"Ya allah , apa dah jadi tadi ,Ain?" Hani bertanya kepada Ain dalam perjalanan mereka menuju ke Dewan Padu selepas disuruh oleh faci-faci di situ .
"alaa susah lah nak cerita" Ain malu untuk bercerita mungkin kerana Adami , Fahmi dan Samad juga berada di belakang mereka berjalan bersama-sama.
"ha ah , sampai minta-minta maaf bagai kau dekat abang yang terbaring tadi tu . kau pukul dia ehh macam kau buat tahun lepas" Fana memang dah kenal lama si Ain ni .
"huh okay fine ..." Adami ,Fahmi dan Samad turut mendekati Ain untuk mendengar cerita .
"tadi abang tu kacau aku . aku suruh dia diam ... lepastu dia cuba la nak tarik aku ... aku geram,..........so , aku ten...dang dia . aku tak tau pulak yang aku tendang tu dekat anu dia lepastu dia meraung la depan aku . aku kan tutup mata . so , aku buat tak tau je la .. siapa suruh kacau aku lebih-lebih . lepas akak tu bagi arahan suruh bukak penutup mata , semua berkumpul depan aku . huh, menggelupur la aku minta maaf tadi"
"fuhhlamakk , cool gila kot" Samad teruja
Fahmi dan Adami yang mampu tergelak aje."aku tak sengaja kay" Ain bersalah
"mesti dia tengah tahan sakit lagi tu " Samad menambah sambil ketawa. tetapi ketawanya terhenti apabila Fana menunjukkan isyarat 'berhenti' dengan muka serious kepada Samad .
Samad rasa bersalah kerana membuatkan Ain berasa bertambah bersalah . "alaa , rileks lah Ain , siapa suruh dia kacau lebih-lebih,kan dah kena tendang .. he deserve that , actually" Samad menenangkan .
di satu sudut ,Fahmi memerhatikan Samad dan Fana . 'diorang ni ada apa-apa ke haa...' mungkin kerana daripada tadi mereka asyik menggunakan bahasa isyarat .
DEWAN PADU-11:43 P.M
"baiklah , maafkan kami sebab tak dapat habiskan aktiviti tadi seperti yang dirancang sebab ada kemalangan kecil berlaku tadi . tapi takpe , masih banyak lagi aktiviti untuk hari yang seterusnya . disebabkan kita habis agak awal dari pernacangan yang ditentukan , jadi kamu dibenarkan pergi berehat dan tidur awal malam ini . pastikan semua rakan sekhemah kamu cukup , jangan merayau-rayau waktu malam begini , dan pastikan kalau nak pergi tandas tu , berteman yee . jadi boleh bersurai"
"nasib baik akak tu tak cerita pasal benda tadi" Ain lega
"chill la , takkan sewenang-wenangnya dia nak bukak aib kau . lagipun dia faham situation macam ni kan .." Hani menambah
"dah lah , baik cepat kita pergi tandas , nanti tengah malam susah pulak kalau rasa nak buang air kecil atau besar hehehe " Cadang Fana
"ha ah , jom "
KHEMAH- 12:27 P.M
"WEYHH !! kau ada nampak dompet aku tak?!" tanya Fana gelisah dan suara yang seperti menjerit
"takde pun...rasanya kau tak pernah pon keluarkan" Ain membalas
"alahh aku letak mana ni.... tak silap aku , ,aku letak dompet tu dalam poket aku je wehh sebelum ni"
"tercicir kot"
"alaaa , please don't ..please...." Fana masih lagi menggelabah menyelongkar beg baju dan beg sandangnya .
"aku nak pergi cari sekarang jugak !" Fana merangkak menuju pintu keluar khemah
" eh kau gila ke . dah pukul 12 lebih ni , kan akak tu cakap jangan merayau-rayau" Ain menghalang
"no way . aku dah lah bawak duitnya banyak , ada ic , kad ahli perpustakaan shah alam , kad diskaun kedai buku popular lepastu banyak lagi benda penting ... takkan aku nak biarkan dia hilang camtu je kot . kalau aku tak carik malam ni ,lagi teruk karang ...dari tercicir , terus hilang kena curi pulak"bebel Fana pada Ain

ANDA SEDANG MEMBACA
Buah Hatiku Cik Kucing
Teen FictionSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .