BAB 12

1.4K 43 10
                                    

“ Apa dia? Kau pregnant ke? ”

◑ ◑ ◑

PAGAR secara automatik terbuka memberi laluan kepada sebuah kereta hitam memasuki perkarangan sebuah rumah agam yang tersergam indah. Seorang lelaki berkemeja putih yang menjaga di depan pintu segera berlari mendapatkan seseorang yang melangkah turun dari kereta hitam itu setelah kenderaan itu berhenti di depan rumah agam tersebut.

"King, he lost control. We can't..."

"Mana dia?" belum sempat dia menghabiskan bicaranya, orang yang digelar King itu terlebih dahulu memintas percakapannya.

"In the living room, but be careful."

King dan lelaki tadi melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Sampai di ruang tamu, sebuah pasu bunga kecil terbang dengan laju ke arah King. Dia sempat mengelak menyebabkan lelaki di belakangnya yang menjadi mangsa pasu tersebut. Lelaki itu terbaring sambil menekup mukanya dengan kedua tangannya.

"Sorry," tutur King dengan raut wajah tidak berperasaan. Dia kembali memandang lelaki bertubuh sasa yang sedang membelasah seorang lelaki yang memakai apron dapur. Terdapat beberapa lagi lelaki yang terbaring lemah di ruang tamu itu. Ada juga yang tidak sedarkan diri.

"Mana dia? Mana anak aku!" jerkah lelaki bertubuh sasa itu. Tangannya mencengkam kolar baju lelaki yang memakai apron dapur yang sudah pun terkulai lemah kerana dibelasahnya. King mengeluh lalu berjalan mendekati mereka.

"Valentino," panggilnya. Lelaki bertubuh sasa itu memandang ke arah King dengan mata yang mencerlung tajam. Rahangnya terketap-ketap menahan amarah.

"Stop it. You're going to kill them-"

"Anak aku hilang, King!" jerkah Valentino pada King pula. Lelaki yang memakai apron dapur tadi dilempar ke lantai. Dia langsung tidak menghiraukan lelaki itu yang mengerang kesakitan. Begitu juga pada beberapa orang lelaki yang terbaring lemah di ruang tamu tersebut.

"Aku tau... But, calm down okay? Daripada kau buang masa belasah diorang, better kau cari anak kau yang hilang tu."

King memanggil beberapa anak buahnya yang hanya berdiri kaku dari tadi di ruang tamu itu untuk membantu rakan mereka yang terbaring lemah di lantai kerana dibelasah teruk oleh Valentino. Bukan mereka tidak mahu tolong sebelumnya, tapi nasib mereka juga akan sama seperti yang lain jika mereka masuk campur. Mereka gerun melihat Valentino yang mengamuk.

"Aku dah suruh yang lain cari Valentine dari semalam lagi. Tapi dorang still tak jumpa dia!" Valentino menendang salah seorang yang terbaring di lantai. Anak buahnya yang tadinya hendak membantu tadi cepat-cepat berundur ke belakang semula. Sediakan payung sebelum hujan.

"Dahlah... Mati anak orang nanti," tegur King. Tapi Valentino masih berdegil tidak mahu berhenti menendang perut anak buahnya yang malang itu. Yang lain hanya mampu menutup mata saja.

"Eh... Diorang bagi anak aku hilang boleh pulak!"

"Dahlah..."

Valentino masih tidak berhenti.

"Valentino, enough."

Masih juga tak berhenti.

"Woi... Ino... Hoi! Aku cakap sudah, sudahlah! Kau berhenti sekarang sebelum kau yang aku tibai nanti kang! Duduk sana!"

Serta merta Valentino terhenti apabila suara King melenting memarahinya. Dia merengus geram sebelum menghenyak punggungnya kasar di sofa. Anak buah mereka yang lain hanya mampu menelan liur melihat King. Ini lagi seram kalau mengamuk.

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now