“Fine. I'll fulfill your wish.”
◑ ◑ ◑
“KAMI balik dulu, Aiden.”
Adrian mengangkat Izz yang terlentang nyenyak di sofa. Semangat dia tunggu acik lala bangun. Akhirnya tertidur budak itu. Sempat juga Aiden ambil sekeping dua gambarnya. Comel.
“Jaga Adella jangan sampai abaikan kesihatan sendiri pula. Dia tak suka orang sakit sebab dia. Lagi-lagi suami sendiri,” pesan Adrian.
Aiden tersenyum, “Insyaallah...”
“Ok, kami balik dululah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam... Bye, Izz.” Aiden mencuit perlahan pipi gebu Izz. Anak kecil itu menggeliat kecil. Mungkin terganggu sedikit.
Selepas berjabat tangan, Aiden cuma menghantar Adrian, Asadel dan Izz dengan mata. Sebaik saja kelibat mereka bertiga keluar dari wad itu... Aiden dapat rasakan sunyi yang mendatang. Dia menghela nafas perlahan.
Badan dipusing menghadap Adella. Bibirnya masih mampu tersenyum melihat wajah wanita itu. Dia berjalan perlahan lalu duduk di kerusi sebelah katil Adella. Kedua tangannya naik menggenggam tangan kanan Adella. Seperti tak mahu dilepaskan.
“Adella, Izz sampai tertidur tadi. Katanya nak tunggu acik lala dia bangun.”
“Kesian saya tengok dia. Awak... Masih nak rehat ke? Bukan Izz je tunggu awak. Saya pun sama, Adella.”
Aiden melepaskan tawa perlahan. Tawa yang dibuat-buat untuk menyenangkan hati sendiri. Dia bawa tangan Adella ke bibirnya lalu dicium lama. Penuh syahdu. Dengan mata yang terpejam, dia mengamati perasaan di dasar hatinya.
“Saya... Saya rindu awak. Biarpun awak ada depan mata saya, tapi saya tetap rasa rindu. I miss talking with you. I miss eating together with you. I... I miss seeing you smile, Adella. I miss everything about you.”
Suaranya semakin perlahan. Diselubungi dengan perasaan sedih yang kian menebal di dada. Tak pernah dia rasa sesukar ini untuk menerima kenyataan seumur hidupnya. Sekarang baru dia faham. Dia sangat kecewa dengan diri sendiri kerana tak mampu buat apa-apa untuk Adella. Hanya mampu berada di sisi wanita itu di saat dia tidak sedarkan diri.
Dia tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus kasar. Sampai bila kau nak macam ni Aiden? Adella takkan bangun dengan air mata. Dia tak dengar. Dia tak nampak. Ingat, doa banyak-banyak. Suara hatinya berkata-kata.
Tangan Adella masih lagi dalam genggamannya. Ibu jarinya mengelus lembut belakang tangan mulus itu. Tingkah kecil yang sudah menjadi kebiasaan sejak dua minggu lalu. Lama dia mendiamkan diri. Cuma memandang wajah lena Adella dengan pandangan yang dipenuhi dengan bermacam-macam perasaan yang bercampur. Tapi, satu yang pasti... Cinta.
“Awak nak tahu tak Adella? Mula-mula tu, saya tak setuju dengan rancangan mommy untuk kahwinkan saya dengan anak kawan dia. Bila dah bertunang, saya tak ambil kesah sangat pasal tunang saya dan taknak ambil tahu pun pasal dia. Saya ada terfikir nak batalkan semua. Tapi, saya tak sanggup kecewakan mommy. Sebab tu saya teruskan juga pertunangan kita,” cerita Aiden. Membuka satu lagi kisah yang tersimpan disebalik perkahwinan mereka.
“Saya tak pernah tahu siapa bakal isteri saya sampailah hari pernikahan kita. Lepas je akad nikah... Saya tahu, ada amanah yang saya jaga. Saya cuba ikhlaskan hati saya dengan semua yang dah jadi.”
“Masa nak sarung cincin, itu kali pertama saya nampak awak, Adella. And... I fall for you instantly. There's no regrets in me at that moment until now. All i was thinking that... here she is, my wife. She's beautiful. The most beautiful woman I've ever seen.”
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...