BAB 9

1.6K 49 0
                                    

" ... wahai Shaun tak berapa nak kacak "

◑ ◑ ◑

"YANG ni la kot..." Telefon pintar berwarna hitam itu diambil lalu di belek sekejap. Nice. Baru saja Adella mahu keluar dari kereta itu, dia terdetik untuk pandang ke belakang. Jangan risau ini bukan 'jangan pandang belakang' jadi dia tak nampak apa-apa pun. Dia keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah semula.

Adella melangkah masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu. Automatik matanya bertembung dengan Aiden yang baru keluar dari bilik mandi. Jangan risau. Dia dah siap berbaju. Adella mendekati Aiden lalu di serahkan kunci dan telefon milik lelaki itu.

"Thanks," ucap Aiden.

"Hm..." Adella hanya menggumam sebagai jawapan. Dia menuju ke katil lalu merebahkan badannya. Aiden meletakkan kunci kereta dan telefonnya di meja di tepi katil. Manakala tuala yang digunakannya tadi disidai di ampaian yang tersedia di bilik itu.

Dia mendekati katil semula lalu perlahan-lahan duduk di birai katil. Terasa sedikit janggal. Ini pertama kali mereka tidur di bilik yang sama. Kalau di rumahnya, eh, silap. Kalau di rumah mereka, mereka tidur di bilik yang berasingan. Dia tidak kisah, sebab dia tahu mungkin Adella perlukan masa untuk menyesuaikan diri tinggal bersama seorang lelaki juga suami yang baru dikenalinya.

Tiba-tiba Adella menoleh ke arahnya. Hampir Aiden berdiri kerana terkejut. Mereka berpandangan selama beberapa minit. Dia taknak aku tidur sekatil dengan dia ke? Huhu... Sedihnya. Gumam Aiden dalam hati.

"Tutup lampu kalau kau dah nak tidur."

Selesai berkata Adella menyelubungi dirinya di dalam selimut. Aiden terdiam untuk beberapa saat sebelum dia menghela nafas lega dengan perlahan. Ingatkan Adella nak suruh dia tidur tempat lain. Tanpa banyak bicara, Aiden pun menutup lampu bilik lalu turut membaringkan diri di sebelah Adella. Hanya lampu meja yang malap menerangi bilik itu.

"Good night," ucapnya. Entah dengar atau tidak saja di telinga Adella. Selimut di tarik menutupi kaki hingga ke pinggang.










SUASANA yang bingit dengan lagu-lagu rancak dan manusia-manusia yang lalai dengan keseronokan dunia memenuhi kelab malam itu. Di satu sudut yang sedikit tersorok dan hanya samar-samar bunyi muzik kedengaran, kelihatan beberapa orang lelaki yang duduk di sofa panjang sambil ditemani oleh beberapa wanita yang berpakaian tidak cukup kain.

"Are serious, J?" tanya Brian kepada seorang lelaki yang duduk di hadapannya. J baru saja memberitahu berita yang bagi mereka agak merepek.

"Kau nak percaya atau tak, terpulang. But it's true," ujar J. Dia mencapai segelas minuman bergas di atas meja lalu di teguk perlahan. Tekaknya terasa nyaman apabila minuman sejuk itu mengalir di kerongkongnya. Brian mengisyaratkan beberapa wanita yang menemani mereka beredar dari situ.

Setelah mereka pergi, Brian tertawa kuat. Kali ini mereka digemparkan dengan berita yang tak dijangka. Ketua Black Rose dah kahwin. Black Rose, sebuah kumpulan mafia yang terbesar, terkaya, terhebat dan terkejam. Itu khabar angin saja. Terkaya, terbesar dan terhebat itu memang betul. Tapi terkejam? Hmm... Entahlah...

"Siyes arr Rose's King dah kahwin? Weyh... Bos demam ke apa? Dulu bukan main geli bila kita cakap pasal topik kahwin dengan dia. Suruh kahwin pun dia cakap 'alaa buat apa kahwin? Single is better janji duit adoo'." Brian mengajuk cara ketua mereka bercakap. Rose's King ialah gelaran bagi ketua Black Rose.

Brian tertawa lagi. Geli hati apabila terbayang wajah Rose's King yang berbaju pengantin dan duduk di atas pelamin. Eh, tapi...

"Weyh, kau ada tak gambar dia duduk kat pelamin? Mesti dia lawa kan pakai baju pengantin?" tanya Brian. J dan dua orang lagi lelaki yang duduk di situ pun mula berfikir.

"Hm... Betul juga tu. Gila tak lawa. Musuh kita pun sampai ada yang jatuh hati," ujar Tony. Apabila sebut pasal Rose's King, dia memang cantik. Biarpun dia nampak hot hanya dengan bersuit lengkap, tapi kalau dibayangkan dia pakai baju pengantin, fuhh!

"Lawa memang lawa. Tapi kalau dia dengar kita cakap pasal dia, tak balik raya kita nanti. Berkampung je kat Red Mansion buat kerja," ujar Shaun pula. Tiga rakannya terus tersedar. Aduh... Mereka lupa pula betapa Rose's King tidak suka dijadikan topik perbualan. Lagi-lagi dalam kalangan konco-konco nya sendiri.

"Hm... Terima kasih kerana menegur kami wahai Shaun yang tak berapa nak kacak,"

"Kau ingat kau hensem sangat?" Shaun mencapai plastik keropok kentang di atas meja lalu dibaling ke arah Brian. Tidak cukup dengan itu, dia berjalan pula ke arah Brian lalu di tariknya rambut lelaki itu. Brian pun tidak mengalah. Dia turut menarik rambut Shaun.

"Woi! Jangan cam budak-budak boleh tak? Sakit mata aku tengok korang ni. Gaduh macam pompuan!" marah Tony. Terus terhenti Brian dan Shaun yang gaduh-gaduh manja itu. J yang bersorak sakan tadi pula terus terdiam. Abe Tony jangan dicabar. Nanti dia bertukar jadi Iron man.

"Shaun ni la! Cakap sikit pun sentap!" adu Brian.

"Kau macam tak tahu... Dia kan period 24 jam!" seloroh Tony pula. Tanpa sempat dia meminta maaf, rambutnya menjadi mangsa cengkaman Shaun.

"Weyh... Shaun, aku- ack!"

"Aku takde lah gambar dia. Nanti kita minta la kat dia."

"Hm... Sampai kita ada cucu pun belum tentu dia nak bagi."

Brian dan J bercerita tanpa menghiraukan Tony yang meminta pertolongan. Kepalanya hampir jadi seperti padang jarak padang tekukur. Siapa suruh kacau orang period kan?

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now