Author's note

1.7K 65 12
                                    

Assalamualaikum ~

hye all the readers , sorry sebab selama saya menulis cerita ini sehinggalah ke bab yang ke 21 , saya tak pernah berkomunikasi dengan kalian yang setia menunggu saya update satu demi satu bab . saya bukan sombong , cuma takut kalau takde siapa sudi untuk membaca nota penulis ini .

saya minta maaf lagi kalau ada bab yang tersangatlah hambar terutamanya apabila saya mengambil lebih daripada 3 bab hanya untuk bercerita tentang mereka sepanjang di kem sahaja . sebab kalau boleh memang saya nak cerita detail tentang setiap perkara yang mereka buat . takutlah nanti ada yang mempersoalkan 'dekat kem diorang tak solat ke ? ' 'dekat kem ada scene romantic je ke , mana aktiviti yang lain,' . jadi untuk mengelakkan benda tu terjadi , terpaksalah cerita sedikit sebanyak tentang aktiviti diorang .

saya minta maaf kalau ada banyak kesalahan tatabahasa , perkataan pelik-pelik, ayat putar belit , kesalahan ejaan atau penggunaan ayat inggeris berlebihan . semua itu terjadi secara tidak sengaja . dan saya maklumkan bahawa , ada banyak perkataan inggeris yang saya tidak sengetkan . ada beberapa sahaja sebab kalau saya ingat , saya akan sengetkan , kalau tak , saya akan biarkan sahaja dia dengan tulisan biasa .

sekali lagi saya minta maaf kalau ada bab yang saya post lambat . sebab tiap kali saya post satu bab , nanti ada yang bertanya 'bila nak post bab lain' padahal baru 1 jam saya post bab tu . tapi takpe saya hargai sangat-sangat sesiapa yang excited untuk membaca sambungan cerita ini dan sentiasa peka setiap kali saya post bab baru .

dan tujuan saya buat nota ini kepada kalian semua adalah kerana , yang pertama , saya tidak akan update cerita ini untuk beberapa minggu . bermula dari isnin minggu hadapan sehinggalah 3 minggu yang seterusnya kerana pada minggu pertama , saya perlu get ready untuk mid year exam , almaklumlah budak sekolah menengah , ada time kena stop pegang phone . second week , saya akan start mid year exam . and kalau ada masa sikit lepas exam tu , saya boleh post tetapi KALAU lah . sebab lepas exam week tu , cuti sekolah dan saya terpaksa join beberapa kem . And maybe lepastu nak rehat-rehat,je kot .

jadi , saya akan update bab yang seterusnya selepas semua perkara ini selesai . INSYAALLAH ,hari sabtu dan ahad ni saya akan post satu atau dua bab sebelum saya bercuti beberapa minggu ini .

thanks for the 1.98 k readers !! and 89 votes !! walaupun anda tak memberi apa-apa komen , saya tau ada banyak kecacatan di dalam novel saya ni . maafkan saya , saya budak baru . ini lah buku pertama saya buat sendiri sebab selama ni saya tau baca buku orang lain aje .

cuma nak ingatkan, anda semua boleh komen APA -APA SAHAJA di novel saya , sama ada buruk(yang berkaitan dengan novel) atau baik sebab saya baca komen kamu dan saya akan pastikan saya membalasnya . jadi usah risau kalau saya tersinggung , sebab memang saya manusia biasa yang buat kesalahan . tegur lah dan saya akan perbaiki . segala puji pujian , turut saya hargai . terima kasih kerana meluangkan masa membaca nota ini .

jadi , sekian sahaja daripada saya , Assalamualaikum ☺

-Hani

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now