'kalau dah jodoh , nanti duduk dekat pelamin sama-sama jugakk'
'kalau nak ikutkan fizikal , dua-dua sama cantik ,sama padan'teringat Fana pada pendapat Hani dan Ain tentang soalan yang ditanyanya di kantin beberapa hari yang lepas .
"ermm , lepas ni boleh ke aku jumpa dia lagi, entah-entah lepas kem ni ,dia terus menghilang" Fana meragui daam hati
"Kau suka dekat Fahmi ke...Samad ni..." tanya Hani ragu-ragu
"ehh apa kena mengena dengan dioramg pulak tiba-tibanya ni" Fana terkejut dengan soalan Hani yang tiada kaitan langsung itu. dalam hatinya 'dia boleh dengar ke apa yang aku cakap dalam hati tadi?'
"ye la ... sejak dari masa kau nampak Fahmi pagi tadi... kau asyik mengelamun je ... lepastu kau ngan Samad macam ada something aje....rapat semacam" Hani menerangkan keraguannya itu kepada Fana
"ohh takde lah.... aku just .......termenung biasa je ,mana ada mengelamun...penat sikit la kot semenjak dua menjak ni ."
"kau tipu. aku kenal kau dah lama dah Fana "
"ishhh ....dah laa , jangan la cerita pasal ni . macam laa aku ni dah nak kahwin dah...padahal SPM pon tak habis lagi" Fana menukar topik
"memang laaa . tapi ....aishh kalau aku cakap cam ni jangan ejek aku jiwang tau......hati dan perasaan ni tak boleh bawak main, i dont know what percent of people in this world who's suffering just because of love but it's actually a lot ! benda ni menyiksakan hati , perasaan, rohani, jiwa dan raga cehhh . hahahaha kay , aku harap kau faham apa yang aku cuba nak sampaikan ehh"
Fana tidak membalas sebaliknya dia hanya mendiamkan diri dan...mengelamun..eh atau hanya 'termenung' lagi .
"eh , kau ni ..penat aku berhujjah kat sini , kau boleh lagi mengelamun " Hani geram
"mana ada mengelamun . otak aku tengah proses setiap butir kata yang kau sampaikan tadi sebelum dia hadam betul-betul" Fana membalas tanpa memandang Hani
"cehh ... bukan main lagi kau ye ......tapi kan Fana... aku rasa kan, muka Adami tu macam familiar gila kott . "Hana menukar topik
"ha ah..... aku pun rasa cam tu . tapi kan kau ngan dia ada apa-apa ke . macam dah syokk aje kat diaaaaa"
"hempph ,aku tak termakan langsung dengan usikan kau tu . aku ngan dia mana ada pape , cuma dia tu friendly ,so memang la dia boleh rapat dengan sape-sape je kannn" Hani menerangkan
"alahaii , pandai betul nak menafikan ....aku pon bukannya kenal kau semalam , aku tau kau syok kat dia . kau memang minat orang yang nama macam Adam , Adami , Adama , Adamu macam tu ehh hahahah"
"tak lawak kay" Hani malas melayan
"ye la . dah lah minat Adam ,lepastu ada kaitan pulak dengan si Adami tu .... Adami tu sekolah mana eh?"
"smk .. coch....cochrane ....apa eh ..perkasa . smk cochrane perkasa ! haa ,aku baru nak cerita kat kau yang sekolah tu dekat kot ngan sekolah kita ! tapi....dia duduk mana ehh .."Hani memang pelupa, dahlah lupa nama sekolah yang dekat dengan sekolahnya sendiri ! lepastu lupa nak cerita dekat Fana pulak tu ...
"oh ha ahh .... erm....aku rasa kan ..muka dia tu macam ada iras-iras Adam Fazihin (nama penuh Adam , jejaka yang Hani minat) tu lahh...entah-entah Adami tu adik Adam ! dah lah sekolahnya sama... nama pun dekat-dekat ... muka iras-iras"Fana meneka . memang sangat logik tekaannya itu
"ishh ye je kau . kalau dia sekolah sama pun apa masalahnya . muka ngan nama tu kebetulan je kot . lagipun kalau dia adik Adam.... kenapa kita tak pernah jumpa dia kat Taman kita tu" Hani tidak mempercayakan perkara yang belum pasti itu
"aku teka aje...mana lah aku tau"
"eh , lupa nak tanya ... macam mana kumpulan kau boleh hebat sangat time aktiviti teka kumpulanku teka tu dohh?"
Hani bertanya teruja"oh hahahaha. Samad tu banyak cakap sikit , semua benda yang dia nampak tu memusyhkilkan , mesti dia tanya . so ,bagi memudahkan kerja , kitorang pilih je lah soalan yang kitorang borakkan tadi" terang Fana
"ohh , kumpulan kitorang tak bincang apa-apa pun ...duduk diam aje , buat hal masing-masing"
"laaa , kan Adami tu friendly..."
"tapi kitorang tak friendly pon... kalau dia tanya , macam lah diorang nak layan hahahaha"
"hahaha dah lah , baik kita mandi cepat nanti ramai pulak , kena rebut tandas nanti" ajak Fana
"okay , jom"
FAHMI'S P.O.V
"wey Fahmi , ambikkan towel aku "
minta Samad"ambiklah sendiri" Fahmi membalas dengan suara tiada mood .
"ishh , tolong sikit pon tak boleh . dah kau tak nak mandi ke , nanti kang lambat"
"pergi ah dulu" balas Fahmi pendek
"eh kau ni kenapa?" Samad tidak puas hati
"mana ada apa-apa"
"bercakap pon tak pandang aku ,suara macam tak nak layan"
Fahmi diam . tidak membalas
"ni mesti kes kau jealous aku group dengan buah hati kau tu kan ! haishh aku dah agak dah benda ni jadi punya . lek ahh aku takde pape pon dengan dia " Samad sendiri yang menerujakan perbualan mereka yang hambar itu
"dah ah aku nak mandi" Fahmi masih lagi malas melayan
"eh , aku dah explain kan, ko nak marah lagi apesal"
"kau lambat , jangan ketuk pintu tandas aku kalau tandas lain dah penuh " Fahmi memang tak boleh lama-lama berdingin dengan si Samad ni . dia bercakap sambil memberikan towel yang diminta Samad tadi .
" okay ! sape nak ketuk pun....aku tak nak mandi berdua ..." Samad membalas sambil mengambil tuala yang dihulurkan Fahmi
beberapa minit kemudian....
"weh tandas penuh laahh" Samad mengeluh
"penuh apanya , tu tandas hujung tu kosong" Fahmi menunjukkan tandas yang dimaksudkannya itu.
"ada satu aje...."
"sorang je la yang dapat masuk" kata Fahmi lalu terus berlari untuk mendapatkan tandas yang kosong itu .
Samad turut berlari dan menarik Fahmi .
beberapa saat mereka bergelut sambil ketawa di depan tandas kosong itu .
sampai orang di dalam tandas pon bertanya"apabendeeeee yang seronok sangat kat luar tu , tak ajakkkkkk"
tapi mereka berdua tidak menghiraukan soalan itu dan terus merebut tandas itu
"okay ,okay ...mandi sama-sama nak .." cadangan bodoh Samad kepada Fahmi sambil tercungap-cungap
"uishh gay shialll" kata lelaki di dalam tandas tadi .
"kau diam!" Samad geram dengan orang yang menyebok dari tadi itu
"kepalaaa hotakkkkkk " Fahmi menolak Samad yang sudah kepenatan itu lalu terus mengunci pintu bilik air itu sebelum Samad menyerang semula .
"takpe...takpe ...aku balas lain kali..."
dalam masa yang sama , lelaki di dalam tandas tadi itu keluar sambil memakai tuala . Samad hanya memerhatikannya dari atas ke bawah .
"aku harap kau tak minat kat aku......" jawab laki tu dengan suara yang agak risau lalu terus berjalan keluar menjauhkan diri dari Samad .
"takde selera aku , dahlah pakai tuala warna hot pink tak ke menarik perhatian tu...patutnya aku yang geli tengok kau..erghh"
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Teen FictionSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .