"Sendiri cari pasal. Padan muka"
◑ ◑ ◑
TELEFON bertuah yang diletakkan di atas meja mungkin sedang blushing kerana asyik ditenung oleh lelaki sekacak Aiden. Dia begitu fokus menanti panggilan daripada seseorang.
Ting!
Notifikasi berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Cepat-cepat Aiden mencapai telefonnya dan membuka aplikasi mesej.
"Tahniah, anda menang... Cis, Scammer!" Telefon itu terus dibaling semula ke atas meja. Dia mengeluh. Badannya longlai di sofa. Sudah berjam dia menunggu panggilan mahupun mesej daripada Adella. Tapi langsung tiada.
"Hmm... Dia ingat ke dekat aku? Atau dia busy? Busy la kot... Positif, Aiden. Positif." Aiden bermonolog dengan diri sendiri. Dia kembali menegakkan badan dan kembali fokus memandang telefonnya.
Beberapa saat menunggu, akhirnya muncul panggilan daripada seseorang. Tangan Aiden sepantas kilat menekan punat hijau.
"Hello... Aw..."
"Aiden, i miss you bro. Jom dating?"
Senyuman yang tadinya menghiasi bibir Aiden kini lesap. Dia memandang nama si pemanggil.
"Haa... Luthfi. Kau nak apa?" nada suaranya bertukar kasar. Ingatkan panggilan daripada si dia tadi. Lain ditunggu, lain yang datang.
"Macam aku cakap tadi, aku rindu kau. Jom kuar..."
"Aku busy." Aiden terus menamatkan panggilan tanpa sempat Luthfi menghabiskan bicaranya.
Tut, tut, tut...
"Aiden, hello? He... hello? Uish... Dia main letak je? Hm... Duduk rumah jelah nampaknya." Luthfi meletakkan telefon di sebelah cup maggi kari yang menjadi makan tengah harinya. Dia mengeluh sesaat. Sejak Aiden sudah berumah tangga, dia terasa semakin sunyi. Nak pergi dating, awek takda pula.
Aiden kembali longlai dan sudah hampir berputus asa menjadi penunggu. Beberapa saat kemudian, sekali lagi notifikasi mesej berbunyi. Luthfi menghantarnya imej manggi kari bersama teks 'Maggi pun jadilah'.
Aiden kemudian memandang jam di telefon. Dah tengah hari lah. Dia terdiam seketika sebelum bangun menuju ke dapur bersama senyuman yang penuh makna.
* * *
"Argh, Epul! Pelan-pelan tak boleh ke?"Farhan terjerit apabila Epul bertindak menekan kapas yang mengandungi cecair anti bakteria itu ke pipinya.
"Tekan lagi Epul," sokong Adella pula. Dia tertawa apabila Farhan menjelingnya. Muka lelaki itu penuh dengan lebam-lebam kerana disapa oleh buku lima Adella.
"Sendiri cari masalah. Padan muka." Membuntang mata Farhan mendengar kata-kata Epul. Tadi pagi, dia tertangkap oleh Adella dan dibelasah teruk. Semuanya pasal dia paksa wanita itu untuk menyalam Aiden.
"Masalah apa pula? Aku cuma nak tolong bos kau tu kumpul pahala. Bukannya... Arghhh!" Sekali lagi Farhan terjerit apabila rambutnya dicengkam kuat oleh Adella.
"Sorry, sorry!"
Adella melepaskan rambut Farhan. Sebelum Farhan bercakap lebih jauh, telefon miliknya berbunyi.
"Hello?" Farhan menyambut panggilan tersebut. Beberapa saat kemudian, mata cantiknya berubah serius. Dia mengarahkan Epul untuk keluar. Setelah itu, dia menamatkan panggilan.
"Red Mansion, now."
Tanpa banyak soal, Adella bangkit dari duduk. Begitu juga Farhan. Mereka berdua meninggalkan bilik pejabat Adella.
Sesampainya Aiden di hadapan Deltha Holding, dia mencapai beg kertas di sebelah. Senyumannya melebar melihat isi di dalam beg itu.
Harap dia suka.
Baru saja Aiden mahu melangkah keluar daripada kereta, dia ternampak Adella dan Farhan meninggalkan Deltha Holding menaiki sebuah kereta hitam. Sebelum kereta itu hilang dari pandangan, Aiden cepat-cepat menghidupkan enjin kereta semula lalu mengekori kereta tersebut.
Setelah beberapa minit perjalanan, Adella pelik dengan Farhan yang berulangkali menoleh ke belakang atau memandang cermin pandang belakang.
"Kau kenapa?" Adella bertanya.
"Aku rasa ada yang ikut kita."
Adella turut menoleh ke belakang. Keningnya bertaut cuba mengingat kalau-kalau dia pernah ternampak kereta itu.
Dalam masa yang sama, Aiden sedang berperang dengan dilema sendiri. Eh, Kenapa kau ikut dia? Mungkin dia ada hal? Patah balik lah. Tapi aku nak tahu dia pergi mana.
"Arhh! Apa kau buat ni Aiden?" Aiden geram dengan diri sendiri. Dia sendiri tidak sangka yang dia akan syak dengan Adella. Entah kenapa firasatnya begitu.
“So, what's should we do? Kau pasti itu Aiden?” tanya Farhan. Dia sedikit terkejut apabila Adella memberitahunya bahawa gerangan yang mengekori mereka ialah Aiden.
“Yup... That's his car.”
“Kenapa dia ikut kita pula?”
“Tak tahu.” Adella sendiri tidak tahu apa niat Aiden untuk mengekori mereka. Tapi apa yang penting sekarang mereka perlu pastikan Aiden berhenti mengekori mereka.
“Pergi ke site projek terdekat.” Setelah berfikir beberapa ketika, Adella mendapat satu idea. Tidak banyak bicara, Farhan terus membelok ke jalan yang menuju ke site projek terdekat. Pasti ada di sekitar sini.
Aiden yang sedang dalam dilema turut membelok ke arah sama di mana kereta yang dinaiki oleh Adella itu menuju sehingga kereta itu masuk ke sebuah tapak pembinaan. Aiden menghentikan keretanya tidak jauh dari tapak pembinaan tersebut. Dia lihat Adella dan Farhan turun dari kereta dan berjumpa dengan seorang lelaki. Mungkin pengurus di situ.
“Lawat site projek rupanya, heh!” Aiden gelakkan tindakan sendiri yang dirasakan sia-sia dan tidak patut. Dia tersenyum sinis, mengejek diri sendiri. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bertindak mengekori Adella. Mungkin sebab nak sangat jumpa wanita itu.
Tidak lagi mahu berlama di situ, Aiden pun memandu pulang dengan perasaan lega dan sedikit rasa bersalah kerana mengekori Adella tanpa pengetahuannya. Cukuplah hari ini. Banyak sangat dia berfikir.
Farhan menepuk bahu Adella perlahan apabila melihat kereta Aiden meninggalkan tapak pembinaan tersebut.
“Kami pergi dulu.” Farhan berjabat tangan dengan Encik Harun, pengurus di situ.
“Baiklah. Hati-hati ye, encik Farhan, cik Adella,” tutur Encik Harun. Terkejut juga dia tadi dengan ketibaan Farhan dan Adella yang tiba-tiba. Katanya mahu singgah melawat sekejap.
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...