BAB 14

2.1K 84 0
                                    

"weyhh korang kenapa ni?! " "apa dah jadi" "kenapa diorang jalan berdua je?" "mana baju laki tu" "lambatnya diorang"
macam-macam yang dikatakan oleh peserta yang lain apabila melihat Hani dan Adami baru sampai ke kawasan kem itu ,sedang mereka yang penat itu terus pergi ke dewan makan dimana air minuman disediakan .

setelah usai meneguk dua gelas air ,
"Hani ,saya pergi masuk khemah dulu . jumpa lepas ni " Adam meminta diri

"okay , jangan lupa mandi hahaha " Hani membalas sekali dengan ketawa nya yang comel itu

"busuk sangat ke , hahahah sorry . awak pun mandi jugak tau hehe kaki dengan tangan tu kalau lebam jangan lupa letak minyak . " Adami prihatin

"hahahah okayy " mereka pun bergerak ke khemah masing-masing . seperti yang dijangkakan oleh Hani ,pasti rakan sekolahnya itu akan bertanya banyak soalan kepadanya apabila dia sampai di khemah nanti .

"Hani !! " jerit 5 orang rakannya itu serentak .

"yo ! whatssupp !" Hani sengaja ingin tampak relax dan cool

"weii , kau pergi mana haa ? risau kitorang tau .. ingatkan kau dah sesat . tu la tak nak jalan depan-depan lagi . lepastu kau sampai-sampai terus 'yo , whatssup' penat je kitorang risaukan kau . haa lagi satu macam mana pulak Adami boleh tak pakai baju tu . ada projek dalam semak samun ke ?" Ain membebel panjang lebar sekali dengan soalan pedas tanpa berlapik itu . sedang Fana yang mendengar soalannya itu mula menolak lengan Ain kerana soalan itu agak kurang sopan .

"wooooo , cakap biar elokk . projek amendee pulak . kau tak tau apa-apa , jangan nak tuduh ..." Hani tidak gemar apabila Ain bertanya soalan sebegitu

"aku tak tuduh pun ,aku tanya aje.."

"dah lah aku penat , nak pergi mandi dulu." Hani terus menuju ke bilik mandi setelah mencapai barang keperluannya .

"kau ni tanya elok-elok tak boleh ke " Airin menegur

"cukup elok lah tu...alaahh dia macam lah tak biasa dengan aku .." Ain membalas selamba

ADAMI'S P.O.V

"yo man , macam mana kau senang sangat dapat awekk , ajar lah sikit.." Samad menegur Adami ketika dia melalui kawasan khemah .sama ada dia serious atau itu hanya gurauan , tak siapa yang tahu .tetapi Adami tidak pula membalas, dia hanya tersenyum .

DEWAN PADU-2:13 P.M

"okay harini kita telah pun mendaki tadi kan ?"

"ya !" jawab semua peserta bersemangat

"kamu penat lagi tak?"

"penat!"

"okay tapi sebelum tu saya sebagai salah seorang daripada kumpulan facilitators ingin mengucapkan terima kasih kepada dua orang peserta ini , yang bernama Hani dan Adami , tak silap saya ...atas keprihatinan kamu tadi .saya bangga dengan kamu berdua " abang Fai berkata sambil memandang Hani dan Adami. kemudian , semua peserta mula memandang kedua-dua peserta dari kumpulan 6 itu . rakan-rakan Hani dan Adami turut terkejut dengan kenyataan Abang Fai tadi .

"kenapa saya bangga dan berterima kasih dengan mereka? untuk pengetahuan semua , tadi semasa kamu mendaki...terdapat seorang peserta ini,Amir namanya , tergelincir ketika memanjat kawasan tinggi dan berbatu . dia terseliuh dan terdapat luka yang agak dalam di betisnya . sedang Hani dan Adami yang terlibat dalam kejadian itu , mereka cepat-cepat membantu Amir . Hani berjalan seorang diri untuk memanggil kami , iaitu pasukan pembantu bagi membantu Amir manakala Adami pula menggunakan bajunya sendiri untuk membalut luka pada betis Amir itu . jadi disebabkan itu , Adami kembali ke sini tidak berbaju . saya agak hairan kerana terdapat lagi beberapa pelajar yang dikatakan ternampak kejadian itu tetapi tidak membantu sama sekali . sudahlah tidak membantu ,kamu berfikir buruk pula tentang mereka berdua tadi . agak kecewa saya melihat perangai kamu ini . sanggup kamu meninggalkan sahaja rakan kamu di situ . saya tau kamu penat, tetapi yang membantu Amir tadi itu dua kali ganda lebih penat daripada kamu, tahu?disebabkan diorang kena berjakan mencari kami , kemudian berjalan semula untuk membantu Amir , kemudian berjalan lagi semula untuk kembali ke kawasan kem ini . " panjang lebar Abang Fai menerangkan kejadian sebenar

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now