BAB 5

3.2K 111 4
                                    

perlawanan itu sangat sengit . mereka mandapat masa tambahan dek kerana mereka seri pada waktu-waktu terakhir dengan mata 4-4 . tetapi 3 minit sebelum waktu tamat , jaguh sukan , Adam dari Taman Permata telah menjaringkan gol .

buat kali kelima , Hani menjerit gembira di tempat duduk penonton . Nampaknya , perlawanan untuk haritu telah tamat . tiada pasukan lagi yang ingin berlawan kerana terlalu lama menunggu dua pasukan hebat ini menamatkan permainan .

"dah jom lah balik , kita jumpa Kak Nurin lepastu baru aku call ayah aku" kata Ain

"ermm, korang .....boleh tak tunggu kejap beberapa minit kat sini ...aku nak jumpa seseorang dulu laa" Fana bertanya sedikit gagap

"haaaaa.....nak jumpa mamat tadi tu la kann" Hani menebak

"okay , aku tau korang mesti fikir bukan-bukan . but , im gonna tell the truth . actually , dia kena bola tadi tu sebab ......aku" Fana rasa bersalah

"kenapa pulak salah kau . dah sah-sah salah kawan dia yang tendang tu " Ain hairan .

"ye laa , masalahnya , kalau laki tu concentrate dekat bola tu , mesti bola tu tak kena dia " Fana terangkan

"ohh , kau nak cakap dia tak concentrate sebab kau la?"Hani meneka

"lebih kurang macam tu laaa....so , sebab tu aku nak jumpa dia....nak minta maaf . aku rasa bersalah laaa "

"tapi mana kau tahu yang dia tak concentrate sebab kau ? ishh pelik la" Ain confused

"masa tu aku tengah pandang dia , dia perasan....lepastu dia pandang aku balik . lepastu tetiba bola tu datang ...kena muka dia" Fana terangkan

"oh...okay , apa-apa je la .kitorang tak nak masuk campur .. kau pergi la dulu , kitorang tunggu sini"

"okay !" Hani terus berlari semula ke tepi padang untuk mencari lelaki McDonalds nya itu

sedang memerhati sekeliling padang , akhirnya dia menjumpai lelaki McD itu di tepi padang bersama dengan Samad manakala teman pasukannya yang sedang sibuk mengemas untuk pulang .
'haishhh muka lebam pun nampak segak' waktu sebegitu pun Fana sempat menikmati kehenseman si Fahmi tu .

tetapi lamunannya tidak lama, dia pun tanpa rasa malu berjalan perlahan menuju ke arah Fahmi dan Samad .

Fahmi yang daripada tadi berborak dengan Samad terhenti seketika melihat Fana berjalan menuju ke arahnya .

"hai , assalamualaikum " Fana memang friendly . dia tidak malu untuk menegur semua orang . teguran itu pun diberikan dengan senyuman paling manis kepada Fahmi dan Samad .

Fahmi dan Samad saling berpandangan . agaknya susah untuk dipercayai apa yang sedang berlaku pada waktu tu .

"wa...waalaikummusalam .." Samad yang menjawab tapi teragap-agap .

kemudian Fana memandang Fahmi dan menujukkan isyarat 'tak nak balas salam saya ke ?'

"oh, waalaikummusalam" Fahmi menjawab

ughh sekali lagi Fana berasa seperti ais cair disiram air panas kerana suara Fahmi tersangatlah lunak dan sedap didengar .

"hai , saya Nur Farhana Afrina . panggil je saya Fana,16 tahun dan tinggal dekat Taman Permata dekat dengan taman awak . jadi,selamat berkenalan" fuhh ,tidak tahu malu sungguh si Farhana ni . tidak disuruh pun untuk memperkenalkan diri , dia sendiri yang mulakan .

Fahmi dan Samad agak terkejut . tetapi , bab nak berkenalan ni , memang Samad la yang akan mulakan dulu .

"oh hai , nama saya Samad . nama penuh tak perlu tahu la....heee . saya pun 16 and awak dah pun tahu KAMI tinggal dekat mana , haa yang ni kaw..." Samad meng'intro' dirinya tetapi belum sempat dia menghabiskan ayat , Fahmi mencelah .

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now