TAMAN MALURI-4:32 P.M
"bye kak, kitorang pergi dulu Assalamualaikum" jerit Fana dengan suaranya yang lembut dan comel itu
"byee , waalaikummusalam . sampai sana jangan gatal dengan abang-abang bola hahahahaha" Kak Nurin mengusik
"okay , kitorang tak lupa tu" Hani membalas
PADANG BOLA TMN MALURI-4:35P.M
"nah , ni baju jersey team kita " seorang daripada kawan sekelas Fahmi , ketua pasukan bernama Hafiz memberikan baju kepada Samad dan Fahmi .
"okay , thanks "Samad dan Fahmi menyambut baju itu . mereka tidak pergi ke bilik persalinan mahupun tandas untuk menukar baju . biasalah , lelaki .
mereka terus membuka baju mereka disitu , menampakkan sixpack dan muscle mereka yang 'hot' itu lalu terus menyarungkan baju jersey yang diberikan tadi.pasukan mereka akan berlawan tak lama lagi . jadi mereka sedang menunggu giliran mereka di tepi padang , di dalam barisan yang lurus .
AIN's P.O.V
"ramainya orang ....!" Ain terkejut dengan keadaan di padang bola itu
"ha ah la , padang nya ni pun besar giler . nasib baik tak jauh dari rumah kakak kau , senang je boleh jalan kaki" Hani turut teruja dan rasa bertuah kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk ke sini .
"dah jom cari tempat duduk" Fana berkata lembut . harini Fana kelihatan comel dengan baju muslimah labuh , lebih besar dari saiz asalnya , berseluar track dan bertudung bawal hitam .
sementara itu, Ain sibuk meneliti setiap pemain di padang dan orang disekelilingnya . tiba-tiba "Fana , tu bukan ke lelaki haritu yang potong barisan kita lat McD tu?" Ain menunjukkan si Samad dan Fahmi itu kepada Farhana
"mana?" Fana yang agak lembab ini terpinga-pinga mencari kelibat dua orang lelaki itu .
"itu lah dia , kat situ , dia tengah tunggu giliran nak lawan dengan pasukan lain. " Ain menunjukkan lagi .
Hani turut melihat disekeliling padang untuk mencari kelibat lelaki yang diceritakan oleh dua orang kawannya itu . tiba-tiba muka Hani merah padam dan terus mengalihkan pandangan .
"oh tu! dah nampak ! ha ah laaa.! dia muda lagi la , macam budak sekolah menengah , aku ingatkan dah kerja " Fana turut teruja
"ha ah , dah lah haritu aku panggil dia Encik , malu aje hahahaha" Ain tidak berhenti memerhatikan mereka berdua . untung mereka dapat tempat yang paling hadapan , mudah untuk memerhatikan setiap orang yang bermain.
"yang engkau ni dah kenapa , Hani?" tanya Fana , pelik dengan kawannya yang diam dan menundukkan pandangan secara tiba-tiba sejak tadi.
"baik aku teka .....mesti nampak mamat hensem kan...." Ain mengusik
"mana ade..." Hani menjawab , mukanya masih lagi merah padam
"eh eh ! Adam la! oooooo patutla dia malau-malu..." Fana yang ternampak Adam , jejaka idaman Hani itu .dia pun terus menjerit teruja .
"ishh , kau menjerit kuat sangat la !" Hani bertambah malu , sekarang semua orang di sekeliling sedang memerhatikan mereka bertiga oleh kerana jeritan Fana tadi .
"oh ha ah laa . heee sorry . Adam dia wakilkan taman kita , mesti menang punya lah! segak betul" Fana yang cuai tadi meminta maaf sambil itu , mengusik Hani yang daripada tadi tidak mengangkat kepala .
"Hani , tak payah la malu sangat.... wat lek aje la " Ain memberi nasihat
HANI's P.O.V
'kenapalah dia ada dekat sini , kenapa . '
'tak selesa aku dibuatnya . malu aku '
' macam mana lah dia boleh ternampak aku '
'dia lambai aku ke orang lain tadi'
' ish mengarutlah ! baik aku buat tak tau aje '
semua kemusyhkilan terdetik di dalam hati Hani
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Teen FictionSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .