir jugak , apa pula yang dia nampak yang cantik sangat tu , enjoy bukan main ...sampai muka pon boleh terkena bola .

"uishh mengelamun ajeee minah dilamun cinta ni kan , hani?" Ain menerjah sambil memberikan ayat memerli

"ha ah betul tu , baru tinggal 2 minit dekat sini pun sempat jugak mengelamun" Hani membalas

"alaahai , aku bukannya mengelamun . aku tengah fikir pasal masa hadapan ni . aku bukan macam korang ,paling selalu fikir pon time sebelum rehat 'korang nak makan apa rehat nanti? korang nak makan apa?' " Fana membalas dengan suara memerli sambil mengangkat tangan dan mengeluarkan dua jari 'peace' yang diangkat keatas dan kebawah ketika menyebut ayat yang sering ditanya oleh dua orang sahabatnya itu .

"fikir masa hadapan tu time bila ? time kau kahwin dengan Fahmi ke ?! Hahahahaha! " Ain mengusik Fana . Hani juga turut ketawa bersama .

"eleh , sorang tu pulak kena tegur dengan lelaki pujaan hati , si jaguh sukan , si tampan dan segak tu semalam" Fana tidak mahu mengalah jika dia sedang dibahan oleh kawannya itu tetapi dia akan membuka topik lain tentang salah seorang darioada sahabatnya itu .

"ha ahhh , lepastu malu-malu pulak ...sebenarnya mahu" Ain menambah usikan

"sudahlah tu . sekurang-kurangnya ada jugak orang nak layan aku . Ain lonely aje ke ?" memang sah Hani mempunyai perangai yang sama dengan Fana . sekarang ni Hani pulak yang menukar topik .

"wekkk aku ada Sam....ehh takde pape"
"Samad!!.....wuuuuuu minat samad" Fana teruja kerana rahsia kawannya itu terbongkar dek kerana mulutnya yang memang cakap lepastu , habis rahsianya sendiri terbongkar .

"samad tu kawan Fahmi ye ?" Hani yang kurang mengenali dua orang jejaki ini ,terpaksa menyibuk untuk mengetahui tentang mereka .

"Ha ah ... dia pun apa kurangnyaa...macho lah jugakk " Fana mengusik sambil menolak sedikit badan Ain yang sedang tersipu-sipu malu .

"haa bagus sorang nak satu ... dah besar sangat lah tu nak bercinta-cinta ni " Hani mencelah

"DIA PON SAMA !!" Ain dan Fana membalas serentak , tidak puas hati .

FAHMI'S P.O.V

"weh ... hebat gilaa beb , muka lebam pon manget *semangat* nak datang sekolah " Samad menegur Fahmi yang sedang berjalan menuju ke meja di sebelahnya .
sudah dijangka Fahmi , hari ini pasti lebam di mukanya menjadi perhatian budak-budak di sekolahnya itu .

"habistu kalau lebam muka pun aku nak cuti , kau rasa kalau aku patah kaki mesti aku dah berhenti sekolah kan" ayat Fahmi pedas

"chill la , pagi-pagi pun nak sentap. kalau aku jadi kau , aku dah lama dah tak bangun , membungkang lagi atas katil tau !" Samad memberi pendapatnya yang tidak bernas itu .

"eleeh , kalau aku tak datang ,kau rindu lak .. menangis takde kawan kat sekolah nak teman" Fahmi senyum sinis mengejek Samad .

"woi Fahmi awek lu apa citer bro , lu bukak cerita pon tak tup tup dah bawak awek kasi sorak time main bola semalam" buat kali kedua jangkaan Fahmi tepat . dia sudah menjangkakan yang harini rakan kelasnya mesti ingin menanyakan tentang Fana yang diingatkan 'awek' Fahmi yang berjumpa dengannya semalam .

"kawan je bro" Fahmi memberi jawapan cliche' .

belum sempat rakan kelasnya menyambung pertanyaan ,guru add math mereka telah pun masuk ke kelas .

'kalau lah aku suka dia ...dia suka kat aku balik ke ? entah-entah dia dah ada awek tak ....tapi dia nampak macam minat dekat aku , tapi kalau dia minat dekat aku....kenapa dia tak mintak nombor aku semalam? selalunya lelaki mintak nombo dulu ...sesuai ke aku denga..."

Buah Hatiku Cik KucingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang