BAB 25

2.1K 75 0
                                    

HANI'S P.O.V

pagi seperti biasa . aku bangun , sedikit menggeliat . kadang rasa malas itu makin menjadi-jadi . siap mandi dan solat subuh, berpakaian sekolah lengkap dan bersarapan . aku keluar dari rumah dan berjalan menuju ke bus stop . Ain tidak sampai lagi .

"bosannya nak tunggu macam ni hari-hari" keluh Hani . aku bosan dan mula menyanyi perlahan . tidak lah kuat mana , cukup perlahan supaya orang yang lalu di situ tidak mendengarinya . sehingalah nyanyian aku diganggu

"when im gone..when i goneee....you're gonna miss me when im gone ..you're gonna miss me by .."

"i am really really miss you" suara lelaki muda dari arah sebelah Hani . selama Hani di situ , langsung dia tidak perasan akan kehadiran sesiapa di situ . tidak dinafikan , memang Hani terkejut dengan sapaan pemuda itu . nak-nak bila dia tegur tentang nyanyiannya.Yang membuatkan Hani bertambah terkejut ialah...

"Adami...?" tegur Hani

"hye...lama tak jumpa" Adami tersengih .comel.

"ermm.....kenapa ...eemmm..apa awak buat .....dekat ..sini?"tanya Hani teragap-agap

"tunggu bas lah, kita kat bus stop kan" jawab Adami selamba

"erm o.."

"kenapa? awak tak suka ke saya ada dekat sini?" Adami memotong sebelum Hani sempat membalas

"bukan macam tu...cuma awak tak pernah tunggu dekat sini pun selama ni....kenapa pulak harini tiba-tiba awak ...tunggu dekat sini?"

"saje. saya...saya rasa nak tunggu sini harini" sekali lagi Adami membalas dengan selambanya

"tapi bukannya awak naik bas pun"

"erm awak ni memang tak suka saya dekat sini kan"

"hemmm" Hani mengeluh . malas jugak dia ingin membalas kata-kata Adami itu . lahi,dibalas , lagi banyak sangkaan negatif Adami terhadapnya

"awak...mesti anggap saya jahat kan"
tanya Adami secara tiba-tiba

"kenapa pulak"tanya Hani hairan

"sebab apa yang abang saya buat dekat awak.....awak ingat saya pun macam tu jugak.....lepastu awak cuba nak jauhkan diri dari abang saya....dan termasuk saya.and mungkin lepasni family saya pulak "Adami memandang tepat anak mata Hani

"erm...kenapa awak fikir macam tu pulak" kali ni Hani nampak tenang . dia tidak rasa marah langsung kepada Adami walaupun setelah apa yang Adam telah lakukan kepadanya . bagi Hani , masalah Adam tu tiada kaitan langsung dengan Adami kerana dia tahu Adami tu baik orangnya

"saya rasa bersalah . malu nak jumpa awak lepas kejadian tu . saya ingat awak akan marah saya , benci saya .....tapi..."

"tapi saya tak kan? saya tak rasa awak sama macam abang awak , sebab awak je yang baik dengan saya ,tolong saya dekat kem haritu...jadi saya tahu lah perangai awak macam mana"

"wow....unexpected ...."

"dah lah tu , jangan lah fikir lagi . benda dah lepas kan..."

"macam mana dengan abang saya ? awak still simpan rasa benci dekat dia ?"

"susah saya nak maafkan dia...tapi...mungkin saya akan ubah fikiran saya kalau saya nampak perubahan positif dia ke..."

"what an angel....huh , lega saya" kata Adami sambil tersenyum manis . dalam masa yang sama ....

"assalamualaikum ....."sapa Ain

"waalaikumussalam" jawab Hani dan Adami serentak

"elok betul nasib korang sebab aku datang lambat , sempat gak korang dating kejap an" Ain memerli

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now