BAB 3

4K 119 0
                                    

"kau nak bawak aku pergi mana ni mad ?" tanya Fahmi sedikit menjerit kerana mereka sedang menunggang motor . jadi , bunyinya agak bising .

"kau ikut aje la dulu , confirm kau suka"
jawab samad teruja
"kau ni ada-ada je , kalau kau bawak lagi aku dekat rumah makcik gedik tu nahas kau" Fahmi memberi amaran tentang makcik gedik yang menyuruh mereka minum petang bersama pada suatu hari itu, ini gara-gara Samad yang ingin menujukkan cara-cara ingin mengorat perempuan kepada Fahmi . tidak tahu kenapa , makcik tu yang menjadi contoh . bukannya makcik tu berminat pada Samad tetapi dia tertarik pula pada Fahmi

TAMAN JALAN PANDAN-4:05 P.M

"kau ni Fahmi ngorat perempuan kena lah nampak macho ,ayat pon kena sweet . kalau tak nanti perempuan ingat kau ni sombong , gay tak minat perempuan , bongkak , berlagak ,takabbur , nauzu....."

belum sempat Samad menghabiskan ayat nya , Fahmi memotong " hamboi hamboi , bukan main sedap kau tuduh aku camtu , kalau kau terror sangat tunjuklah cara dia ! " Fahmi mencabar

"okay aku on je .....tapi mana perempuan nak jadi bahan aku ni ......." Samad bercakap sambil mencari mana-mana perempuan di sekitar

"Haaa tu ! " Samad yang teruja terus turun dari motor dan pergi ke arah 'makcik' yang dijadikan sebagai bahannya untuk mengorat .

"woii , tunggu .....!" Fahmi cuba melarang
'dia ni tak boleh ke pilih elok sikit , makcik pon ade selera ke ..dahlah makcik nya nampak macam bapok' bebel Fahmi sendirian ketika berjalan mengekori Samad .

"Assalamualaikum adik ... eh akak . alahaii tak dapat nak bezakan lah sebab muka akak nampak macam budak 18 tahun , awet muda . menawan lagi " Samad mula mengayat sambil mengenyitkan sebelah mata kanannya

Makcik tadi tu , tidak melayan si Samad tu tetapi daripada tadi dia memandang si Fahmi yang mungkin menarik minatnya .
"oh ye ke ," makcik itu membalas sambil tersipu-sipu malu . ingatkan tak nak layan si Samad ni .

"ehh betul la makcik ....eh akak"Samad menjawab , yakin

"Jom masuk , makan petang kat sini la, makcik ada buat kuih sikit tadi" pelawa Makcik tadi sambil tersenyum

"Haaa , elok la tu makci...eh akak , perut kitorang pun daripada tadi berkeroncong.." Samad tidak tahu malu

belum sempat Samad masuk ke dalam,  tanggannya ditarik oleh Fahmi

"weh , kau ni gila ke , makcik ni dah tah sape-sape , kau kata nak ngorat aje , ni dah macam action mak ngan anak je , kalau dia buat apa-apa kat kita dalam rumah tu nanti macam mana...!" sambil berbisik tapi bernada geram

"Broooooo ... chill leh tak . tu makcik je kowttt , jangan nak gentar sangat " Samad cool ,tak risau lansung  . Fahmi yang risau tadi pun terpaksa masuk mengikuti Samad .

makanan telah dihidangkan di atas meja ruang tamu rumah makcik itu .

sejurus Fahmi duduk di sofa , makcik itu pun turut duduk di sebelah Fahmi . Pada mulanya Fahmi bertenang sahaja , tetapi lepas beberapa saat duduk membatu sebelah makcik tu , tangannya terasa seperti dipeluk , dan yang memeluk tu makcik tu !

terkejut Fahmi dibuat nya . tetapi dia masih lagi bertenang dan cuba untuk melepaskan tangan makcik itu ....
"err...makcik , lepaskan tangan saya....."

"tak nok..." suara gedik mak cik tu .
"mak cik......" Fahmi sedikit geram . dalam hatinya 'eyy baik kau lepaskan aku sekarang ....eyyy nasib baik kau makcik , kalau tak aku dah lama belasah ..'

"tak nak.....tak mo" mak cik itu meronta sedikit , tetapi masih lagi dengan suara mengada-ngada .

Samad yang dari tadi sebok melantak kuih makcik tu , menahan gelak melihat Fahmi diperlakukan sebegitu . tetapi sedikit pun tidak membantu . lahanat punya kawan .

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now