"kita dah sampai...dan sekarang kita kena......."
"tangkap ayam tu " Fahmi menyambung ayat Farhana yang tergantung itu
"geli lahh " kata seorang peserta perempuan yang nampaknya tergedik-gedik dari tadi mengelak daripada menangkap ayam dihadapannya itu .
"kalau tak nak tak payah lah ikut " jawab seorang peserta lelaki yang tidak suka perempuan yang mengada-ngada itu
"eh kau diam ! kalau nak sangat ,tangkaplah !"
"dah dah , cepat lah tangkap ,kalau tak nak tolong lari selamatkan diri je , tak payah sibuk-sibuk dekat sini dah " Fahmi menenangkan keadaan . sementara itu Fana , Adami ,Hani dan beberapa peserta lain pula sibuk mengejar ayam
"weyh , aku dah jumpa " salah seorang peserta yang mengejar ayam tadi menanggalkan clue yang terdapat di bawah kepak ayam itu .
"okay , baca lah " arah Adami
"benda ni ting....LARI !!! " peserta itu tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana ternampak sekumpulan para pemburu sedang berlari ke arah mereka . mereka pun apa lagi , langkah seribu lah jawabnya . mereka berpecah tanpa mengetahui misi seterusnya .
"Fahmi! " Fana yang berlari cuba untuk mengikut Fahmi
"lari arah lain , jangan ikut saya ! belakamg awak ! " jerit Fahmi yang cuba menyelamatkan Farhana daripada ditangkap .Fana yang menerima arahan Fahmi tadi berlari lebih laju ke arah yang lain .namun pemburu lelaki itu masih lagi memburu Farhana. agaknya daripada hari pertama lagi lelaki ini asyik mengusya Farhana kerana dia memang bertekad untuk menangkap Farhana daripada tadi . bayang Farhana langsung tidak lekang dari pandangannya. sampailah ke jalan mati,
"wait wait ...." Farhana cuba untuk mengambil perhatian dia . kemudian , dia cuba untuk melarikan diri . namun tindakannya tidak berhasil ,lelaki itu berjaya menangkap lengan Farhana
"wooww sayang ni nak pergi mana ?" suara lelaki itu sesuai sangat dengan watak lelaki miang
"sayang?... bila masa pulak aku sayang kau ni" balas Farhana
"hehh sayang sini jap..." lelaki itu cuba merapat kan dirinya dengan Farhana
"tepi lah...nak cabut tag nama, cabut aje lah ! tak payah lah nak pegang-pegang !" Farhana meninggikan suaranya
"i'll let you safe if you give me some favor" balas lelaki itu berbisik betul - betul dekat di telinga Fana
"hehh !! kau ni kenapa ?!! belah lahh !! " Fana tidak selesa , dia cuba melepaskan diri dan menolak lelaki itu . tetapi genggaman lelaki itu semakin kuat .malah dia semakin mendekatkan dirinya kepada Fana dan menolak Fana ke dinding .
"jangan la takut sayang....takde orang pun dekat sini....kita berdua ajee " suara lelaki iti semakin dekat dengan telinga Farhana . Farhana turut dapat merasa haba dari nafas lelaki itu , bermakna lelaki itu sangat rapat dengannya . terasa begitu berdosa dirinya kerana dekat dengan seorang lelaki ajnabi sebegitu sekali . Fana tidak mampu melakukan apa-apa melainkan memejamkan mata . dia juga telah pun mengeluarkan air matanya .
belum sempat lelaki itu melakukan apa-apa terhadap Farhana tiba-tiba terasa seperti dirinya telahpun dilepaskan oleh lelaki miang itu . terdengar suara yang sangat dikenalinya , namun Fana tidak mampu untuk membuka matanya....rupa-rupanya Fahmi sempat datang menyelamatkan Farhana . dia yang ternampak kejadian itu terus berlari menumbuk lelaki itu kerana terlalu geram dengan kegiatan jijik yang cuba dia lakukan pada Fana . Fana lemah longlai .sejurus itu badannya terasa seperti selesa dipeluk oleh seseorang . lalu dia pun membuka mata . dia berada di dalam pelukan Hani , rakan baiknya . Adami pun berada di situ cuba menenangkan Fahmi yang telah menumbuk lelaki miang itu sehingga berdarah hidung dan mulutnya . tujuan mereka adalah untuk menangkap lelaki itu dan berikan pada Sir Halim bukannya menumbuknya sehingga separuh mati lelaki itu dibuatnya . kelihatan di wajah Fahmi yang dia benar-benar marah .
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Teen FictionSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .