setelah pulang dari kem , mereka mempunyai baki cuti lagi dua hari . pada waktu cuti begini biasanya Farhana akan bangun dari tidur , solat subuh , dan kembali ke atas katil . sama ada menghadap phone , menonton movie di laptopnya ataupun menyambung semula tidurnya tadi .
bzzzzppp bzzzzzpp -handphone vibrate
niat Farhana untuk menyambung tidur tadi meleset apabila terdengar bunyi vibration handphonenya . lalu dia terus mencapai bluwiey untuk memeriksa siapa yang menghantarnya message pada waktu pagi-pagi sebegini .
-new message -
MFH: good morning little angel
"apa kena dengan dia ni..pagi-pagi buta dah message" Fana agak tidak selesa dengan lelaki itu . sudahlah dia tidak kenal , tiba-tiba bagi message macam lah dia tu sudah berkawan baik .
FANA: good morning lil unknown man. hurhh, saya memang nak sangat tau siapa awak ni...jadi , boleh taka kalau awak berterus terang aje
MFH: awak betul-betul tak tau sape saya eh...
FANA: kalau dah tau buat apa saya sebok-sebok nak tau siapa awak ni...
MFH: kalau macam tu , kita jumpa lah . harini okay?
"aish....apa pulak aku nak balas ni...entah-entah dia nak buat something dekat aku ke"
FANA: i don't know you ....jadi apa awak ingat saya berani ke nak keluar macam tu je dengan awak...
MFH: kenapa nak takut sangat? i'm not a bad guys anyway .
FANA: mana ada bad guys mengaku dia jahat..
MFH: jadi , kalau dia good guy , dia mengaku lah yang dia tu baik?
FANA: it's a different thing....ughh okay , jumpa dekat mana?
MFH: wherever you want..
FANA: ioi mall if you can ..
MFH: okay , kita jumpa pukul 2 petang . see you at 'dip n dip'
FANA: okay , jumpa nanti ...jangan lambat
"serious ke aku nak jumpa dia ni.....takkan aku sorang je , baik aku ajak Ain atau Hani...." Fana yang membuat keputusan dengan tidak berfikir panjang tadi baru menyedari yang tindakan nya itu agak drastik . terus dia menelefon Ain
"hello? "
"ye, kenapa call pagi-pagi buta ni" suara Ain sedikit geram
"harini kau busy tak ....dalam pukul 1 petang macam tu"
"erm tak sure ...kenapa ?"
"teman aku keluar , jom..kita pegi ioi mall , pak mat hantar . pukul 1 aku ambik kau kat umah"
"i'll call you back . aku tak sure lah"
"okay...make sure kau CALL aku balik , jangan lupa pulak"
"ye..."
setelah beberapa jam menunggu jawapan , Ain tidak dapat menemani Farhana . begitu juga dengan Hani . mereka agak busy meluangkan masa dengan keluarga mereka .
1:45 P.M-IOI CITY MALL
"dip n dip.....okay , dekat mana eh"Fana cuba mencari kedai yang MFH itu maksudkan . Fana jarang singgah ke ioi mall ini , jadi agak sukar baginya untuk mencari mana-mana kedai yang jarang dia lawat sebelum ini .Farhana masih lagi kurang mengenali kedai ini walaupun kedai ini agak terkenal di kalangan remaja sekarang kerana kedai ini menjual segala jenis makanan yang berasaskan coklat . satu masalah di kedai ini ialah , makanannya yang agak mahal .baru sahaja beli sepinggan coklat dah berharga RM 17 . macam tak berpatutan tetapi itu lah hakikatnya , mungkin kerana coklatnya yang sangat enak .
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Novela JuvenilSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .