"Ok, done!" Hawa bertepuk tangan. Bangga dengan hasil kerjanya mengerjakan muka aku. Aku buat bodoh. Rimas banyak benda melekat kat muka. Tak lah banyak sangat. Simple je make-up yang Hawa tempel kat muka aku ni.
"Senyumlah sikit. Kau dah nak kahwin tau." Hawa senyum. Aku jeling dia lagi. Entah yang keberapa kali.
"Kau dah call mak bapa aku?" Soal ku.
"Dah. Aku send location sekali. Nanti dorang datang. On the way dah kot." Jawab Hawa.
"Wah, cantiknya bakal menantu saya." Tengku Mikaila tersenyum gembira. Terpukau dia dengan kecantikan Adella. Biarpun last minit, tetap mantap!
Sorrylah Hani. Saya dah beralih hati. Hihi..
"Dah, jom cepat. Semua dah tunggu." Tambahnya. Ergh! Aku rasa macam nak lari je sekarang ni. Nasib baiklah baju pengantin ni ngam-ngam kat badan aku. Cantik juga. Ok sikit mood aku. Sikit je laa.
Kami menuruni tangga. Aku dapat rasakan mata-mata tetamu yang memandang. But Adella is Adella. Aku buat tak tahu je. Sehinggalah tiba di pelamin, aku rasa nak tergelak. Ye lah... pelamin yang tadi aku cakap nak baring tu, akhirnya aku juga yang duduk. Haha. Aku duduk di atas pelamin tu dengan selesanya. And yes! Memang aku rasa nak baring sekarang ni. Empuk gila!
Tengku Mikaila duduk di sebelah makcik Hamidah jauh sedikit dari pelamin. Aku dapat tengok pengantin lelaki dari belakang. Apa yang aku boleh cakap bahu dia lebar weyh. Hahaha. But as usual, aku tak peduli. Apa yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni ialah tidur, tidur dan tidur.
"Pengantin perempuan pun dah ada. Boleh kita mulakan?" Tok kadi mula bersuara dan semua setuju. Aku betul-betul mengantuk sekarang ni. Saja je nak bagitahu.
"Baiklah, dengan lafaz bismillah... kita mulakan," sambung tok kadi. Bapa aku dan pengantin lelaki yang duduk berhadapan pun mula berjabat tangan. Eh? Bila masa bapa aku sampai? Tak perasan pula aku. Aku pandang Hawa.
"Baru je sampai." Bisiknya perlahan. Macam tahu-tahu je apa yang aku nak tanya. Ada power ke minah ni?
"Tengku Aiden Mikhael bin Tengku Adyan, aku nikahkan dikau dengan putri ku, Mawar Adella binti Althaf dengan mas kahwinnya seutas gelang emas."
"Aku terima nikahnya Mawar Adella binti Althaf dengan mas kahwinnya seutas gelang emas." Dengan sekali lafaz, maka aku pun dah sah bergelar isteri orang.
"Sah?" Tanya Tok kadi.
"Sah!" Jawab semua.
Selepas doa dibaca, pengantin lelaki, Aiden berdiri lalu menuju ke arah pengantin perempuan iaitu aku. Dia duduk di sebelah ku. Tengku Mikaila memberikan cincin kepada Aiden. Dia menghulurkan tangannya dan aku buat muka blur.
"Jari.." katanya perlahan bersama senyuman nipis. Boleh pula kau senyum bila kahwin dengan orang yang kau tak kenal. Pada waktu tu, baru aku rasa gementar sikit. Aku tak pernah lagi dipegang oleh mana-mana lelaki kecuali adik beradik dan bapa aku. Pfft! Konon. Tapi takkanlah aku nak diam je kan? Aku pun perlahan-lahan menghulurkan tangan kanan ku.
Takpe, dia dah jadi suami aku. Tak berdosa pun kalau dia pegang.
Syaitan bisik aku suruh tunjuk jari tengah, tapi aku tepis. Hahaha. Baik kan aku?
Aiden mencapai tangan aku lalu dia sarungkan cincin di jari manis aku. Bila cincin tu dah selamat menghiasi jari runcing ku, aku tarik tangan aku semula. Tiba-tiba, aku terpandang Hawa. Dia tunjuk Aiden lepastu tu dia salam tangan dia sendiri.
Dah kenapa minah ni salam tangan sendiri?
Fikirku. Untuk beberapa saat kemudian barulah sel-sel otak ku berhubung untuk memahami signal yang ditunjukkan oleh Hawa itu.
"Perlu ke?" Aku tanya. Hawa buat muka 'perlulah Adell oi'. Aku pun pandang Aiden semula. Dia dah memang hulur tangan dah pun.
Kesian... Lama ye encik suami tunggu? Haha! Maaflah ye. Isteri mu ini terlalu blur dengan keadaan yang terjadi sekarang ni.
Tanpa melengahkan masa lagi, aku pun salamlah tangan lelaki tu... Eh, maksud aku 'suami' aku. Sejurus itu, flash kamera pun menyala. Menangkap momen bahagia untuk disimpan sebagai kenangan.
Bahagialah sangat...
Lepas cium tangan dia, aku angkat muka. Tanpa kebenaran, Aiden cium dahi mulus aku. Berderau darah aku sampai ke muka. Bukan malu, tapi... Geli! Nak aje aku lap cepat-cepat dahi aku.
Ya, para pembaca semua. Seketul Adella ialah seorang yang anti dengan ciuman!
Ok, Moving on!
Selepas Aiden melepaskan dahi aku, Tengku Mikaila dan makcik Hamidah datang dan memeluk aku. Hah! Sungguh mahu ku berteriak minta dilepaskan. Tapi demi menjaga maruah suami aku, ceh! Aku pun memberikan senyuman palsu berjaya. Aku sekali lagi terpandang si Hawa. Ceria saja riak mukanya. Siap tepuk tangan lagi.
Tunggu kau Hawa!
Jangan lupa vote. Share pun boleh. Wish good night kat saya pun boleh🙈
lahh tiberrPlagiat je takleh!
Ok baii
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...