BAB 18

2K 71 0
                                    

"saya dekat mana .......huh , jangan cakap saya ada dekat bilik kesihatan lagi ....." Farhana yang baru sahaja tersedar dari tidurnya dapat mengagak yang dia berada di tempat yang sama dia diletakkan pagi semalam . Farhana sedar dari tidur pada jam 8 pagi , iaitu pada waktu semua orang bersarapan dan akan bersenam aerobik buat kali terakhir kerana hari ini adalah hari yang sepatutnya mereka pulang . Farhana pula tertinggal solat subuh dan tidak dapat mengikuti peserta lain .

"hahahah , pandai teka . alhamdulillah kamu selamat..tapi , kaki kamu je yang teruk sikit ..." kata salah seorang jururawat di situ .

"apa dah jadi dekat saya semalam?"

"kamu tak ingat ke ?"

"saya ingat waktu.....ada.....orang angkat saya dekat tebing sungai je....lepastu , memang saya tak ingat..." Farhana seperti mencuba untuk mengingati semula kejadian semalam.

"oh , akak tak tau sangat ceritanya ...tapi yang akak tau , kamu dibawa ke sini dengan van pasukan pembantu . lepastu kamu dihantar ke sini . "

"tapi.....siapa yang hantar saya , bawak saya ke sini ....dan siapa yang tolong saya dekat sungai tu?" kalau boleh Farhana ingin sahaja mengetahui cerita semalam dari A sampai Z . tetapi apakan daya , akak jururawat itu langsung tidak tahu apa-apa melainkan dia diberi arahan oleh Sir Halim untuk merawat dan menjaga Farhana .

"akak memang tak tau dik , usah lah tanya akak banyak-banyak macam tu ....tapi yang akak pasti , ada sorang budak lelaki ni ..rasanya dia peserta kem ni ....haa ye lah , dia yang angkat kamu masuk dalam bilik kesihatan ni ...risau betul dia masa tu , dia jugak yang suruh akak check adik ...lepastu baru Sir Halim yang arahkan ..." terang akak jururawat itu . Fana tidak pula membalas . masih lagi memproses kata-kata akak tadi tu ..

"dah lah farhana , semalam akak tak mandikan kamu pun , akak lap-lap badan kamu sikit je ...baik kamu mandi sekarang , petang ni kamu dah nak balik dah " arah akak itu

"oh ya , terima kasih ye kak sebab tolomg saya sepanjang saya bermasalah dekat sini " Farhana cuba bergerak dari baringannya

"aduh....du du duh" keluh Farhana

"ohhh akak lupa nak cakap ... badan kamu banyak lebam ....ada jugak bengkak teruk ...kalau gerak tu terasa lah ... kaki kamu tu pun teruk jugak....akak tak boleh nak buat apa dah , kamu je yang kena hati-hati "

"ohh ya , ya saya tak apa-apa , hal kecik je ni " Farhana bangun dan berjalan sedikit berjengket ke arah bilik mandi di dalam bilik mandi itu , usai mandi , dia terpaksa memakai bajunya semalam kerana tidak membawa bajunya yang lain di khemah .

"haaa dah siap dah?"tanya akak jururawat itu .

"dah kak ... jadi saya pergi dulu lah ye..." Farhana meminta diri

"dik , lelaki yang tolong adik semalam tu tengah tunggu adik dekat luar.....dia nak jenguk adik tapi akak kata adik tengah mandi..lepastu dia kata dia nak tunggu kat luar tu... amboi dikk , dia hensem tau , jealous akak tengok kamu , muda-muda dah ada orang jaga kamu macam tu sekali" akak tu memberitahu macam mak jemah bergosip yang duduk pondok belakang rumah siap dengan gaya tangannya lagi

"oh ye ke ....saya pergi tengok dia dulu ye kak "

Farhana pun berjalan keluar dari bilik untuk melihat siapa yang menunggunya daripada tadi .. seperti yang akak tu cakapkan , lelaki itu lah yang membantunya semalam . jadi terngiang -ngiang wajah Fahmi di dalam fikirannya pada waktu itu . buka sahaja pintu , memang tepat sekali , senyuman manis ,semanis gula melaka dilemparkan oleh Fahmi kepada Farhana sejurus pintu itu dibuka . Farhana bagai ingin pengsan melihat keserian wajah Fahmi pada waktu itu . indahnyaa~

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now