BAB 3

3.3K 126 16
                                    

"Saya nak awak, eh, tak tak! Maksud saya..."

◑ ◑ ◑

Setelah majlis selesai, Adella pun lari. Bukannya lari ke mana pun. Balik ke bilik tadi je. Dia sudah naik rimas pakai baju pengantin ni.

Suami dia? Entahlah. Dia pun tak tahu Aiden di mana. Selesai saja majlis, lelaki itu terus menghilang. Malaslah dia nak ambil peduli. Apa yang penting sekarang ni, dia nak masuk bilik dan tidur.

Sampai saja di tingkat atas, dia terus meluru masuk ke bilik tadi. Buka pintu, tutup! Fuhh... Penat. Bila dia pusing ke belakang, benda pertama yang menjamah matanya ialah...

KATIL!!!

Yes, katil! Apa? Korang ingat Aiden yang tak pakai baju eh? Ee... Gediknya korang ni.

Apalagi, Adella pun lompatlah ke katil tu.

"Ahh... Lega tulang-tulang aku." Omelnya seorang diri sambil baring di katil yang empuk itu. Tapi tidak seempuk katilnya yang di rumah. Katilnya lagi besar, lagi best. Dia ketawa seorang diri dengan hidungnya yang sudah kembang semangkuk merasakan diri sendiri lebih kaya dari orang lain. Sesiapa, boleh tak tolong ingatkan Adella yang riak tu tak bagus? Terima kasih.

"Ha... Ha... Ha..." Ketawanya semakin kendur bila muka Hawa yang ceria saja sepanjang majlisnya yang tidak dirancang itu muncul seperti skrin besar di depan mata.

Tak guna punya Hawa!

Tangan Adella naik ke kepala menarik kasar tudung yang dipakainya lalu dia bangun menghumban tudung itu ke pintu.

Clack!

Seperti seorang pembaling bola besbol profesional, tudung itu tepat mengena ke muka Aiden yang membuka pintu. Perlahan-lahan tudung yang tersembam di kepala Aiden tadi melurut jatuh ke lantai.

Adella terdiam. Aiden membeku. Mata mereka bersatu selama beberapa saat sebelum wajah Aiden mengblush. Eyy... Mana tidak bila wanita cantik depan mata. Isteri sendiri pulak tu. Aiden yang beku tu pun jadi cair terus. He! He! He!

Aiden menutup pintu sebelum mencapai tudung bawal tadi lalu dihulurkan kepada Adella.

"Err... Nah."

Adella capai? Tidak ya anak-anak sekalian. Di tenungnya si Aiden. Apalagi, makin memerahlah wajah lelaki itu. Adella cuba tahan tawa. Syok pulak usik orang ni. Ha! Ha! Ha!

"K- kenapa? Ada apa-apa ke kat muka saya?"

Gagap terus Aiden. Selalunya perempuan yang bertanya soalan itu. Tapi malam ini terbalik kerana Adella dah buat anak orang mengmalu.

"Ada." Balas Adella.

"Hah? Ye ke? Apa?" Aiden mula gelabah. Tangannya naik menyentuh pipinya. Tambah malu dia kalau macam ni. Malam pertama jumpa bini dah kena detect something wrong somewhere kat muka.

Adella rasa nak cubit-cubit suami dia sekarang ni. Tapi bila diingatkan balik yang mereka baru saja berjumpa siang tadi, dia membatalkan niatnya. Kalau Hawa tahu, sampai mati perempuan tu sakat dia.

"Ke'hensem'man." Jawab Adella. Rambut pendeknya diraup ke belakang.

Aiden terkedu. Tudung bawal yang ada di tangannya tadi, cepat-cepat di letakkan di tepi Adella. Kemudian dia menjauhkan diri sedikit.

"Saya nak awak, eh! Tak tak! Maksud saya... Saya nak bawa awak balik sebab... Sebab ni bukan rumah kita... Eh, err... Maksud saya..."

Sungguh Aiden mahu lari sekarang ni. Malu betul dia. Dia cuba untuk tidak bertembung mata dengan Adella yang masih duduk santai di katil sambil memandangnya.

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now