BAB 27

2.7K 87 5
                                    

-jangan kecam saya sebab post lambat hehe-

AIN's POV

"Hishh !! Pagi-pagi dah buat orang marah lah ! Tengok ni , habis merah hidung akak!"
Jerit Ain , kelihatan bengang sekali memarahi adiknya

"Hahahahahaha padan muka , eii tengok tu dah macam hidung badut dah " bukannya rasa bersalah , diejek lagi kakaknya tu .

Pertengkaran mereka ini memang boleh didengari satu taman perumahan . Ibu dan ayah mereka pula tiada di rumah , jadi tiada siapa yang dapat meleraikan mereka pada waktu itu .

Pergaduhan yang sering berlaku pun akibat masalah kecil . malam itu mereka bergaduh kerana permainan jutaria . Mereka dua beradik ini sangatlah berdaya saing . Kalau adiknya membeli satu kawasan , Ain pula membeli 2 kawasan .biasalah Ain , langsung tidak mahu kalah

Adiknya , Maisarah itu memang sangat bijak dalam menguruskan kewangan dalam permainan jutaria itu , dibandingkan dengan Ain yang sentiasa boros membeli kawasan tanpa berfikir .

Tetapi , keadaan mereka malam itu agak berlainan dari biasa . Selalunya mereka bergaduh biasa je . Tetapi kali ini, dek kerana Ain membantah untuk membayar wang kawasan kepada adiknya , Maisarah mengambil tindakan untuk memicit hidung Ain sehingga meninggalkan kesan merah berbentuk bulat di hidungnya .

"Macam manaa akak nak pergi sekolaahhhh nanntiiii!!! Ni semua salah adik ..." Ain menjerit menyalahkan adiknya

"Siapa suruh tak nak bayar .."balas adiknya selamba

"Ni kan mainan je , tak payah lah serious sangat ...akak tak nak pegi sekolah esok . Kalau ibu tanya , akak nak cakap adik yang salah"

"Lantak akak lah...dah lah esok ada listening test" adiknya membalas selamba

'Aaahhhh , ni masalah besar . Mana boleh tunjukkan kecacatan hidung ni dekat public ' kata Ain dalam hati

HANI'S POV

Pagi itu Hani bergerak ke bus stop seperti biasa . Buat kali keduanya , Adami duduk di situ , menunggu Hani .

Kali ini Hani tidak begitu terkejut dengan kehadiran Adami malah bergerak dengan yakin ke arahnya .

"Awal sampai , tunggu apa?" Tanya Hani , mengharapkan kata-kata manis dari jejaka idamannya itu

"Nak saya jawab betul-betul ke , nak saya jawab main-main?"soal Adami dalam nada yang manja

"Jawab betul- betul lah"

"Okay , saya tunggu bas lah, ni kan bus stop " jawab Adami selamba

"Oh ingat tunggu saya , Haha......haha......rupanya bas" perkataan terakhir Hani itu semakin perlahan disertakan sekali dengan muka rajukannya

"Hahahahaha , comel betul..saya tunggu awak lah , dalam masa yang sama , saya nak tunggu bas jugak"terang Adami menenangkan Hani semula

"Hehe okay..."Hani kembali tersengih

"Mana Ain ? Dia memang selalu lambat ke ...haritu pun dia lambat jugak kan" tanya Adami

Hani ingin menjawab, tetapi teringat lagi dia semasa Ain memberitahunya yang dia lambat hanya kerana ingin memberi peluang kepada Hani dan Adami berduaan di bus stop itu .

"Oh...Ain....erm , selalunya dia tak lambat...jap eh , saya check "
Hani bangun dan bergerak mencari Ain di sekitar bus stop itu , kot-kot Ain ada menyorok berdekatan situ .

'Eh....siapa tu.....'

AIN'S POV

"Aku kena cepat ni nanti kene tinggal bas " kata Ain

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now