“Mana ada! Acik Lala sayang Izz!”
◑ ◑ ◑
AIDEN tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Dia memang akan bangun dengan sendirinya setiap kali masuk waktu subuh. Sangat bersyukur dikurniakan kelebihan sebegitu. Mata yang masih mengantuk digosok perlahan. Sebaik saja berdiri, dia mendekati katil yang tidak jauh dari sofa tempatnya tidur.
“Salam subuh, Adella.” Seraya mengungkapkan kata-kata itu, dia mengucup ubun-ubun isterinya. Dia tersenyum merenung wajah lena Adella. Tenang saja. Sekejap kemudian, senyumannya perlahan-lahan pudar.
Dia sentiasa berharap, setiap pagi dia membuka mata semua ini hanyalah mimpi. Dua minggu sudah berlalu dan Adella masih belum sedarkan diri. Luka-luka pada mukanya sudah mula sembuh tapi dia masih perlukan alat bantuan oksigen.
Aiden tahu dia tidak boleh terus berfikiran begitu. Tidak mahu terus hanyut dalam gelodak perasaan, dia mencium dahi Adella sekali lagi sebelum berlalu ke bilik air. Bersiap-siap untuk pergi ke masjid tidak jauh dari hospital ini.
“Saya pergi solat dulu, ya.”
Selepas mengaminkan doa, Aiden duduk bersila di atas sejadah. Dia tunduk dengan wajah datar. Fikirannya melayang kepada Adella lagi. Teringat pada hari dia datang ke wad itu...
“Saya sayang awak, Adella.”
Dia sudah bercadang untuk mengungkap perasaannya yang sebenar sebaik saja dia pulang ke tanah air. Tapi ternyata... Kepulangannya disambut dengan berita pilu. Air mata mula bergenang. Sukar benar dia terima berita mengejut ini. Terasa diri masih lagi di awang-awangan.
Dia memarahi diri sendiri kerana membayangkan dia kehilangan Adella. Tentu hari-harinya terasa sukar dilalui.
“Astaghfirullahalazim...” lidah mengucap mengingatkan diri supaya tidak pergi lebih jauh. Dia mengusap wajah.
Dia bangkit dari duduk. Mahu segera kembali ke hospital berjumpa Adella. Sekarang ni cepat betul dia rasa rindu dengan wanita itu.
* * *
“KAKAK!”
Aiden yang sedang fokus meneliti wajah Adella sambil menggenggam tangan wanita itu menoleh ke belakang apabila terdengar suara seseorang.
“Asadel...”
“Eheh... Sorry abang Aiden. Assalamualaikum.” Asadel masuk ke dalam wad.
“Waalaikumsalam,” jawab Aiden. Dia tersenyum melihat anak kecil yang sedang digendong oleh seorang lelaki di belakang Asadel.
“Aiden, sihat?” tanya lelaki itu.
“Alhamdulillah... Budak kecik ni sihat ke?” Aiden mencuit pipi anak lelaki Adrian. Mengekek budak itu ketawa. Comel betul!
Sementara Asadel meletakkan plastik berisi buah epal di atas meja sebelah katil pesakit. Dia kemudian mencapai perlahan tangan Adella yang kaku.
“Hi, kak. Along dengan adik datang ni. Izz pun ada sekali. Makin nakal tau budak tu!”
“Oii...” Adrian mencerlung tajam ke arah Asadel. Suka hati je cakap anak aku nakal. Wajah Izz pun ikut masam. Seperti faham apa yang pakcik bongsunya katakan. Dia menggeliat minta diturunkan. Sebaik saja kakinya mencecah lantai, dia terus berlari ke arah katil Adella.
“Papa, Acik Lala tido agi? Ritu kita datang pun dia tido. Izz nak main dengan Acik Lala...”
Suasana terus berubah mendung. Adrian mengerling ke arah Aiden. Jelas air muka lelaki itu berubah keruh setelah mendengar kata-kata Izz.
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...