BAB 20

1K 37 6
                                    

Puan? Puan dia panggil aku?

◑ ◑ ◑

HYE, Isaac! Hye, Owen!”

“Hye, Cik Hawa.”

Adella terkejut. Dia terkaku di tempatnya berdiri. Dia tidak pernah melihat Din dan Don tersenyum begitu dengan mana-mana wanita selain Hawa. Senyuman yang mencairkan mana-mana wanita yang melihat, kecuali dia.

Dia tergelak kecil lalu menepuk-nepuk bahu dua lelaki itu. Dia berjalan ke kereta di mana Hawa sudah lebih dahulu melompat masuk. Meninggalkan Din dan Don yang saling bertukar jelingan.

A war between brothers that never end.

“Where are we going, cik Hawa?” tanya Don setelah mereka duduk dengan selesa di dalam kereta.

“Shopping!” jawab Hawa teruja. Tangannya terangkat di udara sebelum dia bertepuk tangan.

Din dan Don tergelak kecil dengan telatah wanita itu.

“Mall yang biasa kita pergi.” Adella bersuara.

“Yes, boss.”

💳🛍️💸

SELEPAS kedai kasut, Hawa menarik pula Adella ke butik pakaian. Matanya bersinar-sinar melihat baju-baju yang tergantung di dalam butik itu. Cantik-cantik semua. Rambang mata dia dibuatnya.

Memandangkan dia ada kad emas sekarang. Semua la dia nak beli. Hehe!

Dia mencapai sehelai dress berwarna putih yang dihiasi dengan bunga-bunga kecil berwarna biru. Cantik!

Adella pula sudah duduk di sofa kecil yang tersedia di situ. Telefon sendiri menjadi minatnya. Ada mesej dari seseorang.

“Ya, cik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya pekerja di situ.

“Saya nak cuba baju ni, boleh?” tanya Hawa lembut.

Pekerja itu memandang Hawa dari atas ke bawah. Biasa-biasa saja pemakaiannya.

“Ermm... Fitting room dekat sana,” beritahu pekerja itu acuh tak acuh.

Tanpa membuang masa, Hawa segera menuju ke fitting room. Dia mahu mencuba baju itu sebelum membelinya. Masuk saja ke bilik itu, Hawa menilik dress di tangannya terlebih dahulu. Eh?

“Erm... Adik, baju ni ada koyaklah.” Hawa keluar lalu mendekati pekerja yang menegurnya tadi. Dia menunjukkan kawasan yang terdapat koyak beberapa cm di dress tersebut.

Mata pekerja wanita itu membesar terkejut. Dia terus merampas dress tersebut dari tangan Hawa. Hawa sedikit tersentak.

“Apa cik dah buat ni? Baju ni mahal tau tak?” tempik pekerja itu.

“Eh, tapi saya tak buat apa-apa. Saya tak sempat cuba pun tadi.” Hawa berkata jujur. Dia menggeleng kepala tanda bukan dia yang mengoyakkan dress tersebut.

“Tak mengaku pula. Cik yang pergi cuba baju ni kan? Tak muat dengan badan cik, lepastu cik koyakkan.” Pekerja itu mula menuduh.

Mata Hawa membuntang mendengar tuduhan meluru yang tidak berasas tersebut. Dia bercekak pinggang.

“Kan saya dah cakap, saya tak sempat cuba pun tadi. Koyak tu saya nampak sebelum saya cuba baju tu. Takkanlah saya pula yang koyakkan?” Balas Hawa. Sakit hati pula bila dituduh sembarangan tanpa bukti yang kukuh. Dia mula memasang riak wajah tidak puas hati.

“Elehh... Masih taknak mengaku? Cik orang terakhir yang pegang baju ni tadi. Cik yang koyakkan jadi cik kena bayar!”

“Awak ni kenapa? Saya dah cakap bukan saya yang koyakkan. Entah-entah pelanggan lain yang buat, awak tak perasan.”

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now