BAB 19

901 30 0
                                    

“ Aku bukan genie ”

◑ ◑ ◑

“Selamat pagi! Jom sarapan sama-sama.”

Tegur Aiden ceria. Dia tersenyum melihat wajah mamai Adella. Comel di matanya tapi tidak di mata penulis.

Dengan mata yang masih belum segar sepenuhnya, Adella melakar segaris senyuman. Dia duduk di kerusi lalu menongkat dagu di meja. Aroma kopi panas yang menusuk ke hidung sedikit sebanyak menghilangkan kantuknya.

“Awak tak pergi kerja ke hari ni?” Aiden meletakkan sepotong roti yang disapu dengan kacang mentega di pinggan Adella. Dia kemudian melabuhkan duduk di sebelah wanita itu. Dia suka apabila mereka duduk dekat-dekat.

“Tak, kot...”

Adella mencapai teko lalu menuang kopi ke cawan Aiden. Suaminya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih.

Sejak mereka tinggal bersama, Aiden paling suka pada waktu pagi kerana dia dapat duduk bersama dengan Adella dan menikmati sarapan pagi bersama. Terkadang mereka sedikit sebanyak berkongsi cerita. Tidak dinafikan, semenjak dia beristeri juga paginya bertambah ceria.

“Kau ada flight ke? Berapa lama?” Tanya Adella apabila sedar Aiden memakai uniform pilot. Segak bergaya lelaki itu. Bertambah kacak dia tengok.

“Ha'ah... Empat hari. Saya nak bagitau awak semalam tapi terlupa pula.” Aiden tersenyum kelat. Rasa tak sanggup pula tinggalkan Adella. Empat hari terlalu lama! Nanti dia rindu macam mana?

“Aku hantar kau pergi airport nak?” pelawa Adella. Jarang-jarang dia pelawa orang benda baik. Selalunya pelawa hantar ke underground ja.

Aiden tersenyum kecil. “Takpelah. Semalam awak tidur pukul satu sebab buat kerja sampai lewat malam, kan? Awak mesti penat. Lagipun saya ikut Luthfi hari ni. Jadi awak rehat ajelah dekat rumah.”

Adella hanya terangguk-angguk faham. Selesai mereka bersarapan, Aiden menuju ke pintu untuk memakai kasut. Adella cuma memerhati sambil bersandar pada muka pintu.

Pin!

Kelihatan kereta Luthfi sudah terparkir dihadapan pagar rumah mereka. Lelaki itu menurunkan cermin keretanya lalu melambaikan tangan ke arah mereka. Serentak Adella dan Aiden membalas lambaian tersebut.

“Luthfi pun dah sampai, saya pergi dulu eh?” Aiden berpusing menghadap Adella lalu menghulurkan tangannya. Adella sedikit teragak-agak tapi dia tetap menyambut huluran dan mencium tangan lelaki itu. Aiden tidak mampu menyembunyikan senyumnya. Terlalu gembira dengan tindak balas Adella.

“Kalau aku bawa Hawa datang sini takpa kan?” tanya Adella.

“Takpa, dia boleh teman awak nanti. Saya pergi dulu.”

Aiden mula melangkah. Baru beberapa tapak, dia tiba-tiba berhenti. Kemudian dia memusingkan badan lalu mendekati Adella semula.

“Awak ingat tak janji yang awak cakap dekat saya waktu dekat airport hari tu?” tanyanya tiba-tiba. Dia memandang tepat ke anak mata Adella.

Adella terpinga. Dia sebenarnya lupa tentang perkara itu sehinggalah Aiden bercakap mengenainya. Terus fail memori pada hari itu muncul di kepala.

“Huh? Err... Ingat.” Dia tersengih seperti kerang busuk.

“Berapa permintaan yang saya boleh minta?” tanya Aiden lagi. Matanya kelihatan bersinar-sinar.

“Satu je.”

“Tiga tak boleh?”

“Aku bukan genie.”

Aiden meletuskan tawa riang. “Saya tahu. Tapi bagilah saya untuk buat tiga permintaan. Please?”

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now