“Jangan bergurau pasal benda ni”
◑ ◑ ◑
“THE number you have dial...”
Dahi Aiden berkerut mendengar suara sistem dalam talian tersebut. Sejak kelmarin dia cuba menghubungi Adella tapi tidak dapat. Dia mencuba sekali lagi, pun masih suara sistem yang sama. Jemu sudah dia mendengar.
Dia ok ke dekat sana?
“Oii, masam lagi muka tu kenapa? Kita dah nak balik Malaysia kut... kau dah nak jumpa bini kut...”
“Diamlah.”
Luthfi mencebik. Cakap sikit kena marah, cakap banyak pun kena marah. Bila je dia tak kena marah?
“Kenapa? Risau semacam aku tengok kau ni?” tanya Luthfi. Memang lelaki kalau berjauhan dengan isteri muka berkerut habis eh?
“Aku tak dapat call Adella. Dari kemarin lagi.”
“Ohh... Maybe she's busy?”
“Kalau dia busy, dia akan bagitau. Lagipun dia kat rumah mommy.” Memang kebiasaannya Adella akan beritahu jika dia sibuk dengan kerja sehingga pulang lewat atau jika ada apa-apa perkara yang urgent.
“Cuba kau tanya mommy. Call dia?”
“Dah... Mommy cakap Adella dah balik kemarin. Sebab tu aku call and mesej Adella. Tapi sampai sekarang... Langsung takda respon.”
“Mungkin phone dia rosak?” Luthfi angkat bahu, menayang wajah polos.
Aiden pula sudah malas berfikir. Dia cuba menyedapkan hati sendiri. Mungkin Adella sibuk sehingga lupa memberitahunya.
“Dahlah, jom.”
Beg bagasi masing-masing di tarik keluar bilik hotel. Hari ini mereka akan terbang semula ke Malaysia. Betul cakap Luthfi. Dia akan jumpa Adella kejap lagi.
“Hi, Aiden,” tegur seorang wanita juga membawa bagasi. Salah seorang anak kapal yang dibawa oleh Aiden.
Aiden tidak mempedulikan wanita itu dan terus berjalan ke lift.
“Aiden tunggulah I!” wanita itu terkedek-kedek berlari mahu mengejar Aiden.
“Eh, eh! Kau nak gi mana?”
Tapi dihalang oleh Luthfi. Dia berdiri tepat dihadapan wanita itu menjadi penghadang. Anak kapal yang lain turut berada di situ hanya membiarkan. Mereka sudah biasa dengan situasi itu.
“Ish, tepilah! I nak satu lift dengan Aiden.”
“Tak boleh!” bantah Luthfi. Dia tak kisah kalau perlu tunggu Lift yang seterusnya. Apa yang penting, wanita itu tidak boleh dekat dengan Aiden. Anak kapal yang lain juga sudah masuk ke dalam lift bersama-sama dengan Aiden.
“Shifa, you tahu kan Kapten Aiden tu dah kahwin? Yang you tergedik-gedik nak dekat dia lagi kenapa?” kata lagi seorang wanita. Juga memakai seragam pramugari sama seperti Shifa.
“Dia nak jadi penyondol la tu, Kak Ju,” tambah Luthfi. Wajah Shifa terus berubah cemberut.
Semua anak kapal tahu yang Shifa itu tergila-gilakan Aiden sejak awal lagi. Tapi Aiden langsung tak ambil peduli. Dia anggap Shifa tu macam tak wujud saja.
“Aiden! Ish, you all tengok tu! Lift dah tutup.” Shifa menghentak kaki geram.
Luthfi sudah acah-acah mahu termuntah melihat kelakuan wanita itu. Kalau comel takpelah... Ini? Tak langsung!
“Aku hempuk karang budak ni...” Kak Ju pula sudah mengangkat tangan. Terus terkulat-kulat Shifa di sebelahnya.
Luthfi tersenyum sinis. Tahu takut... Siapa suruh satu kerja dengan kakak sendiri yang garang.
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...