"Fuhh...she really got on my nerve...berani eh dia. nasib baik dah berdamai, kalau tak, sampai ke rumah dia aku cari..." Bebel Samad tentang kejadian tadi sambil tersengih-sengih ketika mereka dalam perjalanan pulang. Pelik. Membebel macam tak puas hati dengan pertengkaran kecil tadi, tapi tersengihnya macam kerang busuk.
"Cari dia kat rumah nak buat apa?masuk meminang?" Fahmi memberi 'side eye' kepada Samad kerana dia tahu, kalau kawan baiknya itu bercerita tentang perempuan, maksudnya dia telah berminat.
"...Ha.. haha..ha..merepek apa kau ni" Samad ketawa janggal
"Itulah kau, lepas bergaduh tadi ingatkan nak masam muka, tapi duk tersengih macam kambing...sampai sekarang pun" Fahmi berkata sambil memandang Samad "ha? Couldn't you make it any more obvious?" Samad hanya buat muka tidak bersalah.
"Erghh OKAYYY you got me...." Fahmi tersenyum sinis mendengar pengakuan Samad
"No seriously, perasan tak the TENSE between us masa gaduh tadi.. like wow man...jarang aku jumpa orang yang boleh give the same energy as me masa gaduh.. she's HOT for that" Samad memberi penerangan kepada Fahmi dengan penuh bersemangat. Fahmi tekun mendengar tapi riak wajahnya agak keliru. Mungkin dia tidak faham dengan preference Samad terhadap perempuan.
"Tapi kan, kawan dia tu, apa nama? Hana? Fana? Total opposite ... Lembut je cakap, baik, cantik pulak tu.." Samad cuba menukar topik, sengaja ingin melihat reaksi Fahmi setelah dia kelihatan tidak berminat dengan cerita samad tentang Ain. Namun Fahmi tidak membalas mahupun memberi apa-apa reaksi.
"Dengar tak aku cakap, lawa kan kawan si cik Ain tu, dia, ideal type. Girlfriend material" Samad bersungguh memuji
"Hoi.. dah, aku cakap apa tadi, jangan pandang perempuan kan, kau gaduh gaduh pun sempat ek nak usya perempuan, bukan nak serik!" Fahmi tiba tiba membalas dengan nada yang sedikit jengkel. Samad agak keliru dengan reaksi Fahmi. Tadi dia bercerita tentang Ain, tak ada pula dia cakap macam tu.
"....Wah wah, aneh kan. Bukan aku sorang je perasan keanehan kau ni kan?" Samad memerli sambil mencuit lengan Fahmi. Fahmi menepis tangan Samad dan mempercepatkan langkahnya. Samad tersenyum melihat kelakuan Fahmi.
AIRPORT- 5:30 P.M
Telefon berdering.
"haaa , abby ada dekat mana ni ?"tanya HarizHariz ialah abang kepada Farhana , gadis comel berwajah seperti kucing . Dia berusia 24 tahun , manakala Farhana berumur 16 tahun . Perbezaan umur antara mereka agak jauh , tetapi keakraban mereka mengalahkan pasangan kembar . Abby ialah nama panggilannya sejak kecil . Oleh kerana nama penuh nya Nur Farhana Afrina, ianya agak sukar untuk diringkaskan. Mamanya ingin memberikan nama panggilan yang mudah disebut kepada anak gadisnya ini.
Jadi, dia memberi Farhana panggilan 'baby' . Tetapi , disebabkan abangnya yang pelat ketika itu , sebutan baby itu kemudian menjadi 'abby' . Sejak itu keluarganya mula memanggil Farhana dengan panggilan Abby sehinggalah ke hari ini .
Farhana dan abangnya itu sangat akrab sejak kecil lagi . almaklumlah , mereka hanya dua beradik . namun , Encik Jaffry (papa Farhana) telah mengambil seorang anak angkat , bernama Amin . dia berusia 15 tahun . Encik Jaffry telah menjaganya sejak berusia 2 tahun . Sejak awal lagi Encik Jaffry tidak risau untuk menyatakan perkara yang sebenar kepada Amin . Amin juga dapat menerima yang dia merupakan anak angkat kepada keluarga itu . Dia sangat berterima kasih atas kebaikan Encik Jaffry yang mengambilnya sebagai anak angkat kerana keluarga mereka sangat baik terhadapnya, dan melayaninya seperti ahli keluarga kandung mereka sendiri .
Amin juga akrab dengan mereka berdua , tetapi disebabkan Amin yang pakar dalam bidang matematik , dia telah ditawarkan masuk ke sekolah Permata Pintar , di UKM sejak dia berusia 9 tahun . jadi ,dia perlu tinggal di asrama dan terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga angkat nya itu .
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Fiksi RemajaSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .