BAB 8

2.5K 87 0
                                    

"cepat lah citer , cepat lah citer " Ain yang daripada tadi tidak sabar-sabar untuk mendengar cerita Farhana . dia asyik mendesak Farhana dari awal perjalanan mereka bergerak ke khemah. teruja betul dia ingin mengetahui cerita yang bakal Fana ceritakan tentang Fahmi tu.

"kau ni , kalau ye pun ... tunggu la sampai khemah dulu " Fana rimas

"okay , sampai je khemah ,kau terus cerita " Ain terus berlari ke khemah mereka selepas menghabiskan ayat itu kerana tidak sabar untuk mendengar cerita Farhana yang katanya ingin diceritakan di dalam khemah.

"hishh macam-macam"

Fana menceritakan semua kejadian yang berlaku tadi kepada Ain .ceritanya tidak lah menarik mana , tetapi Ain sangat teruja mendengar setiap butir perkataan yang dikeluarkan oleh Fana bagaikan baru sahaja memenangi wang sebanyak 1 juta ringgit.

"dah, tu je yang jadi"

"uishh , kalau kat sini pun dah jumpa , tak ke jodoh tu?" Ain mengusik

"aku rasa Samad pon ade hahahahaha" usikan Fana lebih menyakitkan hati Ain

"ishh , biar lah kalau dia ada pon !" muka Ain memerah dek kerana terlampau malu dengan usikan Fana tu .

"ko rasa Hani apa cer ? dapat mamat lagi hensem dari Adam tak?" Ain menukar topik

"heh , mana lah aku tau" Fana malas melayan

DEWAN PADU-11:32 A.M

"setiap kumpulan buat bulatan dan memperkenalkan diri masing-masing dengan ahli kumpulan kamu . pastikan kamu mengenali setiap ahli dalam kunpulan kamu dan melantik seorang ketua" kali ni arahan diberikan oleh madam Namisah , salah satu daripada guru pembimbing

HANI'S P.O.V

"okay,ada siapa-siapa nak start dulu?" soalan itu ditanyakan oleh salah seorang daripada ahli kumpulan 6 .

"nampaknya takde sesiapa . jadi , saya start dulu . Nama saya Adami Faizrin . saya dari Smk Cochrane Perkasa. saya 16 tahun . boleh panggil saya Adami " ramah sekali si Adami ni . mukanya ada seiras dengan seseorang yang Hani kenali . tetapi yang pasti ,Adami ni mukanya sangat sempurna . memang muka diminati ramai perempuan .

satu persatu ahli kumpulan mereka memperkenalkan diri . kini tiba giliran Hani memperkenalkan dirinya pula.
"Assalamualaikum , nama saya Hani Nazurah . boleh panggil saya Hani . 16 tahun dan saya dari Smp Convent , Jalan Peel . selamat berkenalan" senyuman manis diberi kepada semua yang memandangnya . terangkat pipi pau nya yang gebu itu .

semua tergelak kecil melihat kecomelan si Hani itu . nampaknya , tiada pelajar tingkatan 5 pun di kumpulan mereka . jadi mereka perlu memilih ketua kumpulan dari tingkatan 4 . setiap ahli diberikan satu kertas untuk menulis nama yang layak menjadi ketua .

Adami daripada tadi memerhatikan Hani yang sedang menulis . apa yang dia tahu , Hani mempunyai satu tarikan yang membuatkan dia tidak berhenti merenungnya .

setelah selesai mengundi ,akhirnya , Adami terpilih menjadi ketua kumpulan seperti yang dijangkakan oleh Hani .

KUMPULAN 2

"wahh ! Hai Samad ! tak sangka kita sama group" Fana teruja melihat orang yang dikenalinya itu berada di dalam kumpulan yang sama . dalam barisan tadi , dia tidak berapa perasan wajah-wajah ahli kumpulannya itu , jadi baru sekarang dia perasan Samad satu kumpulan dengannya .

"eh , Fana ...ingatkan sama group dengan Fahmi" Fana tau ada maksud tersirat didalam ayatnya itu

"hemp , as you can see , i'm not there with him but i'm here with you" Fana sengaja memberikan ayat bernada seperti ingin memikat si Samad itu

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now