BAB 8

1.7K 54 1
                                    

“ Kau tempat last... Kalau aku tak jumpa juga natang tu... ”


◑ ◑ ◑


SUASANA hari raya, walau di mana pun jua, memberikan ketenangan dan mententeramkan... Eh, dah, dah. Penulis bukan nak menyanyi, tapi nak bagitahu situasi yang berlaku di rumah Tan Sri Althaf sekarang ni. Kita mula balik eh?

Suasana meja makan begitu lenggang. Hanya bunyi kiub ais yang berlanggar di dalam gelas kaca yang kedengaran. Masing-masing menikmati makanan yang terhidang di pinggan. Lagi-lagi Adella yang begitu menghayati ayam masak kari hasil air tangan Tan Sri Althaf. Sampai tertutup matanya setiap kali dia menyuap nasi dan isi ayam kari ke mulut.

“Sepatutnya aku kahwin dengan kau jelah Al. Hari-hari aku boleh makan sedap-sedap macam ni.” tiba-tiba Tengku Adyan bersuara. Ayatnya menyebabkan Tan Sri Althaf tersedak. Segera Asadel yang duduk di sebelahnya memberikannya air. Aiden terkejut tapi tetap tergelak kecil dengan Tengku Adyan. Adella? Dia kat dunia dia sendiri.

“Ka... Kau lupa ke bini kau kat sebelah kau je?” ujar Tan Sri Althaf. Pedas tekaknya sebab tersedak. Tengku Adyan yang galak tertawa tadi, serta merta terhenti. Alamak!

“Jadi selama ni saya masak tak sedap lah? Aiden, tak sedap ke Mommy masak?” Tengku Adyan dan Aiden terkedu dengan soalan menjerat dari Tengku Mikaila itu.

“Eh, awak ni... Saya gurau jelah. Sedap, sedap sangat awak masak, kan Aiden kan?” Tengku Adyan memandang Aiden untuk meminta ‘backup’.

“H... Ha'ah. Kalau tak sedap, tak hidup Aiden sampai ke hari ni.” Aiden tersengih memandang Tengku Mikaila yang bermata tajam menikam dia dan Tengku Adyan.

“Hm... Apa-apa jelah. Eh, Althaf. Tiara mana? Kenapa tak ikut makan sekali?” Tengku Mikaila bertanya tentang isteri Tan Sri Althaf, Puan Sri Tiara yang tidak ikut sekali makan malam dengan mereka. Siang tadi sempat dia berbual dengan Puan Sri Tiara.

“Oh, dia minta maaf. Pening katanya, tak larat nak turun. Tu yang aku suruh berehat ja dalam bilik. Takpa kan?” beritahu Tan Sri Althaf. Dia sambung makan setelah tekaknya rasa selesa semula. Tengku Mikaila mengangguk-angguk faham.

“Takpa... Dah orang tak sihat, takkan kita nak paksa pula.”

“Pening? Aii, Asadel nak dapat adik baru ke?” Tengku Adyan mengusik Tan Sri Althaf. Maklumlah, Puan Sri Tiara itu merupakan isteri kedua Tan Sri Althaf. Masih muda lagi.

“Ish, awak ni kan...” marah Tengku Mikaila.

“Saya gurau jelah. Tapi manalah tahu, Tiara tu kan...” Tengku Adyan terhenti bercakap apabila mendengar bunyi kerusi. Adella bangun dari meja makan dan menuju ke dapur. Semua yang berada di meja makan itu terdiam dan hanya memandangnya berlalu pergi.

“Uncle, company uncle apa citer?” Asadel bersuara untuk menghilangkan situasi yang sedikit janggal itu. Tengku Adyan segera berpaling ke arah Asadel. Topik kegemarannya. Tak tidurlah Asadel mendengar cerita Tengku Adyan.

“Company uncle, of course sentiasa maju. Asadel nak tahu, tiap bulan...”

Sampai mereka habis makan dan melepak sekejap di ruang tamu, Tengku Adyan masih bercerita dengan Asadel.

Aiden hanya menjadi pendengar kerana otaknya memikirkan hal lain. Sejak mereka bercerita mengenai Puan Sri Tiara, dia langsung tidak nampak Adella. Sudah naik ke bilik mungkin. Fikirnya.

Setelah merasakan mengantuk, Aiden meminta diri untuk naik ke atas. Asadel ada memberitahunya di mana bilik Adella, jadi tidaklah dia terlalu sukar untuk mencari.

Apabila sampai di depan bilik yang diberitahu oleh Asadel, Aiden mengetuk pintu dulu. Tiada sahutan dari dalam. Dia mengetuk lagi. Juga tiada sahutan. Dengan menarik nafas dalam, perlahan-lahan dia pulas tombol pintu lalu membuka pintu bilik Adella itu.

Dia jenguk kepalanya sedikit. Ruang bilik itu kosong tiada orang. Aiden melangkah masuk lalu menutup pintu. Bunyi air di bilik mandi menarik perhatiannya. Oh, mungkin Adella dalam bilik air.

Sedang dia memerhati sekeliling bilik itu, Adella keluar dari bilik air dengan tuala di kepala.

“Oh, kau dah masuk. Aku baru nak panggil. Kalau kau nak mandi, mandi jelah. Kalau kau tak bawak baju, kau pinjam je Asadel punya. Muat kot. Nah.”

Adella mendekati Aiden dan memberikannya sehelai tuala putih. Dia menuju pula ke meja solek dan mencapai hair dryer untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

“Takpe... Saya ada bawa baju lebih. Kan abah cakap dia nak kita tidur sini malam ni,” tutur Aiden. Adella loading sekejap sebelum dia terangguk-angguk. Iya betullah tu. Dia terlupa pula. Memang ada Tan Sri Althaf bagitau sebelum diorang berdua datang sini.

“Err... Saya nak minta tolong boleh?” tanya Aiden lembut.

“Apa?”

“Tolong ambilkan telefon saya kat kereta. Saya lupa ambil tadi.” Aiden menggaruk kepalanya. Baru dia perasan yang dia langsung tak pegang telefon sepanjang hari ni.

“Ok. Kunci?” Adella menghulurkan tangan meminta kunci kereta.

“Nah.” Hulur Aiden. Dari poket seluarnya.

Adella mengambil kunci itu lalu terus turun ke bawah. Aiden pula masuk ke bilik air.






“ADELLA, nak ke mana tu?”

Tan Sri Althaf bertanya kepada Adella yang menuruni tangga.

“Club,” jawab Adella sepatah tanpa menoleh ke arah Tan Sri Althaf yang duduk di sofa. Dia terus keluar menuju ke garaj.

“Elok-elok,” pesan Tan Sri Althaf. Tengku Adyan yang juga turut di situ mengerutkan dahi. Apa kes si Althaf ni? Anak pergi club dia siap pesan 'elok-elok' lagi. Belum sempat dia bersuara Asadel terlebih dahulu bercakap.

“Kakak gurau je uncle.”

Mendengar akan ayat itu, Tengku Adyan menghembuskan nafas lega. Baru saja dia mahu marah Althaf.

ADELLA menuju ke kereta Aiden yang terletak di garaj. Dia menekan kunci lalu pintu di bahagian pemandu di buka. Dia mencari telefon Aiden di sekitar situ. Lebih kurang seminit dia mencari tapi tidak jumpa.

“Aii... Kau jangan main sorok-sorok. Nanti kena sorok hantu, padan muka.” Adella bercakap sendirian sambil mencari telefon Aiden. Seketika kemudian dia terpandang dashboard.

“Kau tempat last. Kalau aku tak jumpa juga natang tu, tak tahulah,” bebelnya. Dashboard dibuka dan berjumpalah dia untuk pertama kalinya dengan telefon Aiden.

“Yang ni la kot.” Telefon pintar berwarna hitam itu diambil lalu di belek sekejap. Nice. Baru saja Adella mahu keluar dari kereta itu, dia terdetik untuk pandang ke belakang...



 Baru saja Adella mahu keluar dari kereta itu, dia terdetik untuk pandang ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Selamat hari raya semua !! Maaf zahir dan batin ❤️✨

Banner (gambar kat atas sekali) by atieiza

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now