BAB 22

2.1K 107 7
                                    

hari ini MFH tidak memberikan apa-apa message kepada Fana . Fana mungkin sedikit lega kerana tidak diganggu lagi , sedikit hairan dan sedikit geram . kenapa Farhana geram? memang sepatutnya pun dia geram kerana sudahlah datang lambat , bukannya lambat dah ...tak datang langsung ! lepastu minta maaf pon tak . oleh sebab itu , dia menganggap MFH itu hanyalah nombor palsu untuk mengenakan dia .

Tetapi perkara yang lain pula yang datang . bukannya perkara buruk , tetapi perkara yang paling indah .

ERWIN: hai Hana :)
message dari jejaki kacukan darah Scottland . orang yang sangat sweet . ughh , sedikit meredakan hati Farhana yang geram tentang MFH tadi.dia mungkin agak berterima kepada MFH kerana kalau bukan dia yang mengajak , mesti Farhana tidak berjumpa dengan si Erwin yang menawan ini .

FANA: hye! saya rasa awak salah nama :)

ERWIN: no im not . i love that name . jadi , biar i sorang je yang panggil you dengan nama tu .

FANA: ye ke ? siapa yang benarkan

ERWIN:hehe , biarlah i yang decide . okay lah . i tak nak kacau you malam-malam ni , goodnight Hana ❤

FANA: goodnight.....❤

"okay sekarang ni aku memang betul-betul tak paham dengan si Fahmi tu . dah 2 kali dia buat aku tak sure dengan benda yang dia cakap . first , panggil aku zaujjah lah bagai . second ni pulak , dia cakap dia tunggu wife , bukannya girlfriend..." bebel Fana sendiri .

"tapi...kalau dia kata dia tak tunggu girlfriend tapi dia nak tunggu bini aje......maksudnya Dura tu bukan girlfriend dia lah....tapi .....bakal bini dia ?! entah-entah tu pasangan yang mak dia dah rancangkan .lepas abis belajar nanti dia kahwin dengan Dura ? ishh.....aku dah agak dah mesti diorang ada hubungan..." kali ini dia membuat spekulasinya sendiri . bukannya yang positif , tetapi lebih kepada perkara yang negatif . sudah penat memikirkan perkara itu , akhirnya dia tertidur .

HANI'S P.O.V

"harini aku nak keluar pergi rumah cik Zubaidah , dia kan ada buat kenduri kahwin ...kau tak pergi ke ?" tanya Hani di dalam telefon apabila Farhana mengajaknya ke ioi mall

"tak kot , aku dah janji dengan kawan aku tu"balas Farhana

"aku tak boleh lah teman kau , cik Zubaidah tu kan mak long aku , so aku kena lah ada dekat sana sekali"

"okay lah takpe kau tak boleh join....bye , berseronoklah dekat sana"

"berseronok apa nya , dah lah byee ...sorry tak dapat temankan "

"okay" Farhana memutuskan talian

Hani bergerak ke rumah Mak Longnya pada jam 9 pagi . kenduri nya bermula pada jam 11 , oleh kerana itu Hani datang awal sedikit untuk membantu .mereka juga bersiap-siap di situ bersama dengan pengantin perempuan . sedara maranya yang lain turut hadir . rumah mak long nya itu di dalam kawasan perumahan yang sama dengannya , jadi mudah lah bagi Hani untuk selalu ke rumah Mak longnya itu .

"Hani , nanti kamu jadi penyambut tetamu dengan Mak Long dan Pak Long"mak long memberikan tugas kepada setiap anak sedaranya itu .

"okay mak long..."Hani berkata sambil tersenyum manis

"cantik Hani harini , geram Mak long tengok"

"hahaha mana ada , mak long lagi cantik ,awet muda tau"

Hani kelihatan sangat cantik pada hari itu . berbaju jubah modern dan berselendang labuh berwarna putih , iaitu warna tema perkahwinan itu .walaupun agak simple tetapi ia nampak indah dan cantik . Hani memakai sedikit make-up yang soft dan nampak natural . make-up nya itu pula dipakaikan oleh juru solek yang sama menyolek pengantin perempuan itu .pada awalnya memang Hani menolak tetapi disebabkan permintaan semua sedara maranya yang lain, dia terpaksa mengikuti sahaja .

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now