BAB 28

3K 94 25
                                    

~maafin saya kerna lembab banget deh post bab baru nya . Moga kalian enjoy baca bab ini!~

Sudah setahun berlalu , Hani dan Ain masih lagi meneruskan persekolahan mereka di sekolah
Convent Jalan Peel itu . Namun , lain pula yang terjadi kepada Hani . Dia tidak dapat bersama dengan dua sahabat sehidup sematinya itu kerana ayahnya terpaksa berpindah ke Pahang atas urusan pekerjaan.Jadi Hani juga perlu mengikuti ayahnya ke sana .

Saat perpisahan mereka itu sangatlah menyedihkan , rasa kehilangan yang sangat besar .almaklumlah , mereka bertiga telah pun berkawan sejak kecil . Dimana pergi , mesti bertiga .

"Kalau boleh nak je aku follow kau g sana tau" kata Ain dengan wajahnya yang sayu , menahan sebak

"Jangan lah macam tu , semua benda yang jadi ada sebab kan...." Hani juga turut terasa sebak melihat wajah Ain yang sedih itu

"Siapa lagi nak teman aku makan pau nanti kan ....haha...ha" kata Farhana disertakan sekali dengan gelak hambarnya
"Janganlah....pergi...."Farhana memeluk Hani ,air matanya telahpun mengalir

"Guyss , please lah jangan buat aku nangis . Aku ingat sebelum aku pergi....aku nak dengar korang gelak aje...." turut mengalir air di pipinya yang gebu itu

"Nanti kat sana , kau jangan lupa call tau , cerita lah apa yang jadi kat sana , kawan baru , sekolah baru , pakwe baru hahaha" Ain berjiwa kental . Dia tidak mahu meneruskan suasana yang dingin itu , jadi dialah yang menjadi penceria keadaan

Ketika itu Samad dan Fahmi baru je sampai dengan menunggang motor mereka . Farhana dan Hani cepat-cepat mengesat air mata di pipi

"Girls ,please ... i come to hear your laugh not to see your tear" kata Samad sambil turun dari motosikalnya

"Hai Samad , Hai Fahmi"Tegur Hani , merubah ke mood ceria

Selepas Mereka dua jejaka itu sampai , mereka semua memasuki ke dalam rumah Hani

"Hai... dah kata jangan nangis , kan dah merah pipi tu" tegur Fahmi kepada Farhana

"Just look at my little girl , tak nangis langsung .... Eh lupa ,kayu memang takkan nangis kan" kata Samad memerli Ain

"Dah lah tu Samad , bergaduh nanti kang" tegur Hani

"Ye lah..."Samad mengalah

"Bertolak pukul berapa ni? " tanya Fahmi

"Pukul 2 nanti , lagi satu jam" balas Hani dengan senyuman lebar , tenang .

"Nanti jangan lupa dengan kitorang tau , jangan call saya nanti buah hati marah , call buah hati saya nanti dia sampaikan khabar awak dekat saya hehehh" Samad masih lagi melawak

"Hahahaha ye lahh , nanti aku takde, jaga dia tau sebab dia kalau kat belakang cem baby ,manja betul, kat depan orang garangnya tu macam lion hahahaha" kata Hani sambil memandang Ain .

"Ohh , kalau nak tido kene nyanyikan dulu la eh oooo okay" kata Samad .Ain juga sempat memberikan jelingan tajam kepada Samad yang tak sudah melawak itu

" Hani jangan lupa kat aku gak , nanti bila-bila balik sini , kitorang belanja makan pau hahahah" Fahmi berkata disertakan sekali dengan tawanya

"Heheheh okay , korang pun jangan lupa datang jenguk aku ehh"

"Ehh mestiii " jawab mereka semua serentak

Ketika mereka sedang seronok berbual, tiba-tiba datang sebuah kereta di hadapan rumah Hani. Samad dan Fahmi tidak memberi apa-apa reaksi . Namun , ketiga-tiga gadis itu nampak sedikit hairan .

"Assalamualaikum" kata lelaki berbaju melayu yang baru keluar dari kereta tersebut , Adami . Dia berjalan menuju ke arah pintu depan rumah Hani

"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak . Sejak beberapa bulan itu , Adami telah lama tidak menjenguk Hani . Hani tidaklah begitu terkejut dengan kehadirannya kerana mungkin ramai yang tahu berita yang keluarga Hani akan berpindah .

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now