"nasib baik selamat...kalau tak , awak kena bayar ganti rugi ...saya baru je mandikan dia , dah kotor balik...awak tak dengar ke saya cakap jangan buka.."
"tapi saya tak buka pon , dia yang terbuka sendi..."
"JANGAN MENYAMPUK !" marah betul pengusaha tu dengan Farhana .
"encik....kitorang kan dah pulangkan balik kucingnya , selamat lagi. kotor sikit tu normal lahh ... jangan lah nak tengking-tengking perempuan...." Fahmi berkata lembut. selaluya kalau kita lawan dengan api , jangan jadi api . kita kena jadi air , cool je.nanti tak lah jadi pertengkaran besar .
"ni memang lah selamat....cuba pikir kalau kucing ni tak selamat ? kau nak ganti? kucing ni mahal kau tahuu " balas pengusaha biadap tu.
"dah selamat tu dah lah , kalau diorang tau tadi , diorang tak tolong kucing tu tau...herhh mahal tak mahal , biar kau ganti kerugian tu sendiri ! " Samad mula tak tahan dengan kekurang ajaran si pengusaha itu
"dah kau berambus sana !" pengusaha itu menghalau ketiga-tiga 'pembawa masalah' itu .
"ehh kau.." belum habis Samad ingin menyembur semula pengusaha itu , Fahmi telah menariknya pergi .
"dah lah tu Samad , semua orang pandang kita..." Farhana menenangkan Samad
"biar lah dia tu , kurang hajar ...."
"dah...dah .... kita duduk dekat sana "Fahmi menunjukkan sebuah bangku di bawah pokok yang agak jauh dari pertunjukkan kucing itu
"Fana datang dengan sape ? ke...ada janji dengan Fahmi?" Samad menukar topik yang lebih seronok dibincangkan berbanding dengan masalah pengusaha biadap itu tadi . sementara itu , Samad sempat memerli Fahmi .
"ohh Fana datang dengan abang Fana , dia nak jumpa kawan dia ...dia suruh lah Fana teman"
"tapi....mana dia ?kenapa dia takde dengan Fana ?" tanya Samad , ingin tahu
"ohh , dia nak jumpa kawan....tapi kawan......" Fana membisikkan sedikit
"kawan..?" kedua-dua jejaka itu bertanya serentak .
"kawan perempuannn !.....hahh , sebab tu lah dia tak nak saya kacau ....dia jadikan saya sebagai alasan , nanti kononnya dia jumpa perempuan tu secara 'kebetulan' laa...." Farhana menekankan perkataan 'kebetulan' itu.
"wooohhh, patut laah ! ...." Samad teruja mendengar ayat Farhana tadi .
"apa lah dia tinggalkan awak dekat sini sengsorang" Fahmi kesian
"ehh hehehe , takpe dah biasa"Farhana menyengih
"biasa apa nya , dengan kaki macam tu"Samad menjenguk kaki Farhana yang berbalut itu
"kan saya cakap okay ....." Farhana tidak suka dikesiankan begitu. Fahmi dan Samad hanya mendiamkan diri dan tersengih.
"Fahmi dengan Samad tak penat ke keluar petang-petang macam ni..."
"Fahmi ni haa nak sangat lepak-lepak....tak tau pulak korang ada jodoh sampai boleh jumpa at the right time cenggini...fahmi pun dah rindu dekat awak dah...."Samad sengaja memalukan rakannya itu
"hehe sorry tak bawak Ain sekali tadi..."Farhana sengaja tidak mahu berbual tentang dirinya dengan Fahmi
"uishh kenapa tak ajak..."Samad menjawab seperti merajuk
"tanya la abang saya tu , dia tu yang malas nak jemput Ain dekat rumah tadi..."
"Abby...?" tiba-tiba terdengar suara yang sangat dikenali menegur dari arah belakang Farhana .
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Teen FictionSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .