Farhana's p.o.v
Pulang sahaja ke rumah, aku terus masuk ke dalam bilik dan bersiap sedia untuk keluar bersama Fahmi. Kali ini perasaan aku lebih teruja dibandingkan dengan ketika aku keluar dengan Erwin .
"Baju ni ke baju warna merah ni" aku juga ambil berat tentang pemakaian aku . Entah kenapa , dengan Fahmi sahaja perasaan tu lain macam sedikit . Yang penting , aku nak kelihatan menarik .
Siap bersolek dan sebagainya , aku memanggil pak mat untuk gerak ke rumah fahmi .
Farhana hendak menelefon Fahmi . Teringat dia tentang MFH . Ya , memang nombor itu yang akan didailnya .
"Hello , assalamualaikum" tegur Farhana was was
"waalaikumusalam . Fana?"
"Okay betul lah ni fahmi kan"
"Tak , mfh"
"Still the same. Okay , dah siap ke ? Saya dengan pak mat nak ambik awak ni"
"Tak macho lah kalau saya tumpang pak mat ......erm lainlah kalau saya macam Erwin tu , ada kereta sendiri"
"Eelleh , harini aje lah ... kalau dah ada kereta nanti barulah awak jemput saya . Takpe , saya sanggup tunggu huhuhu sampai kita kahwin pun takpe"
"Apa ? Ulang lagi sekali"tanya Fahmi , tidak yakin dengan apa yang didengarnya tadi
"Takdepape huhu"
"Oh okay"Fahmi malas membesarkan hal . Talian diputuskan . Beberapa minit kemudian , kelihatan kereta Alphard putih sampai di hadapan rumah banglo fahmi . Dia memasuki kereta dan duduk bersebelahan dengan Farhana .
Mereka berdua duduk agak janggal berdua . Pak Mat pula tidak mencelah seperti selalu .
Lama menunggu, akhirnya mereka pun sampai di destinasi ."Dah sampai ! Terima kasih pak mat , nanti kalau Abby nak balik , Abby call eh " Farhana begitu riang
"Erm Abby hati-hati , ada berapa orang kwan ikut Abby ni?"tanya Pak Mat , risaukan anak majikannya itu
"Er...ada lagi dekat dalam . Pak Mat janganlah risau sangat eh , Abby pergi dulu"jawab Farhana dengan mudah
Farhana keluar dari kereta bersama dengan Fahmi . Fahmi juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat .
"Erm Abby ..e eh hahaha Farhana , kenapa ek awak tipu Pak Mat?" Tanya Fahmi sejurus mereka masuk ke dalam pusat beli belah , ioi mall .
"Tipu apa?" Farhana membalas dengan muka tidak bersalah
"Kita...berdua aje kan harini ? Ade orang lain ke join kita?"tanya Fahmi
"Oh , pasal saya cakap dekat Pak Mat tu . Erm , saya tak boleh bagitau dekat dia yang kita berdua je , dah sah-sah lah nanti dia bagitau parents saya, lepastu parents saya pulak marah saya " terang Farhana
"Tapi cik adik sayang oi , tak rasa bersalah ke keluar dengan anak teruna sehensem saya ni , BERDUA pulak tu ..tanpa izin mak ayah ?nanti karang terus kene reject jadi bakal menantu" kata Fahmi disertakan teguran secara manisnya kepada Farhana. Tetapi Farhana pula hanya mampu mendiamkan diri .
"Tapi as long as kita tak buat maksiat , takdelah ...you know ...nampak jahat sangat kan. Plus itu pun kalau awak tak nak ambik kesempatan dekat saya lah" jawab Farhana
"Tapi....kalau saya ....nak?" Kata Fahmi dengan muka menggoda , mendekatkan sedikit badannya ke arah Farhana
"Eii ! Ada yang kene cepuk nanti kang!" Farhana mula menjauhkan sedikit dirinya daripada Fahmi
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Novela JuvenilSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .