sama seperti pagi-pagi sebelumnya , waktu sebegitu Fana dan Ain pasti sudah mendengar suara Airin mengejutkan mereka . kadang-kadang agak menyakitkan hati kerana tidur mereka diganggu . tetapi jikalau tiada Airin pada waktu itu , pasti mereka langsung tidak mencelikkan mata . tetapi nak tak nak mereka tetap kena bangun .kemudian , mereka bangun dan terus pergi ke bilik mandi . hari ketiga mereka disitu , badan-badan mula rasa sakit dek kerana mendaki semalam . mereka juga dikhabarkan akan berjungle trekking pada malam itu . sakit semalam baru terasa inikan pual ditambah dengan sakit pada waktu malam nanti.
"kita kena aerobik lagi dengan coach Nazri tu . makin hari makin bosan aku nak kena buat movement yang sama tiap hari" suara Ain malas
"kau ni , esok last day . nikamatilah setiap saat hidup kau dekat sini , nanti tak tau datang lagi ke tak kan lepas ni" Fana memberi sedikit nasihat kepada Ain yang cepat bosan kepada sesuatu perkara itu
"ye lah..." masih lagi bernada malas
seperti yang dikatakan oleh Ain , pagi itu,selepas sarapan mereka mula bergerak ke Dataran Padu untuk memulakan senaman aerobik dengan coachNazri
usai mengeluarkan peluh , mereka meneruskan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti yang diberikan nama 'cari dan lari' . permainan ini diambil dari permainan running man yang berasal dari Korea itu . mereka diberikan baju yang disediakan tag nama . setelah itu , mereka diberikan arahan oleh Sir Halim.
"baiklah peserta sekalian . saya rasa cara permainan ini sudah kamu ketahui kerana kamu semua mesti menonoton Runningman bukan? jadi saya akan terangkan sedikit sahajalah . kamu akan dibahagikan kepada 2 kumpulan . satu kumpulan akan mengejar dan satu lagi kumpulan akan menyelesaikan misi . misinya ialah , kamu perlu mencari barang yang tertulis pada clue yang kami akan berikan sebentar lagi . setelah menjumpai barang yang diarah , kamu akan mendapat clue yang lain iaitu terlekat di barang yang kamu cari tadi . tetapi ingat , kamu juga akan dikejar dan diburu oleh kumpulan yang mencabut tag nama itu nanti " Sir Halim menerangkan arahan dengan jelas
"okay sekarang ni saya akan bahagian dua bahagian itu . kita main 'lat tali lat' siapa yang ganjil dapat memilih samaada dia ingin menjadi pemburu atau penyelesai misi . semua ketua bergerak ke hadapan"
beberapa minit membahagikan kepada 2 kumpulan , nampaknya kumpulan 3, 4 dan 6 akan memburu manakala kumpulan 1,2 dan 5 akan menjadi penyelesai misi . nampak nya mereka perlu bergerak 36 orang satu kumpulan sekaligus . tetapi sebelum itu , Sir Halim telah memilih 16 orang daripada kedua-dua kumpulan itu untuk menjadi gangguan dan halangan para pemain . jadi tinggal 20 orang pemburu dan 20 orang penyelesai misi .
"korang ni asyik sama-sama aje ,kenapalah aku tak boleh sesama dengan Ain . "keluh Samad apabila dia perasan yang Fana dan Fahmi dalam satu kumpulan dengannya . Hani dan Adami pun dalam kumpulan yang sama .
"jodoh" Fahmi berkata dengan bangga kepada Samad walaupun Fana berada di sebelahnya
"aipp !" Fana menepuk bahu Fahmi lembut
"aduhhh ... korang tak payah lah nak berlakon macam laki bini pulak , aku tinggalkan korang berdua nanti aje karang " Samad meluat melihatkan aksi mereka berdua tadi .
wisel berbunyi menandakan permainan telah pun bermula. kumpulan penyelesai misi telah pun mula berlari memulakan misi setelah mendapat clue
manakala kumpulan pemburu akan memulakan pemburuan 10 minit selepas permaianan itu dimulakan . nampaknya Ain keseorangan lagi . Fana , Fahmi , Samad, Hani dan Adami dalam kumpulan penyelesai misi . sedang dia pula perlu memburu seorang diri
FAHMI'S P.O.V
"kamu diminta untuk mencari buah jambu dan mencari clue seterusnya" Fahmi membacakan arahan pada kad yang diberikan tadi .
YOU ARE READING
Buah Hatiku Cik Kucing
Fiksi RemajaSerious , cerita ni merepek . Dan secara logiknya , Hero dalam buku ni tak bercinta dengan kucing .