“Kalau awak nak saya buka baju pun boleh...”
• • •
"UISHH... Sejak bila kau-" terkebil-kebil Adella apabila mendongak dan melihat wajah tuan punya tangan tersebut.
"Aiden. Kau... Din..." Kepala Adella terteleng-teleng ke pintu wad. Sejak bila Aiden kat sini?
"Ya saya. Kenapa?" Soal Aiden. Matanya menikam tepat ke dalam anak mata Adella.
Adella masih lagi terkedu. Entahlah kenapa dia terkejut sangat. Mungkin kerana aura Aiden yang lain macam hari ni. Betul. Aura dia lain macam sampai Adella boleh rasa sejuk tulang-belulangnya.
“Adella?” Aiden memegang pipi Adella. Mata Adella membesar. Kejung segala urat saraf di seluruh tubuhnya apabila tangan besar Aiden menyentuh kulitnya.
Automatik dia menepis tangan lelaki itu. Tak sengaja tapi sengaja. Aiden cuma berlagak biasa.
"Awak nak duduk sini lagi ke? Taknak balik?" Soal Aiden dengan tenang. Senyuman sedang ditahan melihat reaksi Adella sekarang ini.
"Ke... Kenapa kau datang sini?" Setelah mengumpul segala benda yang berterbangan dari badannya tadi, Adella akhirnya bersuara.
Aiden ketawa halus mendengar pertanyaan wanita itu. Berkerut dahi Adella dibuatnya. Dah kenapa gelak sendiri pula ni. Takda siapa pun yang buat lawak. Dah tak betul ke lepas kejadian tiga hari lalu?
"Isn't it obvious? Saya datang nak ambil awaklah. Balik rumah kita. Jom?"
"Aku dah cakap tak payah datang sini lagi. Din boleh hantar aku balik."
"Adella..." Aiden melangkah setapak menghampiri Adella. Matanya merenung redup wajah kesayangannya itu.
"... Saya suami awak dan awak tanggungjawab saya. Bukan lelaki lain. Faham?" Tutur Aiden. Nafas Adella tersekat di kerongkongnya apabila wajah Aiden begitu dekat dengannya. Angguk tidak geleng pun tidak. Dia tak tahu nak jawab apa.
Cuma tergamam melihat senyuman senget Aiden. Dia terus melarikan pandangan ke tempat lain. Aiden rasa macam nak peluk je Adella sekarang ni. Comel!
"Jom?" Aiden mengajak dengan senyuman. Dia berjalan terlebih dahulu. Adella belum lagi berganjak dari tempatnya berdiri. Matanya menikam tepat belakang badan sang suami. Apa dah jadi?
Aiden membuka pintu lalu menunggu di situ. Adella tiada pilihan lain. Dia mendengus perlahan sebelum berjalan ke arah Aiden. Dia menahan rasa geram kerana lelaki itu tidak habis-habis tersenyum. Dirinya rasa tercabar.
"Mana Din dengan Don?" Tanyanya apabila berada di luar bilik wad.
"Oh, dorang pergi makan." Jawab Aiden. Jawapan yang lebih tepat ialah dia arahkan diorang pergi makan. Ingat Adella je ada kuasa? Dia pun ada.
Enggan bersuara lagi. Adella cuma mendiamkan diri berjalan di sebelah Aiden. Sesekali dia mencuri pandang lelaki itu. Kenapa baru hari ini dia perasaan ketinggian lelaki itu? Kecil saja dia rupanya kalau bergandingan dengan Aiden. Bukan dia yang pendek, lelaki itu yang tinggi.
Sewaktu berada di dalam lift, seorang jururawat wanita yang turut berada di situ melirik Aiden dari atas ke bawah dengan pandangan yang cukup membuatkan Si Isteri panas hati. Sehinggalah matanya bertembung dengan mata tajam Adella, jururawat itu buat-buat biasa.
Adella ketap giginya. Menyampah. Ada hati nak usha laki orang. Tahulah mereka akan berpisah nanti tapi sekarang ni dia masih isteri lelaki itu. Ketika api sedang membara di dada, tangannya terasa digenggam. Adella pandang tangannya yang saling bertaut dengan tangan Aiden.
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...