BAB 17

2.2K 79 0
                                        

seperti yang dijanjikan , pada malam itu mereka akan menjalankan aktiviti night jungle trekking . kali ini mereka tidak perlu mengikut kumpulan , jadi sudah semestinya Fana , Ain dan Hani akan berjalan bersama-sama .Fana yang sepatutnya berehat itu masih lagi berdegil untuk mengikuti aktiviti pada malam itu . Badrul , lelaki yang cuba menganggu Fana itu masih lagi berehat di dalam bilik kesihatan .

Adami pula daripada tadi tidak berjauhan dengan si Hani itu .Adami memang ingin sangat menjaga gadis kesayangannya itu sepanjang masa sehingga langsung tidak berjauhan dengannya.nampaknya memang dia akan mengikuti ketiga-tiga gadis itu berjalan . Fahmi dan Samad tidak pula mengikuti Adami bersama tiga gadis itu . mungkin Fahmi masih lagi tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi pagi tadi .

"Adami nak ikut kitorang sekali ke ?" tanya Ain kepada Adami yang sedang berdiri di belakang mereka , atau lebih tepat ...di belakang Hani

"hemph...ha ah , selagi Hani ada dengan korang lah " Adami membalas sekali dengan senyuman manisnya

"wuuuuuu...."Ain menolak lembut lengan Hani dengan sikunya .

"ishh apa ni..." Hani memang tidak suka apabila Ain bergurau tentang dia dan Adami ,nak nak bila dihadapan Adami pulak tu .

"Fana ...dah okay ?" tanya Adami kepada Fana , prihatin . Hani yang geram dengan gurauan Ain tadi hanya memandang ke arah Farhana , pelik dia dengan keprihatinan Adami terhadap Farhana . cemburu , mungkin.

Farhana pula tersenyum " hemphh dah okay dah ...tak payah lah risau sangat.....jaga je Hani ni , dia ni cepat cemburu tau " Fana faham sangat dengan perangai Hani itu .

"cem...cemburu apa pulak " muka Hani merah padam , kemudian dia mencebik kerana Farhana hanya ketawa melihat pipinya yang merah itu .

"Fahmi mana ?" Ain tiba-tiba bertanya kepada Adami.Farhana yang sedang ketawa tadi terhenti apabila Ain bertanyakan soalan tentang Fahmi itu .

"tadi dia ada dengan Samad . saya jalan nak pergi sini ...dia tak ikut pulak" terang Adami .

'dia marah sangat ke pasal petang tadi tu ....kalau dia marah sekalipun , kenapa dia nak marah aku pulak....jumpa aku pun taknak pulak tu...' kata hati Fana

pada pukul 8 malam , mereka diberikan arahan tentang keselamatan mereka di dalam hutan itu nanti dan kemudian mereka memulakan aktiviti pada pukul 8:30 malam .

"gelapnya..."Hani mula risau melihat keadaan di dalam hutan itu yang sangat gelap ,dia masih lagi ketakutan walaupun dia memegang kemas lampu picit miliknya itu .15 minit pertama , mereka jalan seperti biasa kerana tiada apa-apa halangan yang susah untuk ditempuhi . malam itu memang gelap . tiada cahaya bulan atau pun kelipan bintang . mereka hanya bergantung pada cahaya lampu picit mereka sahaja .

"kan ada torchlight tu , jangan lah takut............Adami pun ada" Ain menenangkan Hani dan sedikit memerli .Hani pula tidak menghiraukan gurauan rakannya itu kerana terlalu takut . dia memang sejak kecil lagi tidak sukakan kegelapan . aktiviti kembara malam tempoh hari pun , dia jugalah yang paling risau antara peserta yang lain.

FAHMI'S P.O.V

"weh , Adami mesti ada dengan diorang bertiga kan .." Samad membuka topik

"diorang bertiga tu sape pulak..." Fahmi malas untuk fikir

"Fana , Ain dengan Hani tu lah"

"ohh , kan ade buah hati dia dekat situ, mestilah dia kena ikut ..." Fahmi membalas

"buah hati kau pun ada dekat sana.." Samad membalas

"kau pun sama .... tak sedar diri" Fahmi membalas dengan suara mengejek

Buah Hatiku Cik KucingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang