“Well... He said it's not for free.”
◑ ◑ ◑
“KING, can i ask you something?”
Adella tergelak mendengar pertanyaan Brian. “Sejak bila kau jadi humble ni?”
“Whatever. Why did you go this far? Do you perhaps... have a plan?” tanya Brian. Matanya hanya memandang sekilas ke sebelah lalu kembali fokus melihat ke jalan raya.
“Apa maksud kau?” soal Adella semula. Dia tidak faham langsung maksud di sebalik soalan Brian itu. Mulutnya yang terbuka luas ditutup dengan belakang tangan. Haih... Mengantuk pula.
“I know you, King. You're not someone who will listen to others including your own family. But i know you respect them. So, when i heard about you getting married, it must be because your father asked you to, right? And i get it.” Panjang lebar pembukaan soalan Brian. Macam berucap di majlis penting pula.
“Hm... Jadi?” Adella mencelik sebelah mata sekejap. Dia kembali menutup mata namun masih setia mendengar kata-kata Brian yang seterusnya. Entah apa yang lelaki itu cuba sampaikan.
“But, it's almost over a month now and you still living with Aiden. You don't even know him, King. So, why did you stay with him. Did you ever thinking about divorcing? Because i don't see the reason for you to keep him,” sambung Brian. Dia meluahkan segala yang bermain-main di fikirannya. Dia mahu tahu apa yang difikirkan oleh King. Sebab dia tahu King bukan seorang yang akan duduk diam dan cuma 'follow the flow'. Dia sentiasa ada rancangan. Rancangan yang sentiasa sukar ditebak. Sama ada ianya akan mengubah sesuatu atau untuk menjahanamkan sesuatu.
Adella diam beberapa ketika sebelum bibirnya mengukir senyuman senget. “Sejak bila kau suka ikut cakap si Valentino tu?”
Brian tersentak. Lidah terasa keluh untuk membalas pertanyaan King. Pertanyaan yang ringkas tapi cukup mengejutkan.
“W-what... What do you mean?”
Ketawa sinis kini bergema di dalam kereta yang dinaiki oleh mereka berdua. Brian memandang King. Wanita itu masih dengan mata tertutup tetapi bibirnya tersenyum dan tertawa. Adakah duduk berdua dengan wanita itu adalah satu keputusan yang silap?
“Macam mana kau kenal aku, macam tu juga aku kenal kau. Kau tak suka sibuk hal orang lain... kan, Brian?” Adella berkata tanpa menoleh ke arah Brian. Tapi dia tahu lelaki itu sedang gelabah. Brian bukan seseorang yang suka masuk campur hal orang lain. Sebab itu dia terasa pelik apabila lelaki itu tiba-tiba saja bertanya tentang Aiden. Lagi satu, cuma Valentino seorang yang akan cakap pasal cerai tentang perkahwinannya dengan Aiden.
“Well... He said it's not for free. Sorry.” Tutur Brian perlahan. Nampaknya dia sudah tertangkap. Menyesal pula ikut cakap si Valentino suruh hantar King dan cuba mendapatkan apa saja maklumat yang perlu. Tugasan yang pertama dapat diselesaikan tapi tugasan yang kedua itu terkubur begitu saja.
“Tapikan...” Adella tiba-tiba bersuara setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri. Brian masih menanti kata-kata yang seterusnya.
“Bila kau dah tanya macam tu... Ah! Takde apalah.”
“King, seriously?” Brian mengeluh tidak puas hati. Ingatkan dia akan dapat jawapan yang diinginkan oleh Valentino. Ternyata wanita itu cuma menambah persoalan di benaknya. Potong ayat macam tu ingat orang suka ke?
“Nanti dah sampai kejutkan aku eh? Aku nak tidur kejap. Huwaa... Ngantuk. Good night. Kau kalau mengantuk bagitau. Berenti sekejap. Tak pasal-pasal ke dalam kita nanti,” pesan Adella. Setelah itu dia terus melelapkan mata tapi tidak sepenuhnya.
“Yes, boss.”
* * *
Mata perlahan terbuka. Kepalanya menoleh ke tepi. Kosong. Aiden bangun lalu meninjau sekeliling bilik tidur mereka. Mana Adella? Jam digital di atas meja bersebelahan dengan katil ditilik.
1:38 a.m.
Dia bangun lalu menuju ke bilik air. Tiada figura yang dia cari. Tekaknya pula terasa haus. Dia menuju ke pintu bilik. Sebaik pintu di buka, Adella muncul sambil membawa segelas air minum.
“Adella... Awak dari mana?”
“Err... Ada kerja sikit.” Adella terkebil-kebil seketika sebelum menjawab. Aiden cuma mengangguk.
Minggu lepas Adella meminta izin kepadanya untuk menggunakan sebuah bilik kosong di bawah sebagai pejabat dan dia bersetuju. Sejak hari itu Adella selalu ke sana untuk menyelesaikan kerja sehingga lewat malam. Kadang-kadang wanita itu sampai tertidur di sana.
Dia berganjak ke tepi sedikit membiarkan Adella masuk.
“Oh... Awak dah selalu sangat berjaga sampai lewat malam sebab buat kerja. Saya risau nanti apa-apa jadi pada awak sebab tak cukup tidur.” Aiden menyatakan kerisauannya. Kemalangan kecil hari itu membuat dirinya lebih peka terhadap keselamatan dan kesihatan isterinya.
“Don't worry. Aku dah biasa. Lagipun tak pernah lagi aku sakit sebab tak cukup tidur. By the way, kenapa kau terjaga?”
“Saya haus.”
Tanpa berfikir panjang, Adella terus menyuakan gelas yang dibawanya tadi kepada Aiden. “Ambillah.”
“Awak?”
“Takpe... Aku dah minum. Saja bawa lebih.”
Gelas bertukar tangan dan Aiden berterima kasih kepada Adella.
Setelah meneguk habis air tersebut, Aiden merebahkan badan semula ke tilam. Beberapa saat saja dia sudah tertidur kembali. Dia boleh tidur dengan lena sekarang memandangkan Adella kini berada bersamanya.
Melihat Aiden yang sudah lena di buai mimpi, Adella menghembuskan nafas lega. Mujur lelaki itu tidak syak apa-apa terhadapnya. Lengan jaket hitam yang dipakainya dilihat. Terdapat kesan koyak akibat terkena peluru musuh yang menembaknya sewaktu pertempuran Black Rose dan musuh beberapa jam yang lalu.
Bau ayam panggang juga masih melekat pada bajunya. Dia membersih diri sebelum turut merebahkan badan di sebelah Aiden. Matanya menatap siling buat seketika sebelum beralih memandang wajah kacak Aiden.
Kata-kata Brian tadi terngiang-ngiang semula di gegendang telinga.
'Why did you stay with him? Did you ever thinking about divorcing? Because i don't see the reason for you to keep him.'
Apa yang Brian katanya ada betulnya. Tapi...
I don't see why i have to leave him either.
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...