malam itu mereka mempunyai sesi ice breaking , semua peserta dan guru pembimbing telahpun berkumpul di Dewan Padu untuk memulakan aktiviti .
Aktiviti yang pertama ialah 'pembaca berita banyak kepala ' pada awalnya permainan ini memang hanya untuk tiga orang sahaja tetapi kali ini semua peserta perlu bermain bersama . bayangkan 72 orang peserta itu perlu bermain serentak . jadi , nama permainan itu boleh ditukar kepada 'pembaca berita 72 kepala'cara bermainnya adalah semua peserta perlu duduk di dalam bulatan . guru pembimbing perlu memberikan tajuk berita dan peserta perlu menyebut satu perkataan SAHAJA dan disambung dengan perkataan yang lain oleh peserta yang seterusnya sehinggalah berita itu menjadi menarik dan lengkap maklumatnya .
permainan yang kedua adalah 'hang tuah kata' permainan ini memang menjadi kegemaran peserta apabila menyertai mana-mana kem .
seorang perlu memberi arahan dengan cara "hang tuah kata .....duduk" jadi , semua pemain perlu duduk dengan segera . jika pemberi arahan berkata "semua duduk" tanpa menyebut 'hang tuah kata..' pemain tidak perlu mengikut arahan . jika mereka mengikut arahan yang salah tersebut ,mereka dianggap sebagai kalah .
permainan seperti ini lah yang memberi peluang guru pembimbing atau abang dan akak facilitator mengenakan para peserta kerana ada masanya arahan mereka tidak logik . sebagai contoh
'hang tuah kata.....masukkan jari dalam lubang hidung' sesetengah yang tidak malu mukanya , memasukkan jari ke dalam lubang hidung tanpa rasa was-was . separuh daripada mereka terkeluar kerana berfikir lebih 15 kali sama ada ingin mendapat malu ataupun menang dalam aktiviti ini . sudah semestinya peserta perempuan mengalah pada saat itu .acara yang terakhir adalah ' kembara malam' . aktiviti ini tidak memerlukan banyak kekuatan fizikal tetapi memerlukan lebih banyak kekuatan mental . setiap peserta akan diletakkan di suatu tempat yang berlainan dan jauh dari orang lain dengan mata yang tertutup . mereka akan diganggu dengan pelbagai cara bagi menguji keberanian .
"wehh aku takut laa" Hani risau
"apa yang nak takut nya , yang kacau tu bukannya hantu pun , abang ngan akak faci je " Ain langsung tidak risau
"ha ah ,banyak kali kem buat aktiviti macam ni . biasa je " Fana menambah
"okay ,semua berbaris dan setiap kamu akan dipakaikan penutup mata . saya nak kamu jujur dan tolong jangan buka LANGSUNG penutup tu . pastikan kamu berjalan dalam barisan dan pegang bahu orang di hadapan apabila mata kamu ditutup nanti supaya kamu dapat jalan dengan mudah ke lokasi yang ditetapkan " arahan Abang Faiz, abang faci yang mengendalikan aktiviti ini
"Ain kau baris belakang aku" Hani masih lagi risau
"nanti dia pisahkan kita jugak" Ain malas melayan Hani yang terlampau risau itu
semua peserta telah dipakaikan penutup mata . mereka sedang berjalan dalam barisan untuk menuju ke tempat masing-masing .
"okay , adik dah boleh duduk dekat sini" arah seorang akak faci kepada Hani
"saya sorang je ke dekat sini kak?" tanya Hani sambil mata bertutup
"ada banyak lagi benda lain .tapi ingat ,Allah pun ada sekali dengan kamu" akak faci itu bersuara lembut .
"maksud saya...orang la" kata Hani perlahan dan tidak dapat didengar oleh akak itu
"okay , ini arahan terakhir . klu untuk menentukan sama ada kamu mengikut orang yang betul ataupun tidak ialah 'cengkerik malam' selain daripada itu jangan diterima "
"harap-harap takde pape yang jadi....harap-harap takde pape yang jadi" Hani memang penakut , setiap saat dia mengulangi ayat itu .
tiba-tiba satu kain terjatuh di atas kepala Hani . apa lagi , Hani yang memang penakut itu pun menjerit dek kerana terperanjat dengan kehadiran kain itu . dia menarik kain itu dan mencampakkannya .
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Teen FictionSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .